CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3290|Reply: 26

[Tempatan] Kes FELDA, satu penyelesaian yang sangat ajaib!

[Copy link]
Post time 16-1-2018 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Penyelesaian ajaib isu kehilangan tanah Felda
Hari ini, 1:38 pm


ULASAN l Adakah penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu?

Adakah kes itu dikira selesai semata-mata hanya kerana hak milik ke atas 16 lot tanah yang dikatakan hilang itu sudah dipulangkan?

Kalau itulah caranya, nampak sangat bahawa ada silap mata dalam “kehilangan” dan “perolehan balik” tanah bernilai tinggi itu.

Hanya orang betul bendul dan tidak tahu apa-apa sahaja akan percaya penyelesaian ajaib ala wayang kulit itu.

Jadi elok sangatlah audit forensik dan siasatan polis ke atas bagaimana sebuah syarikat persendirian berjaya mengambil alih pemilikan tanah itu diteruskan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu pesanan “Tweet” hari ini yang dilaporkan oleh New Straits Times atas talian, Najib berkata dia bersyukur 16 lot tanah itu dipulangkan tanpa sebarang kos.

Inilah yang menakjubkan. Bagaimanakah tanah yang dianggarkan bernilai RM270 juta, dengan nilai terbangun kasar (gross development value) melebihi RM1 billion, boleh dipulangkan tanpa kos?

Kalau pemindahan hak milik tanah itu dilakukan dengan telus mengikut undang-undang, tentulah ada perjanjian dan pembayaran.

Bila ada perjanjian dan pembayaran, maka pemindahan balik hak milik kepada Felda pun mesti ada perjanjian dan pembayaran.

Tetapi macam Najib sendiri akui, pemulangan hak milik tanah itu kepada Felda tidak melibatkan sebarang bayaran atau kos?

Jadi apakah jenis urusan jual-beli yang menyebabkan tanah itu terlepas daripada tangan Felda dan kemudiannya dimajukan menjadi Kuala Lumpur Vertical City?

Apakah sebenarnya syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd yang memulangkan 16 lot tanah itu kepada Felda dan siapakah di belakangnya?

Apa kita ketahui daripada laporan media ialah ia diwakili oleh seorang ahli lembaga pengarahnya bernama (Datuk) Marina Hashim.

Carian Internet mendapati Synergy Promenade ini adalah syarikat kontrak peniagaan umum yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Kalau Marina Hashim itu sama dengan wanita yang dipersembahkan oleh majalah Nona pada 18 September tahun lalu, maka dia adalah seorang jelitawan dan ibu dalam usia 40-an.

Dalam laporan itu, majalah tersebut memetik salah seorang anaknya, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri, sebagai berkata ibunya “bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).” Sesiapa yang berminat boleh baca di sini.

Jadi audit forensik dan penyiasatan polis yang Najib sebutkan itu perlulah memastikan apakah bentuk kerjasama rapat di antara wanita itu dengan pengurusan Felda.

Memandangkan banyaknya kejadian berbentuk skandal dan rasuah yang berlaku dalam Felda dan Felda Global Ventures (FGV) yang kesemuanya mengancam kepentingan peneroka Felda serta generasi kedua Felda, maka wajiblah skandal tanah Jalan Semarak ini disiasat hingga ke akar umbi.

Manalah tahu mungkin benar-benar wujud apa yang dipanggil “FGVMafia” dalam FGV dan Felda yang menjadi dalang menghisap darah peneroka.

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
marina bukan gefren isa mahupun shahrir

tapi,
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalu di Pulau Pinang atau Selangor harus MACC terpacak depan opis Synergy Promenade waktu subuh buat serbuan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:24 AM | Show all posts
lebih banyak keajaiban mungkin berlaku... percayalah. semuanya kerana PRU.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara je tu
Lepas Pru ambik balik cara magik juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:56 AM | Show all posts
mmg ajaib..mcm fairytale..in the end they all live happily ever after
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib nmpak hero dpt amek balik tanah felda, padahal....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:14 PM | Show all posts
mender ajaib ni akan terbongkar masa dh takder kuasa..
mcm org 98 tahun tu hah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 03:09 PM | Show all posts
Eh mana thread satu lagi? dah kena humban ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:11 PM | Show all posts
so siapa pompuan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:12 PM | Show all posts
Kalau rahsia tanah ini tidak  bocor sedap sedap jer malaun malaun ni buat jutaan ringgit. Tak payah pakai satu sen modal pun nak dpt tanah govt ..SONGLAP jer. Dasar pagar makan padi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2018 05:55 PM | Show all posts
    Apa Felda tawar untuk dapatkan semula tanah Jln Semarak

ULASAN l Penyerahan semula 16 keping hakmilik tanah Felda yang bernilai RM270 juta oleh Synergy Promenade Sdn Bhd kepada Felda semalam menunjukkan bahawa transaksi pindah milik tanah tersebut sejak awal lagi tidak dilakukan secara sah memandangkan syarikat tersebut tidak mempertahankan pemilikan tanah tersebut.

Amat menghairankan bagaimana Synergy Promenade boleh menyerahkan semula hakmilik tanah tersebut dengan mudah.

Justeru, Felda perlu mendedahkan apakah faedah balasan yang dijanjikan kepada Synergy Promenade memandangkan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad pada 21 Disember lalu mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah Felda yang bermesyuarat pada 15 Disember memutuskan untuk tidak lagi meneruskan projek Kuala Lumpur Vertical City.

Namun, Shahrir semalam menyatakan sebaliknya apabila bersetuju membenarkan syarikat tersebut meneruskan projek pembangunan tersebut.

Persoalan yang timbul adakah benar-benar penyerahan semula hakmilik tanah tersebut dibuat tanpa sebarang balasan sedangkan Shahrir sebelum ini mendakwa Felda tidak menerima bayaran RM270 juta untuk penjualan tanah tersebut.

Ini adalah kerana tidak logik untuk syarikat tersebut menyerahkan semula tanah tersebut tanpa sebarang balasan.

Untuk apa mereka perlu menanggung kerugian sebanyak RM270 juta. Maka, persoalan seterusnya, siapakah sebenarnya yang menerima bayaran RM270 juta untuk pindah milik tanah Felda tersebut?

Oleh demikian, pihak SPRM dan polis digesa meneruskan siasatan berkaitan transaksi pindah milik tanah tersebut pada tahun 2015 kerana Shahrir sendiri mengakui ia suatu transaksi yang meragukan.

Mana-mana individu atau pihak pengurusan Felda yang telah melakukan perbuatan jenayah hendaklah didakwa memandangkan transaksi tersebut dicemari dengan unsur fraud (penipuan) tidak dapat diketepikan.

Penyerahan semula hakmilik tanah tersebut tidak membersihkan nama dan perbuatan jenayah mereka yang terlibat.

Kami juga mempersoalkan kenyataan Shahrir yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya transaksi pindah milik tanah tersebut di luar pengetahuan beliau sedangkan perdana menteri adalah menteri yang bertangungjawab ke atas Felda dan pelupusan aset Felda yang mana memerlukan kelulusannya.

Seksyen 3(3)(C) dan 3(3)(Ca) Akta Pembangunan Tanah 1956 memerlukan Felda mendapatkan kelulusan menteri yang bertanggungjawab untuk memasuki apa apa perjanjian dengan pemaju, termasuklah projek usaha sama. Sepatutnya, pihak polis dan SPRM meneruskan siasatan yang bebas dan menyeluruh termasuk penglibatan Najib.

Usahlah Shahrir berlagak seperti pihak penguatkuasa undang-undang sedangkan tugas hakikinya adalah memulihkan Felda dan bukannya membersihkan nama Najib.

Telahan kami mengenai cara kes ini ditangani ternyata betul. Sekaligus, ia tidak mengubah persepsi kami dan masyarakat mengenai kepincangan pengurusan Felda yang dikawal selia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tindakan Felda meneruskan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City di atas tanah tersebut kepada Synergy Promenade amat membimbangkan kerana kepentingan Felda begitu berisiko seolah-olah Felda bersedia masuk ke lubang ular kali kedua.

Justeru, kami mendesak Felda mengkaji semula projek Kuala Lumpur Vertical City yang ternyata tidak mendatangkan faedah kepada Felda terutama peneroka.

MAZLAN ALIMAN adalah Presiden, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:28 PM | Show all posts
Memang hairan bin ajaib.
Nak tukar hakmilik daripada bapa ke anak pun kena bayar cukai, inikan pulak
dari sebuah syarikat kepada syarikat lain!!!

Bacalah apa peguam tanah ni kata tentang kepelikan pemindahan hakmilik
tanah Felda ni................dia pun pelik.

" “Proses di atas menelan kos yang banyak kerana harga tanah Felda adalah tinggi,” katanya lagi.

Sebelum ini, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mendedahkan balasan dijanjikan kepada SPSB untuk menyerahkan hak milik tanah tanpa sebarang kos.

“Tidak logik untuk syarikat tersebut menyerahkan semula tanah tersebut tanpa sebarang balasan. Untuk apa mereka perlu menanggung kerugian sebanyak RM270 juta,” kata Pengerusi Mazlan Aliman.

Dalam kenyataan sebelum ini, HartaGuam berkata memberi surat wakil kuasa penuh kepada pemaju samalah umpama menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah tersebut kepada pemaju tanpa campur tangan daripada pemilik tanah."
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oii...tanah dh dpt balik free nak bising apa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 18-1-2018 08:25 AM

bising sbb tak dapat nak guna habes habesan isu ini utk modal kempen pru nanti. kes dah selesai nak bersorak apa lagi.tu yg cai cai meratep terkilan habes
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tukar tanah demi kasih sayang pun kena GST, Felda boleh dpt free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Marina ni sebelum jadi kontraktor projek dgn Felda, kontraktor Mindef katanya... faham faham la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:43 AM | Show all posts
mesia dah jadi dr bole land to magic land....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan betul!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Konon dah setel. ..padahal engkorang kambing hitam kan yang kembong dan bilis untuk cuci segala. .....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.280827 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list