CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11212|Reply: 50

Anda Rasa, Tandas Cangkung Atau Duduk Lebih Sihat?

[Copy link]
Post time 17-1-2018 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah tandas iaitu jenis cangkung atau duduk. Pernah tak anda stres apabila mahu ke tandas di pusat beli-belah?


Yalah, bila sudah selesa dengan tandas cangkung, tetapi kebanyakan yang ada di pasar raya dan pusat beli-belah pula adalah jenis duduk.


Apa beza kedua-dua jenis tandas ini?


Sudah mestilah rupa bentuk dan fungsinya. Tetapi, tandas mana menjadi pilihan anda?




Foto: Carian Internet




Menurut ahli mikrobiologi Jerman Giulia Enders, sebahagian besar masyarakat di negara Barat menggunakan tandas duduk yang lebih berisiko mendapat masalah kesihatan seperti usus, sembelit dan penyakit bakteria.


Nah, ini kajian daripada 'orang luar' yang mencadangkan penggunaan tandas cangkung seperti masyarakat Asia.


Menurutnya, hampir 1.2 juta masyarakat Barat menghidap penyakit usus, buasir dan terkena bakteria akibat mengamalkan penggunaan tandas jenis duduk. Oh, patutlah rumah orang dulu-dulu banyak tandas cangkung. Dah terbukti tandas cangkung lebih sihat dan bersih.




Foto: sehinggit.blogspot.my



Namun kalau dah ada tandas duduk tak perlulah buat yang baharu, memadai dengan meletakkan bangku kecil di bawah tandas duduk supaya dapat mencangkung. Barulah proses membuang akan menjadi lebih efektif dan sihat.




Foto: Minhu




Malah, membuang air dengan cara mencangkung juga dapat membuang kotoran dalam perut dengan lebih berkesan. Nasib baik rumah penulis semuanya tandas cangkung.


Ha, mereka yang gemar menggunakan tandas duduk dan suka melepak dalam bilik air lama-lama sambil bermain telefon pintar tu, bolehlah bertukar kepada tandas cangkung untuk kesihatan yang lebih baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 12:22 PM | Show all posts
Terbukti mengcangkung lebih baik untuk usus tapi buat warga emas yang ada sakit lutut tandas duduk lebih baik untuk mereka.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tua lebih selesa tandas duduk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tandas cangkung. Lagi2 klu public toilet
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:29 PM | Show all posts
geli nak guna tandas duduk yg public toilet
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:34 PM | Show all posts
yg tempat letak kaki bagi tandas duduk tu mana nak carik yek? shopee ada?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cramp kaki kalau duduk tandas cangkung. Tapi tandas duduk selesa esp guna bidet
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:18 PM | Show all posts
Tandas duduk ke, cangkung ke.. aku cangkung jugak dua2. Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih suka tandas cangkung... feel
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne: Cramp kaki kalau duduk tandas cangkung. Tapi tandas duduk selesa esp guna bidet

pernah nampak di Home Pro.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive: yg tempat letak kaki bagi tandas duduk tu mana nak carik yek? shopee ada?

pernah nampak di Home pro.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:39 PM | Show all posts
tempat letak kaki tu ada ja jual online
aku beli kat lazada masa promosi, rm20 lebih tmasuk pos kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:48 PM | Show all posts
aku suka tandas duduk sambil berak boleh berangan dulu hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkisah lah suka duduk ke cangkung..yg penting jgn cangkung atas toilet duduk yer lahanat2 sekelian
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips bjalan bila ada tandas duduk. Pastikan sentiasa sedia tisu utk tandas duduk tu kat dalam handbag. Skrg sng dan mudah... lapik je atas mangkuk tandas sbb mmg design dia bgitu.. dah siap buang la. Kita kdg2 bkelana ke tmpt org. Tak semua tandas yg ada tandas cangkung. So standby ja tisu2 mcm ni. Yg slalu aku guna jenama kleenex kalau x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips bjalan bila ada tandas duduk. Pastikan sentiasa sedia tisu utk tandas duduk tu kat dalam handbag. Skrg sng dan mudah... lapik je atas mangkuk tandas sbb mmg design dia bgitu.. dah siap buang la. Kita kdg2 bkelana ke tmpt org. Tak semua tandas yg ada tandas cangkung. So standby ja tisu2 mcm ni. Yg slalu aku guna jenama kleenex kalau x silap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
imatt: Tandas duduk ke, cangkung ke.. aku cangkung jugak dua2. Haha.

You laa yg menyusahkn org lain tinggalkn kesan tapak kasut atas toilet seat tu
I selalu harap org yg pijak toilet seat ni, time dia pijak tu toilet seat pecah then betis n paha dia tersiat sampai nampak tulang putih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:06 PM | Show all posts
semua manusia berak..jgn perasan  24 jam law aboleh tak?


contoh mcm Hanis Zalikha isteri Hairul 5bulan xbayar bil TNB.


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya lebih suka.cangkung kalau duduk.mcm ada baki belum buang lagi haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 17-1-2018 10:06 PM
semua manusia berak..jgn perasan  24 jam law aboleh tak?



Haha.. weh ko ni hawauu betol. Teimejin plak aku cemana gadis2 comey lotey buat muka meneran semasa berak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.438169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list