Edited by roti_banjir at 18-1-2018 11:42 AM
Bagi mereka yang sudah bekeluarga pastinya mengimpikan rumah idaman. Paling penting, ia adalah hartanah sendiri yang boleh didiami atau mungkin dijadikan sumber pendapatan menerusi pelaburan hartanah yang dijana daripada duit sewa.
Namun, melihat situasi ketika ini ramai yang beranggapan peluang untuk membeli rumah sangat tipis dan berisiko atas pelbagai sebab antaranya jumlah pendapatan dan komitmen tinggi serta keadaan ekonomi negara yang menjurus pada perubahan harga hartanah yang menjadi semakin mahal.
Pada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri, ini antara nilai rumah yang boleh dibeli mengikut gaji anda sepertimana dikongsi laman sesawang, Hartabumi.
1. Gaji - RM1,500 Nilai rumah - Sehingga RM76,000 2. Gaji - RM2,500
Nilai rumah - sehingga RM196,000 3. Gaji - RM4,000 Nilai rumah - sehingga RM376,000 4. Gaji - RM6,000 Nilai rumah - sehingga RM640,000 5. Gaji - RM10,000 Nilai rumah - sehingga RM1.09 juta
Jika dirujuk pada padanan gaji dengan nilai rumah tersebut, ini membayangkan individu yang meraih pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan mampu membeli rumah berstatus kondominium.
Mereka yang bergaji RM4,000 pula boleh rumah status pangsapuri manakala tangga gaji RM2,500 ke bawah hanya layak memiliki rumah standard flat.
Bagaimanapun, individu yang bergaji tinggi atau rendah masih belum dianggap layak membeli nilai hartanah berkenaan jika mempunyai komitmen tinggi seperti bayaran ansuran kenderaan dan pinjaman peribadi di bank. |