CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5775|Reply: 78

[Tempatan] Pemangku Raja Pahang terima baik jika Farid Kamil pulangkan gelaran Datuk

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 02:44 PM | Show all posts |Read mode




[size=0.8]
Farid (kiri) menerima Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Tengku Abdullah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Disember lalu.





KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Tengku Abdullah turut mengakui berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.
"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.
"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah baginda kepada pemberita di sini semalam.
Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.
Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.
Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.
"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.
"Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda. - K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah pulangkan........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan depress teruk lagi sudahlah.... bila secara halus disuruh pulangkan pingat dan hilang taraf dato. .......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:10 PM | Show all posts
maksud nye mcm di suruh pulangkan balik jer......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat refund ke cmna
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:17 PM | Show all posts

non refundable

once broken considered sold
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 17-1-2018 05:15 PM
Dapat refund ke cmna

Derang ni dato beli ke?......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:18 PM | Show all posts

Semoga berjaya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 05:19 PM | Show all posts
jadi boleh dipanggil

'bekas datuk...' juge ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:19 PM | Show all posts

haha yg ni kelako

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 17-1-2018 05:17 PM
non refundable

once broken considered sold

hahaha tergelak iols...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tak  buruk siku ke... dah bagi nak mintak balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:45 PM | Show all posts
World class sangat ke sumbangan artis ni sampai dapat gelaran cepat sangat??tunggu laaa kalau dah world class baru laaa bagi...

Legend music The Beatles macam Ringo Star yg dah puluh2 tahun berkhidmat dalam industri music pun tahun 2018 baru dapat "Sir", sama gak dengan surviving Bee Gees ni....

https://www.billboard.com/articles/news/8085604/ringo-starr-barry-gibb-knighted-queen-new-year-honors
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:06 PM | Show all posts
cara halus nak suruh pulang balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2018 06:12 PM | Show all posts



kalau masih ada resit dalam masa 7 hari masih boleh


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pulangkan pun xpe.xde org kisah pun. Habis datuk cina yg tampar anggota rela tu plgkan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila meroyan datin DD hahhaha Rasain ko.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik pulangkan...kalau tak pulangkan kira tak baik la? Sila baca byk kali dan hadam yer farid. Halus nau nau bunyiknya tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:55 PM | Show all posts
dato dari pahang ok je kalau nak pulangkan balik.. kalau dari kedah ke, selangor ke.. perak ke lain le cerita
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ala farid, dari pahang je pun.. kau g la travel sana sini kau bagi tgk sikit kau hengat aku heran dengan fees tu.. puihhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.101596 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list