CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 11

[Tempatan] Cikki tamil ibupertiwi ukir nama di Kollywood

[Copy link]
Post time 18-1-2018 03:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi pelakon dari Malaysia untuk memasuki industri perfileman Tamil di India kerana negara itu sendiri dibanjiri dengan banyak bakat bertaraf antarabangsa.

Namun, DJ radio tempatan Gheetha Ammasee berjaya melakar sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima watak utama atau sebagai heroin di India melalui filem 'Kaaval' dan 'Sangu Chakkaram' sekali gus menerima anugerah serta mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.

Gheetha yang lebih dikenali sebagai 'Punagai Poo' Geetha dalam kalangan rakyat Malaysia memberitahu BERNAMA bahawa pelbagai cabaran dihadapinya sepanjang berlakon di negara itu termasuk perlu memberikan komitmen tinggi tanpa menunjukkan penat.

Katanya, komitmen itu bukan hanya bagi menjaga nama baik dirinya, malah melihat ia sebagai tanggungjawab yang digalas mewakili Malaysia.

"Negara India sendiri dibanjiri dengan ramai pelakon, jadi apabila mereka pilih seorang pelakon dari luar negara, pelakon itu harus memberikan komitmen yang tinggi. Saya tidak mahu kru perfileman di India anggap pelakon Malaysia cepat penat dan anggap lebih baik pilih pelakon India kerana saya mewakili semua pelakon di negara ini.

"Saya menerima tawaran untuk berlakon filem di India dua tahun lalu dan saya terbang ke India untuk membuat penggambaran. Kali pertama saya memilih membawa watak heroin adalah melalui filem tempatan 'Maindhan' pada 2014," katanya.

Anak kelahiran Taiping, Perak berusia 34 tahun itu mula berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pengacara televisyen sebelum menjadi penyampai radio THR Ragaa pada 2000.

Beliau juga adalah penerbit wanita pertama dari Malaysia untuk filem Kollywood di Tamil Nadu, India dengan filem sulungnya 'Arinthum Ariyamalum' pada 2005, diikuti dengan beberapa filem Tamil termasuk 'Kundakka Mandakka' dan 'Narthagi'.

Gheetha yang kini berlakon sebagai watak utama dalam filem seram Tamil 'Sangu Chakram' yang sedang ditayangkan di pawagam Malaysia dan India, berkata beliau menerima reaksi positif daripada peminat tempatan mahupun India.

Artis itu juga mendedahkan telah menerima beberapa tawaran untuk membawa watak utama dalam layar perak Kollywood dan sedang mempertimbangkannya.

Katanya, beliau berharap agar dapat berlakon dalam banyak lagi filem di India dan juga tempatan pada masa-masa akan datang serta berhasrat melihat lebih ramai lagi artis tanah air yang lain menempa nama di Kollywood. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lelaki dulu mati lemas kannn.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bila yg sorang lagik tu berlakon marvel? gebangnye sejak 2016 lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:07 PM | Show all posts
Bagus ler dapat peluang cam tu tak ler mengharap pada drama dan filem tempatan jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite tamil mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:17 PM | Show all posts
WHO ARE YUSSSS???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 06:18 PM | Show all posts
owhh iols mmg peminat cerita tamil.. lagi2 kalau vijay berlakon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2018 08:22 AM | Show all posts

kan...who are yuss sgt....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 09:28 AM | Show all posts
Namun, DJ radio tempatan Gheetha Ammasee berjaya melakar sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima watak utama atau sebagai heroin di India melalui filem 'Kaaval' dan 'Sangu Chakkaram' sekali gus menerima anugerah serta mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.


Bukan raja ilya ke pelakon pertama malaysia yg dapat watak heroin di india? Raja ilya selayaknya diberi gelaran dato' sebab dah mendunia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:39 PM | Show all posts
eloklah dari sorg lg yg gebang nk blakon marvel, hujung2 tajuk pun  x tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:50 PM | Show all posts
Stage name tak cantik betul ada ke Poo. Pakai Ammassee jer lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 05:34 PM | Show all posts
Itu je gambar pelakon nya? Macam gambar zaman dulu yer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067102 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list