CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 12

[Tempatan] Tudung popular tingkatan dua

[Copy link]
Post time 16-1-2018 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Tudung popular tingkatan dua

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304003/tudung-popular-tingkatan-dua-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 5:28 AM

Asrizal Aris dan Siti Fatimah Nasir
am@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Meskipun bukan seorang selebriti, remaja 14 tahun ini berjaya dalam bidang keusahawanan dan semakin popular dalam kalangan pengikutnya di Instagram apabila melancarkan tudung sekolah jenama sendiri, dua bulan lalu.

Hanya bermula sebagai pengumpul squishy toys (mainan patung lembut) dan menjualnya sedikit demi sedikit kepada rakan menjadikan Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree semakin berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Nur Iman Safiyah berkata, dia mula menjual squishy toys ketika berusia 11 tahun apabila ramai rakannya berminat untuk membeli mainan yang dikumpul sebelum memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Minat berniaga itu datang dengan sendiri. Apabila ibu bapa tahu saya menjual mainan, mereka sokong tindakan saya dan membeli squishy toys secara borong untuk saya berniaga.

“Selepas dua tahun aktif menjual squishy dan ramai pengikut, saya menggunakan keuntungan diperoleh itu untuk dijadikan modal menjual shawl (selendang) pula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, beberapa bulan kemudian, dia menjual tudung bawal dengan jenama sendiri iaitu Baluna Bawal sempena Aidiladha 2017.

Katanya, sambutan yang menggalakkan menjadikan dia sentiasa bermotivasi untuk mencipta inovasi baru dan bersemangat mengembangkan perniagaannya.

“Saya menjadi seronok berniaga sehingga dapat melancarkan satu lagi produk baru iaitu Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS), November lalu.

“Alhamdulillah, 500 helai terjual pada November lalu dan kemudian lebih 1,000 TSIS mendapat tempahan bulan berikutnya,” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari.


NUR Iman Safiyah menggayakan tudung sekolah jenama sendiri TSIS.

Menurutnya, kini setiap hari dia menerima tempahan hingga tidak menang tangan menyebabkan semua adik-beradik dan ibu bapa membantunya untuk menerima tempahan, pembungkusan dan penghantaran.

Kata anak kepada pasangan akauntan dan pegawai bank ini, berniaga dalam talian sangat mencabar kerana terpaksa melayan kerenah pelanggan hingga lewat malam dan mahu produk sampai ke tangan dengan segera.

Nur Iman Safiyah berkata, setakat ini perniagaannya diuruskan dirinya sendiri di rumah namun belum terdetik mahu melantik agen atau membuka cawangan sendiri.

“Saya masih baru dalam bidang ini. Sekarang ini, saya hanya beli kain sendiri yang berkualiti, hantar pada tukang jahit dan buatkan tudung seperti yang saya reka sendiri.

“Insya-Allah perancangan jangka masa pendek saya mahu reka tudung sekolah labuh untuk yang bersekolah agama dan tudung sekolah bercorak serta berwarna,” katanya.

Menurut pelajar tingkatan dua itu dia memasang impian menjadi usahawan berjaya dan terkenal selain mempunyai bangunan syarikat sendiri pada satu masa nanti.

Sejak minggu lalu, Nur Iman yang mempunyai lebih 288,000 pengikut di Instagram tular di laman sosial kerana menjadi usahawan berjaya pada usia yang begitu muda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
wow pandainya dia promo walaupun bagi i tudung dia tu buruk je jahitannya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik...start small dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:14 AM | Show all posts
tak der beza pun dgn tudung budak sekolah lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:15 AM | Show all posts
sama style je dgn tudung2 sekolah yg sediada, tapi budak ni pandai marketing.. yg penting usaha dan rajin..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak sheols ada basic marketing and accounting so no wonder lahhh sheolss pun pandai carikk pitihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 02:18 PM | Show all posts
ingat budak darjah 2-3 , rupanya dah form 2
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandainya adik ni. ..kecik2 dah pandai cari duit sendiri. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 02:23 PM | Show all posts
tudung sekolah ni kalo kena material yg lembut licin mmg sedap pakai...

kalo akak dulu sekolah tudung buat sendiri tau... cari kain mahal sikit so x lah kembang mcm bulu singa bila kita pakai..

than jahit kat tgh ikut sukatan muka ,  than jahit tepi bakar ngan bara sbb nak matikan bulu dia... dulu2 susah nak cr kedai jahit tepi so akak layur je tepi ngan bara cantik2  jgn sampai hitam..

nostalgia
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku skolah dulu aku tgk kawan2 yg bertudung ada yg pakai kertas plastik keras yg mcm robocop tu utk keraskan hujung tudung
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:35 PM | Show all posts
btl gak sama je dgn tudung2 yg lain.

tp tu la beza antara produk ni cuma marketing jerk.

umpama ubat gigi.

bila sebut ubat gigi je automatik teringt dkt colgate. smpikan ubat gigi jenama lain pun kita panggil dia colgate jgk.

begitu kuat colgate mempengaruhi hidup kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis dulu pun jahit sendiri jah tudung sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok trend tudung sekarang yg pendek pakai di luar...
Klu zaman dulu kepoci gelakkn org tu sebab pakai tudung terbalik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069997 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list