CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 8

Suka Tahan Bersin, Kerongkong Lelaki Pecah

[Copy link]
Post time 17-1-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Bahaya, tindakan menutup hidung ketika bersih boleh menyebabkan organ badan mengalami kerosakan.


Astro Awani melaporkan seorang lelaki berusia 34 tahun dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.


Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.


Tabiat itu juga boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.


Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang aneh 'berada' di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.


Foto Carian internet


Malah pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.


Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.


Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 11:45 AM | Show all posts
Bahaya juga ye kalau menahan bersin. X ku sangka sampai begini sekali kesannya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:00 PM | Show all posts
aduh x sangka pulak..................
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:01 PM | Show all posts
Pressure bersin agak kuat mana tak bahaya tapi jangan lupa tutup mulut sebab bimbang akan jadi penyebab penyebar virus kepada orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, new knowledge to learn
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:27 PM | Show all posts
astaga gambar tu.. bersin tutup mulut la dengan kain or tisu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 03:31 PM | Show all posts
nak bersin alih la muka dari orang atau makanan jangan ko tutup mulut jadi bom la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca dlm satu kolum info menarik kot. Bersin kalau tengah buka mata, boleh terkeluar bola mata dari kelongsong mata tu tau. Nak menyatakan betapa tingginya kelajuan dan tekanan bersin tu.

Lepas baca artikel ni, baru je jap tadi pak arab mana entah queue belakang, pun sama bersin xbunyi. Mmg tutup.lubang hidung. Dgr mcm seksa sgt tak dilepaskan betul2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 06:24 PM | Show all posts
bersin mana boleh kontrol2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065928 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list