CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1466|Reply: 11

[Tempatan] Lelaki bersama 11 kenderaan klon ditahan.

[Copy link]
Post time 18-1-2018 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki bersama 11 kereta klon ditahanOleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my










KUALA LUMPUR: Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun bersama 11 kereta klon di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), semalam.

Suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta jenis Toyota Veilfire memasuki kawasan parkir TBS kira-kira pada jam 8 malam.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata sebaik sahaja suspek meletakkan kenderaan terbabit di aras dua bangunan berkenaan, anggota JSPT Bukit Aman menghampirinya dan menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas nombor casis, kita mendapati nombor pendaftaran yang digunakan tidak sama dengan nombor pendaftaran asal, cukai jalan yang digunakan juga adalah palsu.

"Pemeriksaan lanjut terhadap suspek kemudian menjumpai 10 anak kunci kenderaan yang dipercayai milik suspek di dalam beg sandangnya.

"Setelah diperiksa, kesemua kunci tersebut adalah kunci kepada 10 kenderaan yang diletakkan berhampiran Toyota Veilfire yang dipandu suspek, dua kereta jenis PERODUA Myvi, dua Toyota Vios dan masing-masing satu Toyota Alphard, Toyota Veilfire, Toyota Estima, NISSAN Frontier, NISSAN Sylphy dan NISSAN Urvan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shahrul berkata, kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu dengan nombor pendaftaran asal setiap kenderaan berbeza dengan nombor pendaftaran yang sedang digunakan.

"Hasil soal siasat suspek, kenderaan ini dipercayai digunakan untuk tujuan sewaan kepada orang ramai.

"Kenderaan akan dihantar kepada pelanggan apabila mendapat tempahan. Setelah selesai digunakan, kenderaan ini akan diletakkan di lokasi yang berbeza setiap minggu bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

"Kenderaan ini juga dipercayai disorok dan dilarikan daripada pihak bank kerana mempunyai tunggakkan bayaran bulanan yang tinggi," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis methamphatamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...a-klon-ditahan

__________________

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua kereta dia park kt tbs tu ke
Jadi markas dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 18-1-2018 11:35 PM
Semua kereta dia park kt tbs tu ke
Jadi markas dah

no wonder la penuh je parking situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 08:14 AM | Show all posts
alpad ni memang santik...tapi kalau di sabah..jalan lubang lubang mcm tidak ada guna...baik beli kereta 4X4..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 08:48 AM | Show all posts
Xde kemampuan tp nk pakai keta hebat2 jadi camni la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada area long term parking ke kat TBS tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 10:04 AM | Show all posts
TBS parking murah kot..
dulu park satu malam kena berapa belas je..
tempat lain sure dah puluh-puluh..
ke sekarang pun dah mahal?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:13 AM | Show all posts
TBS parking bauk ikut jam... Per entry rm4...  

Tu yg ramai berhari2 parking situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 01:33 PM | Show all posts
dh jd thread TBS dh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:11 AM | Show all posts
bahlol ni sama cam kau, tolol samdol

kantoi menipu

bahahhaha


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Vielfire, vielfire...vellfire la
Reporter ni tulis news biar betul2
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:19 AM | Show all posts
nak tnya
kenderaan klon tu sebab no casis, no pendaftaran tak sama dgn yang asal kah?
sebab tu panggil klon kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.626579 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list