CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 7

[Video]‘Saya Cuma Runner Barang, Tak Bawa Orang’ – Shaqirah Shukri

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 03:17 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Hanya mahu ‘test market’, bukannya memberikan perkhidmatan membawa penumpang dengan motosikal – itulah penjelasan yang diberikan oleh Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20, apabila ditanya mengenai penularan kisah dia menawarkan perkhidmatan tersebut ketika ini.


Gadis yang menjadi perbualan hangat di media-media sosial dengan khidmat penghantaran bermotosikal itu memberitahu Utusan Online, kemas kini akaun Facebook miliknya mengenai khidmat membawa penumpang wanita yang ditularkan itu sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas rakan-rakan mengenai potensi perkhidmatan tersebut.


Anak sulung daripada empat beradik yang lebih mesra dipanggil Yus itu menyatakan, dia sebenarnya menjalankan perkhidmatan penghantaran barang atau runner, bukannya membawa penumpang seperti yang disangkakan oleh netizen.


Menurut pelajar semester akhir Diploma Penerbangan di sebuah kolej swasta ibu kota itu, dia sedia maklum perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motosikal telah diharamkan oleh kerajaan pada Februari tahun lepas.





“Sejak mula menyediakan khidmat runner ini pada bulan lepas, ramai dalam kalangan pelanggan mengesyorkan agar saya juga membawa penunpang.


“Bahkan, maklum balas di Facebook saya juga menunjukkan ramai yang berminat untuk mendapatkan khidmat membawa penumpang dengan motosikal,” jelas gadis ketika ditemubual di Gombak hari ini.


Menurut Yus, ilham untuk menyediakan khidmat penghantaran barang tersebut timbul sewaktu dia melancong bersama keluarga ke Thailand tahun lepas.


Jelas beliau, selepas berbincang dan mendapat persetujuan daripada ibu dan keluarganya, dia pun menanamkan tekad untuk memulakan khidmat penghantaran barangan tersebut.


Katanya, selain itu, dia memberanikan diri untuk meneruskan rancangan itu kerana mahu berdikari dan meringankan beban keluarga.


Dia yang sememangnya berminat untuk berniaga menambah, sebelum ini dia pernah menjual kerepek keju, namun disebabkan beberapa faktor dia terpaksa menghentikannya.





“Paling memberi kesan ialah bila kehilangan duit berjumlah RM200 hasil jualan pada hari tersebut yang menyebabkan saya hanya tinggal RM20 untuk duit belanja.


“Bila diceritakan pada adik, dia katakan mungkin kejadian itu satu petunjuk daripada Allah untuk saya mencuba perniagaan baharu,” katanya.


Ira juga berterima kasih kepada netizen yang menularkan muat naik facebooknya itu kerana menurutnya, ramai dalam kalangan mereka memberikan nasihat dan komen membina kepadanya.


Gadis itu juga menyatakan harapan untuk mendapatkan bantuan serta nasihat niaga daripada pihak-pihak yang berkaitan agar dia dapat mengembangkan perkhidmatan yang dijalankannya satu perniagaan. – UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 03:31 PM | Show all posts
universiti kolej bukan melahirkan pelajarhantar barang

masukla
universiti yg tawarkan kos

Kejuruteraan Penghantaran Barang

baru betul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:57 PM | Show all posts
batmana replied at 17-1-2018 03:31 PM
universiti kolej bukan melahirkan pelajarhantar barang

masukla

Hahahahahaha
Terkedu i baca sampai taktau nak komen apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:06 PM | Show all posts
Bagus cara marketing dah diviralkan cam ni mesti makin ramai pelanggannya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:09 PM | Show all posts
ONE WORD -GARIT.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang buat rezeki halal, tak payah lah nak menghina.

Tengok sendiri kekurangan diri sebelum menghina kerja halal orang lain.
Masuk kerja tapi mengulor buka forum tak berkat juga dik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 12:18 AM | Show all posts
bagus dik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:49 PM | Show all posts
ok la kira berdikari budak ni
tapi at least kena be more careful
pompuan dik
sorang pulak tu  kehulu ke hilir
alangkan aci kat pagar kilang pun boleh kena culik
hati2 ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070197 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list