CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13422|Reply: 48

DIA ANAK JENERAL [slot Selekta Prima TV2: Fattah Amin, Neina Baharun]

[Copy link]
Post time 18-1-2018 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 18-1-2018 09:47 PM

Dia Anak Jeneral
slot Selekta Prima TV2
bermula 24 Januari 2018
setiap Rabu dan Khamis, 8.30 malam
online dan VOD: myklik.rtm.gov.my






Bermula 24 Januari ini di slot Selekta Prima, saluran TV2 ialah sebuah drama baru bertajuk "Dia Anak Jeneral". Drama adaptasi dari novel karya Hezzy Azra akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Live streaming dan video on demand juga boleh ditonton melalui laman web myklik.rtm.gov.my

JUDUL : DIA ANAK JENERAL
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Januari  2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS NOVEL : Hezzy Azra
PENGARAH : Khalid Nadzri
PENERBIT EKSEKUTIF: Fattah Amin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara

Sinopsis
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.

Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.

Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:17 PM | Show all posts
kayu ngan kayu ......... mengayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 04:22 PM | Show all posts
manehnya replied at 18-1-2018 04:17 PM
kayu ngan kayu ......... mengayu

Lakonan Fattah dah semakin baik sekarang. His last two performances: Wanita Terindah dan My Coffee Prince, are very good. Harap sentuhan Khalid Nadzri dapat mengembangkan lagi watak yang dibawa oleh Fattah dan Niena nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:26 PM | Show all posts
melnanzz replied at 18-1-2018 04:22 PM
Lakonan Fattah dah semakin baik sekarang. His last two performances: Wanita Terindah dan My Coffee ...

ya la ya la.. dh tahu dah msti kena kecam pnya..

bleh la menang award pelakon  lelaki terbaik gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nina baharun ni at certain angle ada iras memey suhaiza.

Drama apa yg dia pernah berlakon ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 04:46 PM | Show all posts
willow12 replied at 18-1-2018 04:42 PM
Nina baharun ni at certain angle ada iras memey suhaiza.

Drama apa yg dia pernah berlakon ek?

Tak banyak drama dia yang hit. Paling last yang I ingat is TV3's Sayangku Kapten Mukhriz dengan Afiq.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 04:49 PM | Show all posts
melnanzz replied at 18-1-2018 04:22 PM
Lakonan Fattah dah semakin baik sekarang. His last two performances: Wanita Terindah dan My Coffee ...

bila shoot drama ni... mcm lama je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 04:49 PM | Show all posts
This was her last drama, kalau tak silap:

Setia Menunggumu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2018 04:50 PM | Show all posts
cascutes replied at 18-1-2018 04:49 PM
bila shoot drama ni... mcm lama je

Shooting Jan-Mac tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:55 PM | Show all posts
manehnya replied at 18-1-2018 04:26 PM
ya la ya la.. dh tahu dah msti kena kecam pnya..

bleh la menang award pelakon  lelaki terbaik  ...

haha... bagi masa... klu x berbakat tp rajin dan selalu berlakon pasti ada penambahbaikan....
mcm manusia jugak lah.... lahir lahir bak kain putih....
klu hari2 buat mende yg -ve, ckp yg -ve makin byk la titik2 hitam kat hati....
dari titik jadi tompok... buat masa ni untuk award ffm tu masih byk FA keje blajar...
tp klu award dr peminat x mustahil....

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:57 PM | Show all posts
melnanzz replied at 18-1-2018 04:50 PM
Shooting Jan-Mac tahun lepas

kira lama la.... so x boleh la nak bandingkan dgn CP.....
akui FA skg dh byk kemajuan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 05:04 PM | Show all posts
cascutes replied at 18-1-2018 04:57 PM
kira lama la.... so x boleh la nak bandingkan dgn CP.....
akui FA skg dh byk kemajuan...

masa tu dia baru putus cinta dgn Neelofa. Tapi DAJ ni genre melodrama, so mungkin kena dengan emosi dia pada waktu tu. Kita tunggu dan lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:09 PM | Show all posts
melnanzz replied at 18-1-2018 05:04 PM
masa tu dia baru putus cinta dgn Neelofa. Tapi DAJ ni genre melodrama, so mungkin kena dengan emos ...

tunggu dan lihat la...

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun iolss kureng ngn nina iolss akan try jgk tgk. Demi bung tah. Go go  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:04 PM | Show all posts
sempena episod pertama malam ni...iols masuk mengadap

iols mungkin akan suka drama ni coz jenis melodrama plus konflik bukan tertumpu pada hero-heroin saja.  konflik besar iols rasa antara zhakif & dato hambali.

can't wait for tonight.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:06 PM | Show all posts

iols rasa emosi fattah masa shooting DAJ mmg kena dgn drama niemosi cinta terhalang akibat darjat & restu orang tua.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Woowww fattah penerbit eksekutif..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Fattah hensem nau2 dlm drama ni haha tp nampak sgtla dia blakon xspenuh jiwa. Airmuka sedih uhuk uhuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Fattah boleh laa repair paip bocor kat rumah.. Dlm drama ni jadi contactor lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss masuk mengadap. Ada azam pit. Iolss miss him. Hikhik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.691527 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list