CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6127|Reply: 66

[Tempatan] Luluh hati ibu, tujuh anak penagih dadah.

[Copy link]
Post time 17-1-2018 11:51 PM | Show all posts |Read mode




Adik beradik ditahan dalam operasi AADK di Kampung Syed Omar, Kangar, Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE

KANGAR 17 Jan. - Tidak ada mana-mana ibu ingin melihat anak yang dilahirkan dan dipelihara dengan penuh kasih sayang selama ini mensia-siakan hidup mereka dengan menagih dadah.

Namun, itulah hakikat yang perlu diterima oleh seorang ibu tunggal berusia 60-an dari Kampung Syed Omar di sini apabila tujuh anaknya termasuk tiga wanita terlibat dengan najis dadah.

Lebih menyedihkan, warga emas itu sudah tidak mampu mengawal anak-anaknya yang berusia antara 17 dan 30 tahun itu yang menjadikan sebuah bilik di rumah mereka sebagai lokasi untuk melepaskan gian menghisap dadah.

Hasil risikan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi bersama Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) pada Isnin lalu telah menyerbu rumah berkenaan dan menahan empat lelaki manakala tiga saudara wanita itu pula pernah ditahan agensi tersebut pada Oktober lalu.

Ketika ditahan, warga emas tersebut hanya mampu menangis melihat anaknya di tahan pihak berkuasa.

Pengarah AADK negeri, Azizah Ahmad berkata, hasil ujian air kencing didapati empat beradik itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Hasil siasatan awal mendapati mereka telah menagih dadah lebih setahun. Hasil pendapatan mereka yang mendapat upah melakukan kerja-kerja kampung itu dihabiskan untuk membeli dadah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azizah, ada dalam kalangan adik beradik berkenaan sudah beberapa kali ditahan dan diletakkan di bawah pengawasan AADK dan polis namum masih mengulangi perbuatan sama.

"Kesemua mereka telah di bawa ke pejabat AADK Perlis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam kes berasingan katanya, seramai 12 lelaki berusia 17 hingga 50 tahun telah ditahan kerana positif syabu dan morfin.

"Turut dirampas 25 botol air ketum yang setiap satu kandungannya 1.5 liter. Kes disiasat mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998," katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...dadah-1.592052


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2018 11:53 PM | Show all posts


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x786.


KANGAR: Seorang ibu pasrah apabila empat anak lelakinya ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akibat positif dadah malam kelmarin, beberapa bulan selepas tiga anak perempuannya ditahan atas kesalahan sama pada Oktober lalu.


Wanita berusia lingkungan 60-an itu seolah-olah rela melihat empat anak lelakinya berusia antara 17 hingga 30 tahun itu dibawa penguat kuasa AADK selepas kediaman mereka di Kampung Syed Omar, di sini, diserbu kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pengarah AADK negeri, Azizah Ahmad, berkata ketika serbuan dilakukan ibu kepada empat penagih itu berada di rumah berkenaan dan wanita itu seperti sudah pasrah melihat keadaan anak-anaknya yang terjebak dadah.

"Dua anak lelakinya pernah ditahan dan berada dalam pengawasan AADK, manakala tiga anak perempuannya masih menunggu keputusan ujian air kencing daripada pihak hospital susulan penahan mereka pada Oktober lalu.

"Tambah mengejutkan apabila empat lagi anak lelakinya ditahan sekali gus selepas ujian air kencing dijalankan mengesahkan mereka di bawah pengaruh dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azizah berkata, dalam operasi malam kelmarin membabitkan 27 pegawai AADK dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), beberapa lokasi berasingan sekitar negeri ini diserbu dengan 12 lelaki disyaki penagih ditahan selepas disahkan positif pelbagai jenis dadah.

"Kita menjalankan operasi sejak pagi kelmarin sehingga berakhir malam tadi...semua 12 yang ditahan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...k-kerana-dadah

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahla mak
doa banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:09 AM | Show all posts
pprt nya family kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:10 AM | Show all posts
maka
ketahuan la lembu kambing orang kampung hilang angkara anak siapa

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
menangis sebab anak kena tahan..
bukan menangis sebab anak taik dadah?
ibu misali ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 12:56 AM | Show all posts
yg penting anak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak dah tua.xlarat dah nak marah anak2
Kesiannye la hidup makcik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii amat menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesianlah kat emak tu weyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-1-2018 12:49 AM
menangis sebab anak kena tahan..
bukan menangis sebab anak taik dadah?
ibu misali ni

takkan nak berjoget sakan despacito pulak.makcik tu dah cukup menderita agaknya takda tpt mengadu nasib .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kena main peranan se patutnya lelaki ketua keluarga. Suami mati atuk & bapak sedara main peranan
Klu mak yg marah anak2 lelaki bukan nk dengar. Skrg dah terlambat
Lelaki zmn skrg makin pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan semua yg beranak byk tu jadi  rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:55 AM | Show all posts
Kesian kat makcik tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PEPPERMAN at 18-1-2018 07:06 AM

hobi keluarga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
btw bila disebut "beberapa kali ditahan",
sampai berapa kali SOP penguatkuasa ni perlukan supaya orang tu tak ditahan lagi selepas tu?
Kat mana kekurangannya,  adakah operasi sebegini umpama catch and release ikan saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak ramai pun kalau  mcm bela biawak tiada gunanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn plak makcik bergolok bergadai tanah pusaka nk bebaskan budak2 tu ya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknya menangis sebab anak kena tangkap kah atau sebab anak hisap dadah. ....selama anak hisap dadah dah setahun kenapa dibiarkan tak.buat aduan kalau betul sayangkan anak.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan semua keluarga sempurna ada tu beranak ramai tp semua tak menjadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.402473 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list