CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 15

[Tempatan] ZALIMNYA seorang lelaki apabila tergamak menumbuk dan menendang isterinya yang s

[Copy link]
Post time 17-1-2018 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2018 07:59 AM

Layak panggil suami atau binatang?










Mangsa berjaya menghubungi rakannya sebelum dibantu mendapatkan rawatan dan dibawa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh.













Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


ZALIMNYA seorang lelaki apabila tergamak menumbuk dan menendang isterinya yang sedang mengandung dua bulan hanya kerana mangsa mengunci pintu bilik di rumah mereka di Kuang, Sungai Buloh kelmarin.
Malah suspek berusia 30 tahun itu juga turut mengetuk kepala mangsa menggunakan batang kayu selain memukul wanita malang itu menggunakan penyangkut baju.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 24 tahun terbabit bertindak mengunci pintu bilik berikutan bimbang menjadi mangsa kekejaman suami yang kerap memukulnya sebaik pulang dari kerja.

“Namun tindakan mangsa itu membuatkan suspek bertambah marah lalu bertindak memecahkan pintu sebelum menumbuk serta menendang wanita terbabit berulang kali,” katanya.
Walaupun mangsa merayu supaya tidak dibelasah namun suspek tidak mengendahkannya malah mengambil kayu dan penyangkut baju untuk memukul mangsa.
“Suspek memukul mangsa sehingga ‘lembik’ dan tidak bermaya sebelum keluar dari rumah meninggalkan mangsa.
“Mangsa bagaimanapun berjaya menghubungi rakannya sebelum dibantu mendapatkan rawatan dan dibawa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh di sini,” katanya.
Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 2:46 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh fasakh sangat dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak sebut nama tu musti Mulayu isele kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-1-2018 12:14 AM
Kalau tak sebut nama tu musti Mulayu isele kan

mesti melayu pastu suaminya penagih
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat kisah seorang isteri mithali yang setia menunggu kepulangan suami dari kerja. isteri itu setia menunggu dengan sebatang rotan dan secawan susu di tangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 macam ni la buat perempuan takut nak kawin. Takut dapat pasangan yg salah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
2 faktor boleh buat manusia hilang akal ..  dadah dan arak . Sedih aku bila ditempat lama aku terjumpa pasangan yg membawa anak2 sama beratur membeli dadah . Terasa luluh ..  apa lah nasib anak2 ini .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:47 AM | Show all posts
kluar je dari neraka tu, you are not a tree tho..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 09:02 AM | Show all posts
kekejaman suami yang kerap memukulnya


Kak, tak payah nak setia sangat la dengan jantan macamni. Dah hari-hari kena pukul, akak sanggup hilang nyawa kat tangan jantan keparat macamni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:19 AM | Show all posts
samasam90 replied at 18-1-2018 01:06 AM
teringat kisah seorang isteri mithali yang setia menunggu kepulangan suami dari kerja. isteri itu se ...

suami yg ditunggu tu pun suami mithali..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:21 AM | Show all posts
kejap jer tu,,dah hilang sakit2 badan tu, bila jantan keparat tu pujuk sikit nnti.."ok la ayang maafkan abang..abg jgn buat lagi ye"..maklumlah kot* laki kekal keras..sapa nak tinggal..choii kosserrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil laporan perubatan dik...lepastu minta fasakh di Mahkamah Syariah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:01 AM | Show all posts
metroll biasala
kene tikam 3 kali pon tulis tikam 10 kali
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:07 AM | Show all posts
mcm punching bag je laki tu buat bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:10 AM | Show all posts
sapa suruh kawin laki melayu..
laki melayu kan laki paling tak guna di alam semesta
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:05 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-1-2018 10:10 AM
sapa suruh kawin laki melayu..
laki melayu kan laki paling tak guna di alam semesta

mintak lobai @ifanonline  air mazi ulas statement ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073837 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list