Tolonglah kesan dua beradik ini!
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304457/tolonglah-kesan-dua-beradik-ini
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 3:54 PM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
DUA beradik berusia tiga tahun dan 15 tahun dilaporkan hilang selepas pergi ke kedai serbaneka berhampiran kediaman mereka di Batu 16, Rawang, 1 petang, semalam.
Ibu mangsa, Jamaliah Mohd Sidek, 38, berkata, anak sulungnya, Nur Syafikah Zaki, 14, dan anak keempatnya, Aiman Daniel Zaki tidak pulang ke rumah mereka di Flat Blok A, Aman Setia, Batu 16, Rawang, selepas dia menyuruh anaknya itu membeli susu bayi di sebuah kedai serbaneka berhampiran.
Jamaiah berkata, Nur Syafikah atau dikenali sebagai Ika sempat dilihat berborak dengan seorang lelaki sebelum kejadian.
“ |