CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 2

[Tempatan] Kerana kebodohan FAS, Selangor kempunan guna Stadium Bukit Jalil

[Copy link]
Post time 16-1-2018 12:54 PM | Show all posts |Read mode
ADALAH MUSTAHIL UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL UNTUK MUSIM LIGA MALAYSIA
Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa pasukan Selangor ingin menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'home venue' untuk pertandingan Liga Malaysia. Bagaimanapun pihak pengurusan stadium juga telah mengesahkan bahawa empat dari enam perlawanan pertama sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsungkan di stadium tersebut dan mungkin lebih banyak lagi pindaan jika pasukan bola sepak kebangsaan atau acara antarabangsa membuat permintaan untuk menggunakan stadium nasional tersebut.
Kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan stadium dan FMLLP telah berusaha untuk bekerjasama bagi mengkaji perkara ini, tetapi adalah mustahil untuk memberi jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun.
Jika terdapat perubahan jadual pertandingan berpunca dari isu ini sudah tentu FMLLP akan dipersalahkan dan kita tidak bergerak seiringan ke arah penjadualan yang lebih stabil seperti yang saya arahkan kepada pengurusan FMLLP. Kita mesti bergerak kehadapan jadi Selangor tidak boleh memberi alasan yang Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan oleh lampu limpah yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan FMLLP.
Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam. Malah pasukan seperti PJ Rangers (AirAsia) sanggup melabur untuk stadium MBPJ demi memastikan gelanggang tersebut lebih sesuai. Apatah lagi bagi sebuah pasukan Liga Super seperti Selangor?
Saya sedar akan terdapat kritikan kepada saya dan FMLLP kerana terlalu tegas dalam isu berkaitan peraturan pertandingan tetapi saya sedang cuba untuk menaikkan nilai dan meningkatkan pendapatan melalui hak penyiaran kepada semua pasukan dan memastikan kemajuan. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bukan hanya menikmati faedah dari kemajuan ini tetapi tidak mahu menyumbang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 02:30 PM | Show all posts
AA gak bijak


jgn guna padang sekolah sudahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:56 PM | Show all posts
Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam. Malah pasukan seperti PJ Rangers (AirAsia) sanggup melabur untuk stadium MBPJ demi memastikan gelanggang tersebut lebih sesuai. Apatah lagi bagi sebuah pasukan Liga Super seperti Selangor?



kena sejibik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.411556 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list