CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3247|Reply: 31

[Tempatan] Pengedar Proton ada 2 pilihan, bergabung atau tutup kedai. FULLSTOP

  [Copy link]
Post time 18-1-2018 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup
| January 18, 2018

Proton Holdings mahu pusat pengedaran dan servis sehenti menambahbaik pengalaman pembelian, tetapi beberapa pengedar kecil-kecilkan berdepan kesukaran.


KUALA LUMPUR: Baik pulih pengedaran Proton Holdings Bhd mungkin menyebabkan beberapa syarikat pengedar bergabung atau ditutup.

Buat permulaan, Proton meminta 280 pengedar dan pusat khidmat menaiktaraf premis mereka menjadi pusat pengedaran dan servis sehenti, lapor The Malaysian Reserve (TMR).

Beberapa rakan Proton yang hanya menjual kereta kini perlu bergabug dengan rakan-rakan yang hanya menawarkan servis.

Itu salah satu daripada banyak perubahan yang diperkenalkan ketua pegawai eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong, untuk pusat-pusat pengedaran dan servis. Perubahan itu mahu mengukuhkan jenama dan menambahbaik pengalaman pembelian.

Li diantik CEO Selepas Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd membeli 49.9% pegangan dalam Proton daripada DRB-Hicom Bhd tahun lalu. DRB-Hicom mengekalkan pegangan 50.1%.

Menurut TMR, perubahan yang Li laksanakan itu bermakna beberapa pusat pengedaran Proton yang tertua mungkin tidak akan dapat diterima.

Setakat ini hanya 4 pengedar yang menandatangani perjanjian naik taraf rangkaian pengedar baharu, menurut kenyataan oleh syarikat itu bulan lepas.

Empat pengedar itu sebahagian daripada 28 pengedar utama yang dibawa Proton untuk melawat outlet Geely di China tahun lepas.

TMR memetik salah satu daripada 4 pengedar itu, Pengarah Setia Gemilang Auto Sdn Bhd Andrew Quek, sebagai berkata: “Kami akan bina ruang pameran mewah yang boleh memuatkan 11 kereta pameran, 14 takal servis, 10 ruang mengecat kereta, 30 parkir kereta pelanggan dan ruang kawasan istirahat baharu.”

Outlet itu dijangka siap Jun tahun ini.

Bagaimanapun, TMR melaporkan pengedar-pengedar kecil, ada yang sudah lebih 20 tahun menjadi rakan Proton, berkata syarat baharu Proton itu terlalu sukar untuk mereka dan mohon bertolak ansur.

TMR memetik seorang pengedar tidak dinamakan sebagai berkata: “Difahamkan untuk kami melakayakkan diri sebagai pengedar tulen untuk mana-mana jenama, secara idealnya keperluan untuk sebuah outlet jualan, servis dan alat ganti (3S) perlu dipenuhi.

“Bagaimanapun, pusat sehenti 3 dalam 1 itu diluar jangkauan kami, terutamanya bagi mereka yang beroperasi di Johor, kawasan tengah dan Pulau Pinang, di mana sewa dan harga tanah sangat tinggi.”

Pengedar memberitahu TMR Proton harus bertolak ansur, termasuk membenarkan mereka menyediakan 3 bentuk perkhidmatan itu dalam satu kawasan kalau bukan sebumbung.

Untuk membina 33 outlet baharu, yang memerlukan kawasan seluas 18,000 meter persegi, pengedar memberitahu TMR belau perlu mengeluarkan belanja sehingga RM3 juta, tidak termasuk harga tanah.

Seorang pengedar berkata mereka sebelum ini diminta melakukan naik taraf dengan janji produk dan jualan yang lebih baik, tetapi janji-janji itu belum kelihatan.

“Sekarang, mereka mahu kami membelanjakan wang kerana menjangkakan model baharu, Boyue,” katanya lapor TMR.

Menurut laporan itu, jualan Proton turun kepada 70,991 tahun lepas, berbanding 72,291 unit yang terjual pada 2016.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aku juga berminat utk tau cemana nasib vendor2 proton yg lain?

koz jiran aku ada yg keja dgn vendor proton..
vendor tu dh gah 25 tahun company tu..
cemana naseb pekerja depa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:10 PM | Show all posts
nampak tak betapa capitaslist company cina sbb cina fikir profit melayu fikir kroni.

kena siap siaga kerajaan kita bukan nya berduit buat ercl pakai pinjaman china. jadi kerja keras supaya anak cucu nasib terbela. tiada istilah bumiputera kalau ekonomi dah di jajah.

akak setuju geely buat sebegitu tengok apa jadi pada volvo? makin bagus.  pembaharuan mereka buat untuk kebaikan hanya the best sahaja perform.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:11 PM | Show all posts
BERITA MENGEJUT :

Peyno di sahkan  berada dalam keadaan depress  tentang proton. nanti peyno akan buat live insta sambil berjoget untuk hiburkan kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
30 tahun bertongkat cekik darah nak tunggu bila gomen turunkan tax keta impory, proton pun dah kira kereta import tukar lambang je buat apa nak tolong lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 100% sokong proton ambil tindakan sebegitu. Sepatutnya berniaga mmg perlu mcm ni, hanya interested utk profit saja, bukan jaga kroni mcm sohai punya umno dan madey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jgk cadangan tue... Susun balik..
Proton nie byk dealer yg berasingan... Jual dealer lain pastu nk servis pegi tmpt dealer lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:17 PM | Show all posts
habislah melayu
hanya keturnan bugis cerah masa depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm business mesti evolve kalau nk stay relevan... anyway, wonder nasib pekerja2 proton lepas pilihanraya nanti... hhmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-1-2018 08:11 PM
BERITA MENGEJUT :

Peyno di sahkan  berada dalam keadaan depress  tentang proton. nanti peyno akan ...

haha... btw menangis kroni che det....dulu enjoy dgn tongkat berpuluh tahun
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:56 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 18-1-2018 10:17 PM
habislah melayu
hanya keturnan bugis cerah masa depan

satu kelemahan besar orang melayu ni aku tengok diorang mesti kena suap untuk survive. lepas tu tak pandai layan customer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perubahan permulaan dari Li
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:21 AM | Show all posts
Buang jela biawak2 tu semua. Orang yang nak bisnes berlambak, diorang boleh takeover.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah lepas ini lagi senang nak claim warranty dan parts sentiasa ada stok? Kalau setakat nak suruh ada showroom dgn sc tp bila nak claim warranty parts tak ada la, kena order la... Baik tak payah jual.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-1-2018 08:11 PM
BERITA MENGEJUT :

Peyno di sahkan  berada dalam keadaan depress  tentang proton. nanti peyno akan ...

dulu2 teringat peyno n adambillionaire salu berdebat.. then ada anak negeri etc.. lawak hujah2 dorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 08:16 AM | Show all posts
rasanya pengedar proton terlalu banyak...sana sini pun ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 18-1-2018 10:56 PM
satu kelemahan besar orang melayu ni aku tengok diorang mesti kena suap untuk survive. lepas tu ta ...

Ya lor
Depa saja yang nak menang
Kita plak kena sujud kt depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
i yakin dgn langkah penstrukturan Proton sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-1-2018 10:17 PM
habislah melayu
hanya keturnan bugis cerah masa depan

Akak yg Bugis ni pon seram nak duduk Malaysia dik....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual puting lagi untong dari jual Puteng
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.501681 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list