Bilakah kali terakhir anda melihat sekumpulan monyet liar bercanda?
Macam dah lupa kan bila?
Maklumlah haiwan ini semakin pupus disebabkan pembalakan serta pembinaan penempatan.
Berbeza di Jepun, kerana monyet dianggap mewakili Dewa Gunung (kerana rupanya mirip manusia) dijaga dengan baik. Mereka juga dipanggil dengan gelaran monyet salju. Macam comel ja kan?
Malahan kerajaan Jepun menjadikan monyet sebagai haiwan yang dilindungi lalu menempatkan 180 ekor monyet tersebut di Jigokudani Yaen-koen (pusat perlindungan monyet) yang berhampiran pergunungan serta jauh dari kampung.
Lokasi ini juga dikenali sebagai Snow Monkey Town.
Jika anda dari Tokyo dan mahu berkunjung ke sini, perlulah menaiki bullet train (shinkansen) selama 2.5 jam. Dikhabarkan 200 ribu pelancong dari seluruh dunia mengunjungi monyet ini setiap tahun.
Tapi, untuk sampai ke sana, anda harus hiking sejauh 2km dari Kanbayashi Oshen. Jangan risau, laluannya sudah dimudahkan, jadi tiada masalah untuk ke sana.
Monyet-monyet ini tinggal bebas di daerah pergunungan. Biasanya mereka akan datang ke tempat perlindungan pada waktu pagi hingga petang kemudian pulang ke gunung pada waktu malam.
Paling menarik monyet salju ini menyukai aktiviti berendam dalam kolam air panas di musim sejuk. Kalau bertuah, anda mungkin dapat melihat bayi monyet salju yang baru lahir dan sering berkeliaran di sekitar kolam itu.
Walaupun mereka liar, namun monyet salju ini tidak kesahkan manusia yang sentiasa ingin berfoto dengan mereka.
Bagaimanapun, awas! Anda tidak boleh mendekati mereka dalam jarak yang dekat. Malahan dilarang sama sekali memberi mereka makan kerana petugas akan memerhatikan segala aktiviti tersebut. - CARI
Mereka pun pandai dah cuaca sejuk kalau berendam dalam air panas pasti lega. Tapi kalau nak kesana kena gi masa musim sejuk kalau musim panas monyetnya tak da semua lari masuk hutan.