CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5799|Reply: 56

Bimbang anak gadis dilarikan lelaki Rohingya

  [Copy link]
Post time 19-1-2018 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Bimbang anak gadis dilarikan lelaki Rohingya

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/305011/bimbang-anak-gadis-dilarikan-lelaki-rohingya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 5:27 AM

Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


RAJA Rahimah menunjukkan gambar anaknya Nor syazwani.  FOTO Fathil Asri

Kota Bharu: Suami isteri bimbang apabila anak gadis mereka berusia 17 tahun hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki berketurunan Rohingya sejak Sabtu lalu.

Menurut mereka, Nor Syazwani, 17, kali terakhir dilihat keluar dari rumah di Kampung Sungai Keladi di sini, menaiki motosikal, kira-kira jam 8.30 pagi untuk ke kafe siber.

Mohamed Razee Mohd Nor, 55, berkata, anak keduanya itu meminta kebenaran keluar bersama rakan bagi menyelesaikan kerja sekolah mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga jam 3 petang, Nor Syazwani masih tidak pulang menyebabkan dia dan isteri, Raja Rahimah Raja Semail, 50, bimbang lalu menghubungi rakan baik anaknya sebelum dimaklumkan Nor Syazwani tidak ke rumahnya.

“Kami cuba mencari di tempat biasa yang dikunjungnya serta serata Kota Bharu, namun tidak bertemu.

“Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja dan terkejut apabila mendapati lelaki itu juga hilang bersama dua rakan lain,” katanya di sini, semalam.

Katanya, susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 09:57 AM | Show all posts
ah sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:58 AM | Show all posts
ah sudah, tahu2 kang ikut jantan pi shopping complex tgk wayang claim kena kidnap

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 17 tahun ramai kawan2 sibuk belajar nak spm...masa depan ni. ..janganlah fikir nak berpakwe2 masa masih sekolah. ...cuba ada rasa jeles terhadap kawan2 yang pulun belajar yang nak lulus spm cemerlang. ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnye selamat la xde pape.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:40 AM | Show all posts

Mahu Ke Kafe Siber, Remaja Hilang Dilarikan Lelaki Rohingya

Sepasang suami isteri bimbang apabila anak gadisnya yang hilang dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki Rohingnya sejak Sabtu lepas.


Nor Syazwani, 17 dilihat kali terakhir keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu Kelantan dengan menaiki motosikal.


Harian Metro melaporkan, remaja tersebut memberi alasan mahu ke kafe siber pada 8.30 pagi bersama rakan bagi menyiapkan kerja sekolah.

Foto: Harian Metro


Walau bagaimanapun, menurut bapanya Mohamed Razee Mohd Nor, 55, Syazwani masih belum pulang lagi sehingga jam 3 petang.


Bimbang dengan keselamatannya, Razee dan isteri,  Raja Rahimah Raja Semail, 50, menghubungi rakan baik anaknya sebelum diberitahu yang Syazwani tiada langsung datang ke rumahnya.


“Kami cuba mencari di tempat biasa yang dikunjungnya serta serata Kota Bharu, namun tidak bertemu.


“Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja dan terkejut apabila mendapati lelaki itu juga hilang bersama dua rakan lain,” katanya.


Laporan tentang kehilangannya telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu. -CARI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan dilarikan....

Esok2 balik la adik ni...
Xkn nk lari balik rohingya kot
Klu lari ngan indon tu mungkin laa dah sampai ke jawa tengah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana dorang tahu dilarikan laki rohingnya? ada saksi ke? tapi takleh caya sangat hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menimang cucu antarabangsa je la mampu saya ucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:35 AM | Show all posts
biarlah belah2 sana kan suka rohingya sedara jauh sesama sunni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:36 AM | Show all posts
teruk sgt ke jantan tempatan kat sana dek sampai rohingya pun kau sebat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:38 AM | Show all posts
ye ke dilarikan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:39 AM | Show all posts
Saya kemudian ke tapak pembinaan yang menjadi lokasi lelaki Rohingya itu bekerja


Part yang ni, si ayah tu tau dari rakan baik Syazwani tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:40 AM | Show all posts
Nampaknya macam melarikan diri neh bukannya dilarikan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan dilarikan, tpi melarikan diri bersama2. Perkara biasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mcamana ayah dia g cari rohingya tu terus...
mmg sebelum ni ank bercinta dgn rohingya ke mcmana..smpai bila hilang boleh tuju ke tmpat keje laki tu terus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dilarikan atau sama2 berlari?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana dorang boleh pegi terus tempat org Rohingya tu kerja? Dorang tau ke anak dorang tu berkawan dgn org Rohingya tu? Kalau ya, tu bukan dilarikan tapi melarikan diri {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:57 AM | Show all posts
selamat sudah dibawang bawangkan oleh jantan rohingya tu..dilarikan la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada beza "dilarikan" dan "sukarela lari"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079934 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list