CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 15

[Tempatan] Dua janda (adik beradik) ditangkap khalwat

[Copy link]
Post time 16-1-2018 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Dua janda ditangkap khalwat

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/304121/dua-janda-ditangkap-khalwat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 5:32 PM

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Anggota penguat kuasa PADKP menyoal siasat pasangan adik beradik yang ditahan bersama pasangan masing-masing dalam bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Changlum malam tadi.  FOTO Ihsan PADKP

DUA beradik ibu tunggal dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) kerana berkhalwat di hotel bajet di Changlun, tengah malam tadi.

Mereka yang berusia 29 dan 33 tahun ditahan bersama pasangan masing-masing antara 12.15 dan 12.30 tengah malam oleh anggota PADKP yang melakukan operasi hasil maklumat awam.

Ketua Operasi PADKP, Azwan Azman berkata, pada mulanya beliau bersama tujuh anggotanya yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di hotel terbabit mendapati bilik bertutup dan berkunci dari dalam.

Katanya, selepas mengetuk pintu bilik hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa.

"Lelaki itu membenarkan kami masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan lanjut dan menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam bilik berkenaan.

"Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri, malah wanita berusia 33 tahun itu mendakwa dia berstatus janda," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azwan berkata, pemeriksaan di bilik kedua mendapati terdapat satu lagi pasangan bukan mahram menyewa di situ dan lelaki dalam bilik berkenaan ditemui hanya bertuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati nama bapa yang tertera pada Mykad wanita di bilik pertama dan kedua adalah sama dan selepas disoal siasat, mereka mengaku adik-beradik.

"Wanita di bilik kedua itu juga mengaku ibu tunggal dan pasangan mereka yang masing-masing berusia 37 dan 29 tahun itu adalah rakan sekampung," katanya.

Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai menyewa bilik di situ sejak dua hari lalu sebelum dicekup berkhalwat.

Kedua-dua lelaki itu hanya bekerja kampung manakala wanita itu dan adiknya masing-masing memiliki seorang dan dua orang anak.

Azwan berkata, semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat PADKP untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan sehingga mendatangkan syak tanpa ikatan sah suami isteri.

"Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 setiap seorang atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm semoga insof
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
napa la tak kawen je
kalau kawen je kan boleh bersama2 di mana juga bila bila masa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kawen je la kak oi.. umo sekor2 da kertu.. 33 n 29
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak paham la... Setiap kali baca berita tangkap khalwat ni mesti cakap penguasa mendapati pintu bilik bertutup dan dikunci dari dalam. Dah kat hotel kot....pukul 12.30 mlm pulak. Time tido... Takkan nak biar pintu terbuka? Dah tutup pintu takkan tak kunci?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:06 PM | Show all posts
kenapa nak bgtau HANYA BEKERJA KAMPUNG...

Org kerja kampung lg banyak duit lah wartawan oii....
Sbb tu blh sewa hotel sampai dua hari nak ngeseks...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 11:21 PM | Show all posts
sporting dua beradik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I hairan setiap kali keluar berita berkhalwat .... selalu nya pihak perempuan lebih diaibkan dari jantan ... gender bias sangat ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 07:53 AM | Show all posts
PongKang replied at 16-1-2018 10:54 PM
kawen je la kak oi.. umo sekor2 da kertu.. 33 n 29

33..bukan kertu...tu lah umur yang sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 08:17 AM | Show all posts
JunkMail replied at 16-1-2018 11:00 PM
Aku tak paham la... Setiap kali baca berita tangkap khalwat ni mesti cakap penguasa mendapati pintu  ...

kalu pintu terlopong terbukak, bukanlah niat depa nak berkhalwat che mail oii.... mungkin nak pinjam charger ke, minyak afiat ke ...n kalu tak dpt kerjasama bukak pintu, bolehlah pihak berkuasa  (walaupun tanpa waran tangkap) memecah mana -mana pintu atau tingkap untuk masuk dan geledah tempat tu dan tangkap yang disyaki.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:19 AM | Show all posts
kesian nak buat maksiat pun cari tempat murah

alang alang buat maksiat tu pergi hotel 5 star ke baru puas hati

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:27 AM | Show all posts
dua2 janda dekk...tentulah gersang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada org dtg serbu aku mcm ni.. aku get ready dgn cili tak pun air panas... tuang atas pala diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:57 AM | Show all posts



juboq besaq
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:30 AM | Show all posts
janda juga ada perasaan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 17-1-2018 07:53 AM
33..bukan kertu...tu lah umur yang sedap...

umo tgh merenyam kah hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075996 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list