CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1980|Reply: 25

[Tempatan] Pasang 1,5000 CCTV pantau balingan objek area PPR, PA

  [Copy link]
Post time 19-1-2018 11:24 AM | Show all posts |Read mode
1,500 CCTV pantau PPR, PA
19 Januari 2018 3:00 AM


KUALA LUMPUR 18 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang lebih 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) di 48 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.
PEMASANGAN kamera litar tertutup di PPR dan PA dijangka dapat


Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohamad Ghazali Nor  berkata, pemasa­ngan kemudahan itu akan dilaksanakan pada awal Februari ini.

Menurutnya, selain CCTV, pihaknya juga merancang memasang jaring di PPR Seri Pantai, Pantai Dalam terutama di kawasan yang berpotensi berlaku kemalangan.

“Usaha tersebut merupakan salah satu langkah bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan yang berpunca daripada balingan objek dari tingkat atas bangunan PPR dan PA.

“Bagaimanapun, pemasangan ja­ring itu akan melalui tempoh percubaan memandang­kan kami pernah memasangnya 10 tahun lepas tetapi tidak sesuai apabila barang terperangkap yang dibuang dari tingkap menyebabkan bau busuk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat 21 bangunan Blok 102 PPR Seri Pantai kira-kira pukul 8.30 malam.

Tambah Wan Moha­mad Ghazali, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa memandang­kan PPR itu termasuk dalam 13 kawasan panas kes jenayah dan vandalisme.

“Selain itu, DBKL akan mengenakan kompaun dan penjara selain menyita rumah penduduk jika terbukti mereka membuang sampah atau sebarang objek dari tingkat atas.

“Penduduk yang meletakkan barang seperti kerusi di koridor juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, kerjasama daripada persatuan penduduk sangat diperlukan,” katanya lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 11:42 AM | Show all posts
duit nk pasang cctv tu kutip dr penduduk ppr ke camna
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap silap CCTV pun hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2018 12:03 PM | Show all posts
dh byk kes
CCTV yg  dipasang kawasan sampah pun dirosak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:39 PM | Show all posts
ada ke duit nk psg cctv tu..nak gajikan si tukang pemerhati lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma ckp "pasang"... Berfungsi belum tentu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh share detail?

Cctv montioring centre katne?
Dedicated team size?
Working committee with the police or emergency services on the running of the cctv monitoring centre?

Kalu takat nak pasang CCTV utk record bodoh mcm Kat stesen minyak, TAK PAYAH nak membazir.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:17 PM | Show all posts
pastu cctv pulak kena baling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok sape duduk flat kene la kutip derma...  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la byr cukai br berapa tp dpt mcm2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:13 PM | Show all posts
malaun dah seronok dpt projek pasang cctv, beli barang china kat jln pudu, claim 20x  harga asal,happy ending nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada gk pasal cctv.. 190j
https://www.malaysia-today.net/rm190-juta-untuk-1200-cctv-di-kuala-lumpur/
Tahniah company yg menang tender. Apa status skarang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 19-1-2018 12:39 PM
Dia cuma ckp "pasang"... Berfungsi belum tentu..

Hehe.... pasang bermakna duiiittt duiiittt, kroniii manaaa daoat duiitttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 19-1-2018 12:40 PM
Boleh share detail?

Cctv montioring centre katne?

Detail??? Dia kena pegi buat lawatan sambil belajar dulu kat Dbkl New York, lepas tu pegi Dbkl Osaka, then Dbkl Kensington,  balik nanti baru dapat detail
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap cara ni dapat mengawal tingkah laku pprt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah mentaliti sendiri orang lain yg tlg selesaikan. Selesai kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 12:44 AM | Show all posts
manehnya replied at 18-1-2018 07:42 PM
duit nk pasang cctv tu kutip dr penduduk ppr ke camna

Mestilah dari duit saya duit awak dan duit warga Malaysia.

Susah la dengan ummah pprt ni...Kan uncek @zorrro_03 ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 01:20 AM | Show all posts
cctv ada 2 jenis
1. real
2. dummy

mgkin 50% tu dummy..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 10:35 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-1-2018 12:44 AM
Mestilah dari duit saya duit awak dan duit warga Malaysia.

Susah la dengan ummah pprt ni...Kan ...

ye laaa.  nak kena suap suppliers semua kann.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:07 PM | Show all posts
bit replied at 19-1-2018 11:55 AM
Silap silap CCTV pun hilang.

konpem CCTV tu yang dicampak kebawah...

jangan merabihhhkan duit ...

metaliti org yg dok PPR ni yang perlu berubah....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078255 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list