CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 16

[Tempatan] Mak suruh cari kerja dan putus dengan pakwe, dia pi terjun bangunan pulak

  [Copy link]
Post time 18-1-2018 10:31 AM | Show all posts |Read mode
KERANA disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja dan memutuskan hubungan dengan teman lelaki, remaja perempuan berusia 17 tahun cuba terjun dari bangunan pusat beli belah lima tingkat di Kluang, 6.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, remaja berkenaan berang dengan permintaan ibunya.

“Dia pelik ibunya ada menghubungi teman lelaki remaja itu sebelum kejadian. Bagaimanapun, lelaki itu enggan berkongsi perkara yang dibualkan dengan ibu gadis itu menyebabkan gadis itu bertambah berang.

“Menurut suspek, dia tidak berniat untuk membunuh diri, sebaliknya hanya bertujuan untuk mengugut teman lelakinya jika lelaki itu enggan berlaku jujur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ini adalah kali kedua suspek yang juga penganggur cuba membunuh diri di lokasi sama, yang mana sebelum ini, gadis itu menjerut lehernya menggunakan tali, namun diselamatkan oleh teman lelakinya dan abang angkatnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendatang asing kah ni?...emak suruh anak umur 17 tahun cari kerja. ...tak sekolah ke? .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:34 AM | Show all posts
alahai..xsyg nyawa betul la..

senang2 je nk bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Org zaman skrg hidup tertekan, Wang segala2 nya. I ingat generasi akan dtg akan bunuh diri/dibunuh jika tiada Wang, jika sakit kritikal or jika cacat anggota
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg dik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:33 AM | Show all posts
ingat Tuhan dik.. umur muda lagi, jgn pilih jalan singkat.. lelaki  bukan sorg kat dunia ni.. jauh lagi perjalanan ko dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya harga nyawa nak oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:44 AM | Show all posts
Menyusahkan abam bomba je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sape x cukup akal ni? Kesian mak ko dapat ko dikkk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo. Tu je nak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:02 PM | Show all posts
Hai budak2 zaman sekarang nih. Hal remeh-temeh pun membuatkan mereka nak bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
17 tahun? mak suruh sekolah, kau taknak.
mak suruh kerja, kau taknak jugak...
pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak perempuan disuruh2 bekerja.
Anak lelaki dibiar main game.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:20 PM | Show all posts
Akal di tapak kaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:45 PM | Show all posts
gediknya kau, acah2 nak ugut pulak. gepren dari nuraka betul kau yah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu baru masalah sendiri tu, belum hadapi bila dah ada suami dan anak2. So teman lelaki....nak teruskan atau tinggalkan? Nak dijadikan pasangan tapi pasangan pikir membunuh diri adalah jalan untuk mengugut/ jalan mengamuk. Belum kes berat lagi...dah mcm ni.

Mak ayah suruh keje bukan diorg nak sgt duit korg...cuma tak nak korg minta lagi duit dari diorg itu je. Sbb dah besar panjang. Pergilah berdikari. Bina hidup sendiri. Kau harapkan lelaki pun, dia pun nak bahagiakan mak ayah dia. Kau plak bahagiakanlah mak ayah kau. Pastu dah stabil sama2 la rancang utk keluar korg pulak. Ini main terjun je. 1 keje plak org nak kutip otak kau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:24 PM | Show all posts
ninja boy replied at 18-1-2018 10:39 AM
Org zaman skrg hidup tertekan, Wang segala2 nya. I ingat generasi akan dtg akan bunuh diri/dibunuh j ...

takyah ckap generasi akan datang sgt.

aku pn rasa akan buat mcm tu. bukan sbb duit tp sbb taknak menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.359918 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list