CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1587|Reply: 14

[Tempatan] Awal-awal lagi dah declare tiada fenomena gelembung perumahan di Malaysia

  [Copy link]
Post time 18-1-2018 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Tiada fenomena gelembung perumahan di Malaysia
18 Januari 2018 3:00 AM


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Pasaran hartanah Malaysia dijangka terus suram tetapi tiada tanda feno­mena gelembung perumahan atau lebih dikenali sebagai housing bubble.

Pengarah Urusan CBRE WTW, Foo Gee Jen berkata, gelembung itu tidak akan terjadi kerana pihaknya tidak melihat sebarang jualan panik berlaku di Malaysia.

Malah katanya, di dalam negara ketika ini, tiada peningkatan harga rumah yang melampau atau price overheating.

“Tanda-tanda jualan panik dan rumah yang tidak terjual tersebar luas hanya di lokasi sub ter­tentu seperti di Cyberjaya, yang mana kadar kekosongan biasanya lebih tinggi.

“Harga rumah di tempat lain masih dilihat berada pada tahap munasabah, mengambil contoh daripada segmen kediaman bertanah yang berlegar sekitar 65 hingga 70 peratus,” katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Prospek Pasaran Harta­nah Asia Pasifik - Malaysia CBRE WTW di sini hari ini.

Gelembung perumahan akan menyebabkan pe­ning­katan harga rumah yang didorong oleh permintaan tinggi dan spekulasi.

Menurut Gee Jen, harga rumah juga telah menjadi sederhana kira-kira lima hingga lapan peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu susulan langkah penyejukan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jelas beliau, ia termasuk Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan sekatan pemilikan asing.“Saya percaya ini adalah selaras dengan kenaikan gaji se­ba­nyak lima hingga 6.5 peratus dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan data CBRE WTW, pada separuh pertama 2017, transaksi kediaman menurun seba­nyak tujuh peratus pada asas tahun ke tahun, berbanding pe­nurunan 14.5 peratus pada tempoh sama 2016,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Housing bubble harga rumah makin naik.. housing burst baru menurun trend yer..
Uols salah konsep ke benda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tengok trend.. 2010-2014 harga rumah makin menaik..
Housing bubble/burst pun kena lihat housing stock dalam pasaran.. kalo elastic trend market lain, kalo inelastic trend market lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak kau lah labuuuu...akak tak minat nak beli rumah komersial sebab ada tanah sendiri kat kg ni haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak kau lah labuuuu...akak tak minat nak beli rumah komersial sebab ada tanah sendiri kat kg ni haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Munasabah kau cakap??? Rumah harga lebih dari sejuta tang mana yang munasabah sangat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 11:29 AM | Show all posts
munasabah ape bendeeeee.... total house income aku pon dekat 10k tpi rase cam xmampu je nak beli umah baru kat area KL ni.. nak beli kt Puncak Alam jauh lak sbb keje tgh2 bandar....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:09 PM | Show all posts
area rumah aku pun ada je kondo mewah yang tak terjual.Kalau reger 300k -400 lama dah orang sapu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 02:12 PM | Show all posts
CikMinie replied at 18-1-2018 11:29 AM
munasabah ape bendeeeee.... total house income aku pon dekat 10k tpi rase cam xmampu je nak beli uma ...

puncak alam ok apa takde jauh sangat ngan bandar kl tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:33 AM | Show all posts
Yang pasti..di KK ada housing bubble.....mcm harga tak betul...dah sama mcm KL...tapi KK apa pun tak ada....LRT? Tram?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg ckp tak tgk realiti ke..adoiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 08:24 AM | Show all posts
Kompeni CBRE WTW ni pun real estate based pun. Ofkos la cakap positif. Ckp buruk2 kompom tak berasap dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:08 PM | Show all posts
dah beli rumah
cukuplah apa yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah Rm 1 juta saiz reban ayam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:28 AM | Show all posts
apa wana nak cakap,
apa pak cik ni cakap ada betulnya..
memang tak ada trend housing bubble pun sebab beberapa polisi yang gomen buat untuk kawal demand dan aktiviti spekulasi macam cukai rpgt bagai tu..
cuma, demand untuk rumah 300k kebawah still ada..sekarang rumah yang high end, memang mengalami property overhang (unit tidak tejual).. kalo lihat pun, dari supply pun, graf pun dah tunjuk macam tu (delay construction..) sejak 3-4 tahun lepas..tidak terkejut pun..
even wana pun predict market mungkin akan lembap sejak 3-4 tahun lepas...
so, sesiapa ada duit lebih..beli la Tanah ker, rumah ker. masa yang ok..sebab mungkin lepas ni, market xmacam ni terutama negeri sebuah tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073954 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list