CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7176|Reply: 92

[Tempatan] Terbaik dari suku sakat PPR. Campak dapur gas, rangka motorsikal dari atas. UPDA

  [Copy link]
Post time 18-1-2018 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 19-1-2018 11:46 AM

‘Baling, buang perkara biasa’

Mentaliti penghuni PPR perlu berubah

SIKAP segelintir penduduk membuang sampah sarap di tempat yang tidak sepatutnya boleh mengundang pelbagai penyakit kepada penduduk sekitar .


18 Januari 2018 3:00 AM


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Sikap segelintir penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara yang suka membuang pelbagai objek dari tingkat atas bangunan bagaikan sudah menjadi tabiat sebati dalam kehidupan mereka.

Bukan sahaja sampah, malah pelbagai jenis objek keras dan berbahaya seperti televisyen, kaca, botol, kerusi dan meja dicampakkan dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah atau bimbang sekiranya terkena orang lain.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa PPR kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mendapati pelbagai jenis sampah sarap bertaburan di sekeliling kawasan perumahan ber-tingkat itu.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana perumahan yang dihuni ribuan penduduk itu turut menempatkan kawasan permainan, tadika dan mini perpustakaan di aras bawah yang menjadi tumpuan ramai.

Sikap tidak bertamadun itu akhirnya mengundang malapetaka besar apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas bangunan blok 102, PPR Seri Pantai pada Isnin lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai, Tusiah Dino, 57, berkata, pihaknya de­ngan kerjasama DBKL telah banyak kali melaksanakan pelbagai program bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai sikap suka membuang sampah dari tingkat atas.

“Bagaimanapun, masalah ini masih berterusan disebabkan kurangnya kesedaran dan mentaliti rendah segelintir penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mewakili penduduk perumahan itu turut meminta pihak berkuasa tempatan itu memasang kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan jaring untuk tujuan keselamatan.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan DBKL akan menyita rumah penduduk jika terdapat bukti mereka membuang sampah atau sebarang objek da­ripada tingkat atas.

Hal seumpama itu bukan pertama kali berlaku di PPR kerana sebelum ini, DBKL mengeluarkan notis kepada seluruh penduduk PPR sekitar ibu negara berhubung perkara berkenaan.

Sehubungan itu semua pihak terutama penghuni PPR mengambil iktibar daripada insiden itu dengan mengubah mentaliti mereka.

Kalau sudah tinggal di rumah moden yang serba lengkap kemudahannya, janganlah dibawa budaya setinggan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 10:21 AM | Show all posts
Pengotornya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:22 AM | Show all posts
Lepas Campak Kerusi, Tular Baling Zink, Besi Pula
Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 8:00 AM


Beberapa kerusi, besi dan sekeping zink yang dicampakkan dari tingkat atas jatuh di kawasan yang menjadi laluan ke taman permainan kanak-kanak.

PETALING JAYA: Ketika kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) hangat diperkatakan, telah tular video seorang wanita ditegur kerana mencampak barang dari tingkat atas sebuah pangsapuri.

Rakaman yang dimuat naik sepasang suami isteri di laman sosial Facebook itu menunjukkan perbuatan seorang wanita yang dipercayai warga asing bekerja sebagai tukang cuci di pangsapuri itu.

Menerusi video berdurasi hampir seminit, wanita berkenaan telah dimarahi seorang penduduk yang menyedari perbuatannya itu.

Sambil menangis, dia berkali-kali memohon maaf di atas kesilapannya dan merayu tidak akan mengulanginya lagi.

Malah dia memberikan alasan bahawa tiada sesiapa di tingkat bawah yang juga laluan ke taman permainan kanak-kanak ketika dia mencampakkan barang-barang itu.

“Ini taman permainan. Kau jangan macam tu je, main baling. Tadi kau cuba nak baling besi? Kalau kau baling tadi, kena kepala budak?,” soal penduduk berkenaan.


Bercakap kepada mStar Online, Mohd Edie Azhar, 32, yang merakam video tersebut memberitahu kejadian berlaku di pangsapuri yang didiaminya di Setia Alam di Shah Alam pada kira-kira pukul 4 petang, 2 Januari lalu.

“Masa tu anak saya nak bermain di taman permainan. Saya dengar bunyi bising dari luar sampai anak saya beritahu ada orang baling barang dari atas.

“Saya ‘standby’ kat luar nak tahu siapa yang baling barang tu. Kemudian, saya nampak ‘cleaner’ tu pegang dapur nak baling ke bawah. Saya jerit kat dia sebelum dia sempat campak,” katanya yang tinggal di pangsapuri itu sejak lima tahun lalu.

Mohd Edie berkata, tukang cuci itu memberitahu barang-barang yang masih elok digunakan itu  diberikan kepadanya oleh salah seorang penduduk.

Namun kerana tidak mahu turun naik beberapa kali untuk mengangkat barang-barang dari tingkat empat di pangsapuri lima tingkat itu, wanita berkenaan memutuskan untuk mencampakkan kesemuanya ke tingkat bawah.

“Papan besi (zink), tunku dapur, kerusi dan besi dah baling. Dapur dan rak besi belum baling. Dapur tu memang dah nak baling, tapi tak sempat sebab saya dah sergah dulu,” katanya sambil menambah tukang sapu itu kemudian diarah mengutip barang-barang yang dicampaknya.

Menurut bapa dua anak ini, dia membawa tukang cuci tersebut kepada pihak pengurusan pangsapuri tetapi dakwanya wanita itu hanya diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatannya tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.

“Niat saya bukan nak aibkan sesiapa. Saya cuma nak jadikan pengajaran untuk semua sebab kes baling barang ni memang banyak jadi, tapi tak diberi perhatian sangat sampai kes remaja yang meninggal ditimpa kerusi baru-baru ini.

“Sepatutnya pihak pengurusan kena ambil tindakan sewajarnya, bukannya beri nasihat saja. Tak kan nak tunggu kes kecederaan atau kematian baru nak ambil tindakan,” katanya.

Isnin lalu, seorang remaja lelaki maut selepas dihempap sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri PPR Seri Pantai, Pantai Dalam di Kuala Lumpur.

Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Da miskin, perangai pun 'miskin' skali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:36 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-1-2018 10:22 AM
Lepas Campak Kerusi, Tular Baling Zink, Besi Pula
Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 8:00 AM

yang suka baling barang2 nie mmg jenis takde kesedaran sivik...kemungkinan tak pernah bersekolah seumur hidup jadi cara hidup lebih kepada jungle law...


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:39 AM | Show all posts
aku kenot brain la mentaliti cam gini...

knp nk kena baling semua tu dr  atas, susah sgt ka nk heret bw p ke bawah, kan ada lift

aiyo.. kami duduk kampung pun elok sikit kot.. eh rajin sikit ...

sampah sangup ja bawak naik motor buang kt tempat buangan sampah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 10:47 AM | Show all posts
aku nak tengok kalau pasang jaring seperti yg diwar2kan tu apa benda yg dorg nak campak lagi lepas ni.. klu ada jgk tak tau nak kata apa lagi dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:51 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-1-2018 10:22 AM
Lepas Campak Kerusi, Tular Baling Zink, Besi Pula
Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 8:00 AM

warga trisna ke ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:12 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-1-2018 10:22 AM
Lepas Campak Kerusi, Tular Baling Zink, Besi Pula
Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 8:00 AM

Dalam fb citer yg baling tu cleaner dari indon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Vengong betol laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:54 AM | Show all posts
flat aku baru je cat baru...tp baru sehari cat dah ada yg gatal tangan pi cop2 kat dinding baru cat tu..

penat je org tu cat cantik2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:51 PM | Show all posts
kebanyakkan kuaters kerajaan pun ramai jenis yang minda PPRT nie...last week jalan umah member...lift kuaters...so bad...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:15 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 18-1-2018 10:35 AM
Da miskin, perangai pun 'miskin' skali ke?

depa ni bodoh thp max..... tak pkir langsung keselamatan ke apa..... kdg2 anak depa yg buang.....
mak suruh anak buang sampah... anak ambik jln shortcut......  pernah tgk anak kecik disuruh buang sampah.... diseret beg sampah tu.... bocor hbis la smph tertinggal kat tangga seme.... tak tahu la rumah depa thp kandang ke apa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:19 PM | Show all posts
yang tarak sivik buang sampah merata ni ni dapur rumah mereka pun bersepah tahap max



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Budaya Indon jadi ikutan masyarakat tempatan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:32 PM | Show all posts

Tidak syak lagi....bawak perangai pprt indon ke negara kita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai, Tusiah Dino, 57, berkata, pihaknya dengan


wow @dino dh jd pengerusi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu iols x yakin jaring saje ckup utk masalah campak sampah ni..ade jaring lagi gatal la tgn dorg nk buang sampah..elok tutup abes je dgn dinding..abes chiter

kadang iols mmg kesian tgk cleaner yg dh tua2 ni  dok kutip saampah yg besar2..tp campak dr atas mmg hanat sgt okeh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi seronok buang smpah kalau ada jaring....kannn
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:34 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 18-1-2018 07:25 PM
Lagi seronok buang smpah kalau ada jaring....kannn

ala2 boleh jadi tempat pembuangan sampah alternatif gittew kalau boleh lepas berak terus campak je kat situ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.113171 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list