CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3272|Reply: 6

Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar, Selalu Sakit Sendi Dan Asyik Lesu. Cuba Cek P

[Copy link]
Post time 17-1-2018 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Realitinya masih ramai yang lebih gemar meminum air manis berbanding dengan air kosong. Ini mungkin disebabkan air kosong tidak mempunyai apa-apa rasa.





Namun, tahukah anda air kosong kaya dengan pelbagai manfaat? Bukan itu sahaja, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan pelbagai masalah dan penyakit.


Jom lihat 11 tanda penting yang menunjukkan anda mungkin kekurangan air dalam badan:


1. Mulut menjadi kering
Mulut menjadi kering adalah antara tanda yang paling jelas. Bibir anda akan mulai mengelupas dan untuk ‘merawat’nya semula anda biasanya akan menggunakan cecair. Tetapi minuman manis hanya merupakan penyelesaian sementara.
Air kosong boleh menjadi pelincir dalam mulut dan tekak anda yang boleh membuatkan mulut anda menjadi lembap dengan adanya air liur di dalam mulut.





2. Kulit menjadi kering
Kulit adalah organ terbesar badan, jadi sudah tentu ianya perlu kekal terhidrasi. Malah, kulit kering adalah salah satu tanda awal dehidrasi penuh yang boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
Kekurangan air bererti tubuh kekurangan peluh, yang menyebabkan ketidakmampuan tubuh mengeluarkan segala kotoran dan minyak yang berlebihan yang terkumpul sepanjang hari. Sekiranya anda ingin menghentikan jerawat, langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan minum lebih banyak air.






3. Menjadi terlalu haus
Air lain mungkin dapat menghilangkan rasa haus tetapi semua itu tidak berpanjangan. Suka atau tidak anda perlu minum air kosong supaya tubuh anda mendapatkan bekalan air yang cukup di samping air juga dapat memberikan oksigen kepada otak.






4. Mata menjadi kering
Air kosong bukan sekadar penting untuk mulut dan tekak tetapi memberi kesan kepada mata. Kekurangan pengambilan air boleh membuatkan mata menjadi kering dan lebih teruk mata boleh berdarah.
Tanpa air dalam badan, saluran air mata menjadi kering. Hal ini boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada mata terutamanya bagi yang memakai kanta lengkap setiap hari.


5. Mengalami sakit sendi
Rawan tulang dan tulang belakang kita terdiri daripada kira-kira 80% air jadi, ia adalah penting untuk memastikan tubuh mendapatkan air yang cukup supaya tulang kita tidak bergesel setiap kali kita bergerak.
Dengan menjaga hidrasi badan, kita dapat memastikan bahawa sendi dapat menyerap kejutan pergerakan yang berlaku secara tiba-tiba, seperti berjalan, melompat atau mungkin ketika terjatuh.


6. Jisim otot berkurang
Otot juga kebanyakan terdiri daripada air. Kurang air di dalam badan akan membuatkan jisim otot kurang. Minum air sebelum, semasa, dan selepas senaman bukan sahaja membuatkan anda terhidrasi dan selesa bahkan air akan mengalir ke seluruh badan dan mengurangkan kemungkinan keradangan dan kesakitan yang berkaitan dengan senaman dan angkat berat.

7. Mengalami sakit yang lama
Minum air membolehkan tubuh anda menghilangkan toksin secara berterusan. Organ kita berfungsi sebagai mesin yang menapis sisa yang tidak diperlukan badan, tetapi jika ‘mesin’ tersebut tidak diisi dengan air ianya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Apa yang akan berlaku pada tubuh yang kering ialah organ mula menarik air dari kawasan yang disimpan seperti dalam darah dan perkara ini akan membawa kepada masalah lain.


8. Berasa penat dan lesu
Seperti yang telah sebutkan tadi, apabila badan kering, ia terpaksa “meminjam” air dari dalam darah. Hal ini akan menyebabkan kurangnya oksigen yang dibawa ke seluruh badan. Sudah tentu, kekurangan oksigen akan menyebabkan rasa ngantuk dan keletihan.





9. Sering rasa lapar
Apabila anda dehidrasi, badan anda mungkin mula berfikir bahawa ia memerlukan makanan. Ini berlaku sepanjang hari dan apabila ianya berlaku pada waktu malam perkara ini akan buatkan anda bangun untuk menikmati snek tengah malam. Walau bagaimanapun, dengan makan anda sebenarnya mencipta lebih banyak kerja untuk badan anda, sedangkan dengan minum air ia dapat membersihkan organ dan membekalkannya ‘bahan bakar’ yang diperlukan oleh tubuh.






10. Mengalami masalah pencernaan
Air juga sebnarnya memberi kesan kepada keseluruhan sistem pencernaan. Tanpa penghidratan yang tepat, jumlah  lendir dalam perut akan berkurang dan akan membuatkan asid perut melakukan kerosakan utama dalam perut. Hal ini akan membawa kepada apsakit pedih ulu hati dan senak.

11. Mengalami penuaan pramatang
Jumlah air yang dikekalkan oleh badan kita secara semula jadi berkurangan seiring dengan usia kita. Hal ini bermaksud semakin kita bertambah usia, semakin kita harus meningkatkan pengambilan air.
Walaupun penuaan pramatang lebih jelas berlaku secara luaran, tetapi kerosakan yang berlaku dalam tubuh kita akan tetap dirasakan dari semasa ke semasa. Jadi, untuk mengurangkan risiko itu, ia adalah penting untuk kita terus minum air kosong yang mencukupi.





Ha, kalau nak sihat dan cantik, pastikan anda minum air kosong mencukupi ya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks info.. kena disiplin minum air ni.. kurang2 2 botol
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 03:16 PM | Show all posts
ada yg kata minum 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kencing manis penyebab tua.

Jadi banyakkan minum air kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 04:15 PM | Show all posts
kalau saya minum jika perlu, contoh jika kalau masa buang air kecil tu dah jernih...
rasanya tak perlu nak minum banyak . Jika kuning... kena minum air lebih
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lately rasa dehidrasi je. Lesu, haus, lapar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2018 02:30 PM | Show all posts
betul tu.... berat badan bahagi 30kg ... kata dak yg pergi gym kt opis aku.. tapi ad orang ckp bahagi 25kg.. entah...

contoh :

berat badan 60kg

kuantiti air yg diperlukan : 60kg / 30kg = 2L air..........................................

yeahhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061432 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list