CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 12

[Tempatan] Yabba, Dabba, Doo... sultan Johor terima kereta Flintstones

[Copy link]
Post time 16-1-2018 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-1-2018 05:31 AM

Yabba, Dabba, Doo... sultan Johor terima kereta Flintstones

https://www.malaysiakini.com/news/408830

Hari ini, 12:32 pm      Hari ini, 12:40 pm



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mempunyai kereta tambahan dalam koleksi kenderaannya tetapi perolehan terbarunya itu amat berlainan.

Tidak seperti sebahagian besar koleksinya itu, kereta terbaru itu tidak mungkin mampu mencipta rekod perlumbaan kerana tidak mempunyai enjin.

Ini kerana kenderaan terbaru sultan itu adalah versi replika kereta Fred Flintstones, yang dihadiahkan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Apa yang menarik, replika kenderaan itu memiliki motor sendiri untuk bergerak, berbeza daripada kereta asal dalam siri animasi itu, yang mana digerakkan oleh watak utama, Fred, menggunakan kaki.



"Flintstones adalah kartun kegemaran Tuanku Sultan Ibrahim, dengan Fred Flintstone menjadi watak kartun kegemaran baginda.
"Dan jika hujan, kereta itu dilengkapi bumbung kain 'sementara',” petik tulisan di laman rasmi Facebook baginda.

Sultan Ibrahim memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah, dengan memiliki beberapa buah Chevrolet Corvettes, Ford Mustangs, Lamborghinis, Maseratis dan juga Humvee dalam koleksinya.

Pada tahun 2015, baginda membeli sebuah trak Mack pada harga yang dikatakan mungkin mencecah RM1.4 juta.

Antara ciri eksklusif trak berkenaan ialah ia dilengkapi dengan enam kamera litar tutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.


Minat mendalam Sultan Ibrahim dengan The Flintstones, siri kartun popular sekitar tahun 1960an oleh Hanna Barbara, bukan rahsia.

Baginda sedang membina sebuah "Istana Flintstones" di Mersing, Johor yang pernah digambarkan baginda sebagai "hadiahnya kepada rakyat Johor" dan "keajaiban kelapan dunia".

Beliau memberitahu History Channel bahawa istana baru akan membantu meningkatkan pelancongan di bandar yang lesu itu dan ia akan dibuka kepada orang ramai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 02:43 PM | Show all posts
Beliau memberitahu History Channel bahawa istana baru akan membantu meningkatkan pelancongan di bandar yang lesu itu dan ia akan dibuka kepada orang ramai.


mersing bandar kecil. mmg agak lesu. kalau bukan sb nk ke pulau, maybe org tak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la dpt kereta ada enjin. x payah tolak guna kaki
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:54 PM | Show all posts
Selalu kena gi Universal Studio baru boleh tengok keta ni live sikit hari nanti boleh ler gi tengok kat Mersing je
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:00 PM | Show all posts
tuanku kalau nak naik kete ni kene la pakai baju flintstones
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:07 PM | Show all posts
Kalau letak kat istana, cucu tuanku lah yg gembira.  Letak kat theme park, rakyat juga tumpang gembira. Tentang pakaian asal flintstone, boleh je direka pakaiannya yg boleh disarung, yg boleh nampak kepala dn tangan je.  Dn mesti ada si Wilmanya juga.  Baru thrill jadi Flintstone family.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 05:13 PM | Show all posts
istana kat mersing tu rasanya dah siap
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ad_hoc79 replied at 16-1-2018 05:13 PM
istana kat mersing tu rasanya dah siap


Myb belum siap sepenuhnya kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
flintstone!  it's the flintstone,  it's  a yabba da ba doo family...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah kereta untuk santai2,comel jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:45 PM | Show all posts
Fuuuh
Jenuh ni nak menjawab esok lusa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa je lahhhh jangan rakyat ko menyamun tak cukup makan sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Istananya itew hadiah kpd rakyat? Rakyat leh tumpang tido kewwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096994 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list