Seorang budak lelaki berusia 15 tahun mati akibat terkena kerusi yang dibuang dari arah atas rumah PPRT Seri Pantai, Kuala Lumpur malam semalam. Mangsa yang dikenali sebagai S. Sathiwaran, seorang pelajar Tingakatan Tiga di SMK La Salle sebelum kejadian itu sedang menemani ibunya S. Kasthurivai, 45 yang baru sahaja pulang membeli barang runcit.
Sejurus memasuki blok kediaman mereka di Blok 102 pada jam lebih kurang 8:30 malam, sebuah kerusi yang dipercayai dibuang dari arah atas blok telah mengenai mangsa dan menyebabkan kematian serta-merta.
Kejadian ini akan disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan atas kecuaian yang menyebabkan kematian.
|