CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3451|Reply: 59

[Tempatan] Silap tukar kerajaan, negara boleh hancur, kata Najib

[Copy link]
Post time 19-1-2018 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Silap tukar kerajaan, negara boleh hancur, kata Najib

https://www.malaysiakini.com/news/409262

Hari ini, 1:44 pm      Hari ini, 2:25 pm



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negara ini bahawa mereka tidak seharusnya bersikap mengambil mudah dengan suasana negara aman serta politik stabil yang dikecapi hari ini sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan.

"Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan.

“Tetapi bila negara sudah aman, harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa, kita ambil mudah. Ada kala kita merasakan bahawa tak susah, kita boleh tukar kerajaan, tak ada masalah, katanya yang dipetik Bernama ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk Nabawan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan hari ini.

"Tetapi tuan-tuan, sekali kita buat silap (dengan sewenang-sewenang menukar kerajaan), negara dan negeri boleh hancur.
“Betul tuan-tuan?," soal Najib yang disambut dengan suara gemuruh hadirin "betul".


Pembangkang membuyuk rakyat

Justeru, kata Najib rakyat di negara ini tidak boleh leka atau ambil mudah terhadap kestabilan politik yang dikecapi selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga membolehkan negara mengecapi pelbagai pembangunan yang membanggakan.

"Saya baru melawat sebuah negara. Negara itu mencapai kemerdekaan lebih awal daripada Malaysia.

“Tetapi kekayaan mereka cuma satu pertiga kekayaan Malaysia. Kenapa negara itu tidak sekaya dan semaju Malaysia? Sebab negara itu tidak ada kestabilan politik. Negara itu berdepan dengan perang saudara begitu lama.

"Kalau kita mempunyai satu keadaan yang rakyat dalam negara kita bersengketa antara satu sama lain, ataupun kita tidak ada kestabilan politik maka negara ini tidak akan maju," katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta beberapa anggota Kabinet negeri dan persekutuan.

Menurut perdana menteri sebagai sebuah kerajaan yang diterajui parti BN, kerajaan ini telah banyak membuktikan kemampuannya menyebabkan Malaysia kian maju dari sehari ke sehari.

Katanya kerajaan BN bukan cakap saja atau cuma pandai menjual janji seperti parti-parti pembangkang sebaliknya BN berterusan bekerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat tidak terkecuali membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar.

Najib mengingatkan rakyat bahawa parti pembangkang cuma pandai 'membuyuk' (kelentong) rakyat sahaja dengan menjanjikan apa-apa yang mereka tidak dapat tunaikan semata-semata kerana ingin berkuasa.


'Kalau umur 93 tahun ini tak pakai lagi'

"Mereka (pembangkang) ini dalam keadaan tertekan. Ada orang sudah bersara, dah berumur 93 tahun pun mahu diangkat sebagai perdana menteri. Di dunia ini mana ada macam ini.

“Negara lain kalau umur 93 tahun ini tak pakai lagi. Takkan Malaysia nak pakai. Kita mesti melihat ke hadapan. Bukan untuk hari ini sahaja tetapi 30 tahun akan datang iaitu Transformasi Negara 2050 (TN50)," katanya.

Menurut Najib perancangan masa depan pembangunan negara Malaysia yang dirancang hari ini menerusi TN50 adalah untuk masa depan generasi muda yang ada pada hari ini dan akan datang.

Sebagai contoh katanya pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM20 bilion di Sabah menerusi beberapa fasa, pembinaan Sabah International Convention Centre (SICC) yang bakal siap pada Oktober tahun ini serta pemberian dana mudah cara sebanyak RM500 juta kepada Sabah untuk projek eco-tourism di Tanjung Aru adalah untuk generasi akan datang.

Selain itu, katanya dalam Bajet 2018 juga kerajaan telah meluluskan RM1 bilion untuk Sabah membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini bagi menyediakan kemudahan pembelajaran selesa kepada pelajar.

Katanya semua ini dilaksanakan melalui pembangunan inklusif agar penduduk di luar bandar boleh maju seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 05:57 PM | Show all posts
Hellooo bangsattt, tukar kerajaan tu adalah satu jaminan demokrasi n demi menyuburkan pentadbiran negara yg lebih sihat dr satu parti jah cengkam berkurun lama sampai jadi mcm2 penyelewengan dah tak terkawal lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts

"Tetapi tuan-tuan, sekali kita buat silap (dengan sewenang-sewenang menukar kerajaan), negara dan negeri boleh hancur.
“Betul tuan-tuan?," soal Najib yang disambut dengan suara gemuruh hadirin "betul".


hadirin mana yang 'cerdik' sangat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:02 PM | Show all posts
Rakyat nak lepaskan diri dr pentadbiran bangsattt parti ko tu pun dah susah sbb lama sgt cengkam, dah jadi terlalu berkuasa n bebas lakukan mcm2 penyelewengan. Mmg elok sgt ditukarr! Bery yesterday parti ko tu!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrip sama je kau guna dek, bosan dodol dengar mcm radio rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
PRU lepas pemimpin umno/bn mainkan sentimen negara kucar kacir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 06:11 PM | Show all posts
jepun thailand indon filipina
semua hancur
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:13 PM | Show all posts
si pondan penakut rupanya
g takut2kn org pedalaman jela ko mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tukar kerajaan pun mcm nak hancur je... so why not?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hancur pun... buka mata besar2 blh x? Or saje je jalan tu tutup mata
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:25 PM | Show all posts
buat la debat Live.. pasal benda ni.. pemuda HARAPAN dah jemput tu..
jangan berani kat kandang sendiri jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeeeiiiii......takutnya.
Negara bolih hancur beb. Hancur kau.
BN je yang bolih kasi aman, makmur, maju pada negara. BN je yg bolih keluar billion2....pembangkang apa ada? Spenderpun pakai tahun lepas punya.
Lihatlah pemimpin world class BN....Najib MO1, Zahid Komedi, Makhzir, Ku Nan, Ahmad Maslan 4.0, Nazri Teksi...... fuyooo tabik spring beb.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tak tukar pun..dh hancur dh rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tuka ke mamak 93 tu ..  apa dia boleh ? Lebih2 pun 3 bulan jerk .
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:09 PM | Show all posts
bapak majukan melayu felda anak buat magic felda
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jepun kena bom nuklear dua ketul betul2 hancur hiroshima ngan nagasaki elok je lepas tu...makin maju ada la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
r u joking pokjib? negara mmg dah sedia hancur dibawah pimpinan skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:14 PM | Show all posts
Dia cakap kat orang Sabah sebab dia dengar WARISAN sudah
berjaya menguasai banyak sokongan, jadi dia datanglah
untuk menakut-nakutkan orang Sabah.
Yang datang tu cuma satu dewan, mungkin dalam 10 ribu orang
dibayar rm50 inggit seorang!
Bersoraklah diaorang.
Kalau aku ada, aku pun bersorak, tapi time mengundi,
ini RAHSIA.................
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:17 PM | Show all posts
mana dia tau akan hancur?

sebab sekarang pun dah menuju kehancuran
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan yg teruk takkan nak beri peluang lg. Korup sana sini. Skandal sana sini. Mmg patut kena tukar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.092724 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list