CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2095|Reply: 5

Penjara Ini Jadi Rebutan Ramai Dan Sebabnya Pasti Mengejutkan Anda!

[Copy link]
Post time 19-1-2018 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Eh, biar betul? Penjara yang terkenal dengan tempat hukuman bagi penjenayah kini menjadi rebutan pula! Pelik, kan? Jom tengok apa sahaja keistimewaan yang diperoleh banduan di sana.


Memetik Sembangjer.com, penjara yang diberi nama Mekelle ini adalah salah satu 'syurga' bagi ramai penjenayah. Selain itu, ramai juga orang biasa berlumba-lumba melakukan jenayah agar dapat disumbat ke dalam tempat ini. Eh, serius pelik! Dah tak ada kerja lain kah?


Apa sahaja keunikan penjara ini?


Mempunyai latihan keusahawanan


Foto: Ilo.org




Menggalakkan golongan miskin untuk membuat jenayah supaya dapat mempelajari selok-belok perniagaan dan mengendalikan perniagaan sendiri. Uishh! Penjara apa seperti ini?



Persis dunia luar yang normal


Foto: Ilo.org




Penjara ini menyediakan gelanggang bola keranjang, tapak pertanian, gerai buah-buahan, salon kecantikan, kedai menjual barang keperluan dan lain-lain lagi. Macam hidup dalam satu komuniti, kan? Bezanya, ia kehidupan di sebalik tembok tinggi.




Tempat yang menarik untuk dikunjungi




Foto: 3g.163.com




Menarik! Di sini juga ada menyediakan perpustakaan untuk banduan, bar untuk banduan bersantai serta doktor untuk merawat banduan. Semua sudah tersedia dengan rapi. Patutlah ramai yang berebut untuk ke sana!



Kehidupan yang lebih baik
Bagi golongan miskin, kehidupan di dalam penjara ini adalah lebih baik daripada kehidupan di dunia luar. Ada betulnya juga! Daripada sengsara di luar, lebih baik menikmati 'keindahan' kehidupan di dalam penjara ini, kan?



Peluang pekerjaan dan upah turut disediakan


Foto: Ilo.org




Foto: Slide.news.sina.com




Wah! Apa lagi yang tak cukup? Banyak peluang pekerjaan disediakan di dalam penjara ini. Antara kerja yang ada adalah seperti pertanian, kerja buruh kasar, menjahit, mendandan rambut, membuat roti dan banyak lagi. Sesuai sangat untuk penganggur! Pasti peratusan penganggur juga dapat dikurangkan.


Dapat memberi wang hasil pekerjaan kepada keluarga masing-masing juga adalah antara kelebihan bagi banduan di sana.


Bayangkan, mana-mana banduan yang dibebani dengan hutang akan berasa lega sesudah selesai menjalani hukuman di dalam penjara ini kerana dalam masa sama, mereka mampu mengumpul wang bagi melunaskan hutang.


Perniagaan yang dijalankan di dalam penjara juga dapat diteruskan sehingga keluar dari penjara. Ini bukan menghukum namanya. Ini tarikan untuk membuat jenayah lagi adalah!


Sungguh banyak keistimewaan yang diberikan di sana, kan? Maka, tidak hairanlah apabila banduan yang sudah selesai menjalani hukuman pun masih lagi merayu untuk terus tingal di sana dan tidak ingin hidup bebas. Pelik, tapi benar ini! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 03:23 PM | Show all posts
Dah macam2 ada mana tak mintak masuk bukan mintak keluar macam banduan di penjara lainnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.le.tu
Kemahiran
Kalau.kat luar.dia.blom trntu.nak.blaja kemahiran
Dalam.jail..wajib belajar...
Dh tentu kena ikut
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kehidupan dalam penjara lagi teratur dan cukup makan, ada doktor semua untuk mereka..why not?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:38 AM | Show all posts
bagus. dri buang masa temenung kat dlm tu ada pekdah buat keja
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 03:16 PM | Show all posts
kat mane ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067237 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list