CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6203|Reply: 1

Ada yang pakai yamaha Y15 tak kat sini? best tak

[Copy link]
Post time 17-1-2018 02:27 PM | Show all posts |Read mode



Aku baru plan nak beli y15. dari segi body memang jatuh cinta. tapi performance ok ke otai2?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2018 02:29 PM | Show all posts

Ingat nak tunggu yang ni


Yamaha Y15ZR mungkin akan ditambahbaik dengan 155cc berteknologi VVA 19hp?




Tersebar di blog blog permotoran negara jiran tentang munculnya spyshot Yamaha MX King 155 yang sedang diujikaji di negara jiran . MX King sebenarnya adalah Yamaha Y15ZR yang ditukarkan namanya di negara jiran . Setelah beberapa lama bertapak , Mungkin sudah tiba masanya untuk Yamaha menaiktaraf jentera Yamaha Y15ZR kearah yang lebih baik.

Menurut Spyshot dari negara jiran . Kelihatan model tersebut berbentuk seakan akan Y15ZR dengan sedikit perubahan . Selain itu enjin yang digunakan juga terlihat mengalami perubahan kepada enjin yang lebih baharu yang diperkenalkan Yamaha kepada model R15 dan Yamaha M-Slaz yang dikatakan bakal datang ke market Malaysia pertengahan tahun ini. Enjin tersebut adalah enjin yang berkapasiti 155cc dengan gabungan teknologi VVA (variable valve actuation) dari Yamaha yang meningkatkan kuasa enjin tersebut kepada 19hp. Namun gambar yang diambil agak kurang jelas.



Sebelum ini juga tersebar bahawa pengeluar seperti Honda, Yamaha, Kawasaki dan juga Suzuki sedang berlumba lumba untuk melahirkan model supercub bersesaran 175cc namun ianya agak kurang logic jika hendak dipadankan dengan Supercub yang bersesaran 155cc. Berita 175 cc tersebut terbukti salah apabila setelah beberapa tahun Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki tidak pernah mengeluarkan model tersebut.


Tidak pasti Y15ZR akan didatangi dengan enjin yang berkuasa 19hp tersebut akan tetapi jika ianya benar benar terjadi, mungkin kuasa Y15ZR yang menggunakan enjin tersebut mungkin direndahkan di pasaran Malaysia. Sehingga kini enjin tersebut telah digunakan di negara jiran seperti Indonesia di model Vixion R terbaru iaitu model yang dikenali FZ150i di Malaysia yang masih menggunakan enjin dan rekaan lama.

Yamaha juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memperbaharui model FZ150i dan ianya mungkin digelar FZ150 R seperti negara jiran yang menggelar model Vixion 19hp kepada Vixion R. Setakat ini 3 model Yamaha menggunakan enjin yang sama 155cc VVA iaitu Vixion R , R15 , M-Slaz.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.483697 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list