CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2701|Reply: 20

[Dunia] Demi Anak, Bapa Habiskan 2 Tahun Bina 8km Jalan Di Kawasan Gunung

[Copy link]
Post time 17-1-2018 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Demi Anak, Bapa Habiskan 2 Tahun Bina 8km Jalan Di Kawasan Gunung

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/17/bapa-bina-jalan-sendiri/

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 5:36 PM




SEORANG bapa di Orissa, negeri timur India telah membina jalan sejauh 8 km di kawasan pergunungan bagi membolehkan anak-anaknya yang bersekolah jauh dari rumah dapat pulang melawatnya lebih kerap.

Sejak dua tahun lalu, Jalandhar Nayak, 45, akan keluar rumah pada waktu pagi membawa kapak dan cangkul, menghabiskan masa sehingga lapan jam sehari untuk memotong dan mengalihkan batu-batuan untuk membina laluan.

Nayak, yang tidak pernah menerima pendidikan formal tinggal di sebuah kampung terpencil, 10 km dari asrama sekolah di mana tiga anaknya belajar.

Laluan yang sebenar mengambil masa yang lebih pendek, tetapi laluan antara rumah dan sekolah yang digunakan anak-anaknya mengambil masa selama tiga jam, termasuk perlu mendaki lima buah bukit.


"Susah untuk anak-anak saya berjalan di jalan yang sempit dan berbatu ketika pergi ke sekolah," kata lelaki itu kepada Kalinga TV baru-baru ini.

"Saya sering melihat mereka terhuyung-huyang meredah batu-batu dan saya memutuskan untuk membuat jalan melalui gunung supaya mereka boleh berjalan dengan bebas."

Pihak berkuasa tempatan hanya menyedari kerja-kerja Nayak awal bulan ini, ketika kisahnya disiarkan dalam buletin berita setempat.

Dia sebelum ini tidak pernah meminta bantuan mereka.

Para pegawai memberitahu BBC bahawa mereka akan menyambung kerja-kerja menyiapkan baki laluan sepanjang 7km yang akan menghubungkan kampungnya dengan bandar tempat anaknya bersekolah.

Nayak juga akan dibayar untuk kerja-kerjanya yang didapati berkualiti tinggi sehingga ia boleh dilalui oleh kenderan berat.

"Saya kagum apabila dia sangat berhati-hati memastikan tidak ada sebatang pokok pun ditebang semasa membina jalan ini," kata Sibashakti Biswal, wartawan tempatan yang pertama kali menemubual Nayak, kepada BBC.

Nayak sangat gembira mendapat tahu kerajaan akan menyelesaikan pembinaan jalan dan memberitahu BBC bahawa dia juga meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan elektrik dan air minuman.

Dia berharap anaknya akan dapat pulang ke rumah pada hari cuti dan hujung minggu apabila kerajaan selesai membina jalan tersebut.

Media nasional membandingkan Nayak dengan Dashrath Manjhi, 'lelaki gunung' di Bihar yang menghabiskan 22 tahun membina jurang besar di gunung untuk membina jalan ke bandar terdekat.

Dia memulakan usaha itu selepas isteri tercinta Falguni meninggal dunia pada tahun 1959 apabila tidak dapat menerima rawatan segera selepas terbabit kemalangan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharunyaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm the mountain man..manjhi..belah gunung dgn tulang empat kerat slpas isteri meninggal sbb lmbat smp di hospital, terpaksa amek jalan jauh..sedangkan klu x de gunung tu, dkat je hospital tu..truestory..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga elohim merahmati sister
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:13 PM | Show all posts
Kasih seorang bapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:29 AM | Show all posts
respect!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 12:37 AM | Show all posts

Would you not have  done it too?





Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
baiknya... semoga tuhan merahmatimu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 01:04 AM | Show all posts
stingerzz replied at 18-1-2018 12:37 AM
Would you not have  done it too?

tak larat nak angkat batu

thats why i respect this guy
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:40 AM | Show all posts
stingerzz replied at 18-1-2018 12:37 AM
Would you not have  done it too?

Ko sendiri mampooo ke? Katanya nak g dating ke KL pun merempat pinjam duit org
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:00 AM | Show all posts
boleh wat filem hindi ni.
terharu dgn kegigihan bapa demi nak berjumpa dgn anak2. btw, kenapa dia tak pindah je duk dekat dgn anak2? mesti ada sebabnya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:57 AM | Show all posts
Kasih dan pengorbanan seorang ayah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Terharu ......Siapa tak sayang anak. ......
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 18-1-2018 02:40 AM
Ko sendiri mampooo ke? Katanya nak g dating ke KL pun merempat pinjam duit org

nak belanja awek pun kupon marryhrown expired.... tp die punya sembang haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
beloomberk replied at 17-1-2018 08:41 PM
mcm the mountain man..manjhi..belah gunung dgn tulang empat kerat slpas isteri meninggal sbb lmbat s ...

A'ah macam manjhi the mountain man. Tapi iolss tengok 10min je di awal cerita tu. Tak rasa nak tengok sampai habis. Best ke ceritanya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 17-1-2018 11:40 PM
A'ah macam manjhi the mountain man. Tapi iolss tengok 10min je di awal cerita tu. Tak rasa nak ten ...

boleh la..tapi quiet slow..tapi sbb crita tu based on true event, so abeskn jgk nk tgk..sbb mmg suka tgk crita true event..inspiring gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:22 AM | Show all posts
Syabas sebab dah berusaha menyelesaikan masaalah bukan sekadar tahu comment dan merungut je
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:48 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2018 07:33 AM
nak belanja awek pun kupon marryhrown expired.... tp die punya sembang haha

Kheenn, ada hati nak cuit org
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-1-2018 11:22 AM
Syabas sebab dah berusaha menyelesaikan masaalah bukan sekadar tahu comment dan merungut je

Kalau org Malaysia dah salahkan najib Dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:51 PM | Show all posts
a'ah teringat kes yg dia buat jln sb nk g spital tp alih2 bini dia mati dulu tanpa sempat g hospital.


kes yg ni pun sgt mengharukan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.088593 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list