CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 19

[Tempatan] CUEPACS mintak naikkan lagi gaji penjawat awam. BN jgn lupa, undi 1.6 juta penja

[Copy link]
Post time 18-1-2018 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Berita»Nasional
Khamis, 18 Januari 2018 | 2:05pm

CUEPACS gesa naikkan gaji penjawat awam


KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menimbangkan kenaikan gaji penjawat awam bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu juga sesuai berikutan harga rumah yang melambung tinggi pada masa ini.

Katanya, mempunyai kediaman sendiri bukan perkara sampingan kerana individu yang ingin memulakan kehidupan perlu ada rumah.

"Dengan harga rumah yang mahal ramai penjawat awam tidak mampu membeli rumah. Kita harap kerajaan dapat timbangkan kenaikan gaji bagi membantu mereka.

"Kerajaan menyediakan banyak skim perumahan antaranya, Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), rumah mampu milik dan sebagainya.

"Tetapi kalau gaji penjawat awam tak mampu menampung kos sara hidup, bagaimana untuk membeli rumah?," katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat sempena Program Transformasi Perkhidmatan Awam bersama kira-kira 400 penjawat awam di Kelantan di Dewan Bunga Teratai di sini, hari ini.

Azih berkata, tuntutan kenaikan gaji itu perlu ditimbangkan dan perlu membabitkan semua penjawat awam di seluruh negara.

Selain itu, beliau berharap kerajaan tidak memansuhkan skim pencen pada hampir 750,000 pesara kerajaan demi masa depan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus timing....
Cuma nk tambah, instead of asyik mintak gaji naik psl nk beli rmh, better gesa kerajaan kwl harga rmh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti pemimpin UMNGOK jawab..."akan dipertimbangkan...undilah UMNGOK pastu baru naik gaji.."...akai UMNGOk bole dibaca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:46 PM | Show all posts
Innrukia replied at 18-1-2018 02:41 PM
Bagus timing....
Cuma nk tambah, instead of asyik mintak gaji naik psl nk beli rmh, better ges ...

Sokong. Kalau harga rumah terkawal, bukan setakat penjawat awam boleh beli. Yang bukan kerja gomen pun akan mampu beli rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 03:05 PM | Show all posts
Naik....jgn tak naik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 03:40 PM | Show all posts
Jangan pulak bila gaji dah naik korang gi pulun buat personal loan byk2 pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 03:41 PM | Show all posts
1 kenaikan tahunan jyeahhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya kopek ni asyik mintak jah tpi xpernah dpt. Lepastu seperti biasa acik sundel private akan meroyan pd acik kepam gomen. Kitar nya sama saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:24 PM | Show all posts
walk the talk la cuepacs
jangan sebab nak sorakan je
setakat mintak di program2 & ceramah2 nenek aku pun boleh
mintak secara proper la
ingat najib nak layan ke mintak ikut social media ni?
sudahnya penjawat awam jugak yg melanguuukkk
borang overlap dah ditangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:34 PM | Show all posts
umpama keje kat company yg keuntungan bisnes tak seberapa tapi pekerja sibuk dok minta naik gaji. nak cekau duit kot mana???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:39 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-1-2018 04:34 PM
umpama keje kat company yg keuntungan bisnes tak seberapa tapi pekerja sibuk dok minta naik gaji. na ...

haishhhh mana tak untung, company ni la yg paling berganda2 keuntungannnya

cer tgk hasil kutipan gst, zakat, income tax, road tax, tah apa2 lagi tax

kalay kat negara lain cemana ek gomen diorg nak beli undi pekerja gomen

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:57 PM | Show all posts
Masa ni laa nak mintak....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:59 PM | Show all posts
Perfect timing. Lagipun dah lama dah gaji tak direvise. Paling last tak silap aku zaman Pak Lah dulu, tahun 2007 gitu tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 18-1-2018 06:16 PM
Muntz replied at 18-1-2018 04:59 PM
Perfect timing. Lagipun dah lama dah gaji tak direvise. Paling last tak silap aku zaman Pak Lah dulu ...


Aik..

Bukan ke korang yg gomen2 ni dapat pergerakan gaji tiap2 tahun ?
Jadah ape si kupek nak mintak kenaikan utk staff gomen lagi.

Kassim selamat
-peniup kaca swasta-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 06:37 PM | Show all posts
minyak naik hampir tiap2 minggu, takkan tuntutan ni BN tak mampu layan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 18-1-2018 02:46 PM
Sokong. Kalau harga rumah terkawal, bukan setakat penjawat awam boleh beli. Yang bukan kerja gomen ...

Pekerja gomen pdulik apa dgn pkerja swasta. Sah2 diaorg akn pilih nk naik gaji so boleh blagak dgn brg2 mewah & kereta2 mewah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 18-1-2018 04:34 PM
umpama keje kat company yg keuntungan bisnes tak seberapa tapi pekerja sibuk dok minta naik gaji. na ...

Kan diaorg dpt dari pekerja swasta yg byor tax? Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuepacs tiap2 tahun mintak.. Dptnya tak pon.
Kenaikan gaji mmg dapat tiap2 tahun tapi dgn kos sara hidup yg melambung tinggi mmg tak stabil pon. Kualiti hidup tarak.. Rakyat disuruh keje, keje, keje dan buat part time. Bini2 trpaksa kerja tuk bantu suami. Anak2 terbiar kurang kasih syg.. ----->masalah sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank rakyat perati dr jauh jer nie... Hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:53 AM | Show all posts
izwan_izi replied at 18-1-2018 06:05 PM
Aik..

Bukan ke korang yg gomen2 ni dapat pergerakan gaji tiap2 tahun ?

Itu kenaikan gaji tahunan. Yg dimintak ni revise gaji utk tiap tangga gaji tu. Skrg ni gaji minimum penjawat awam dah direvise ke RM1,200. Tapi kenapa tangga2 gaji lain masih stagnant jah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073313 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list