CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1585|Reply: 21

[Tempatan] Tun Mahathir Gagal Batal Sepina Jamal

  [Copy link]
Post time 19-1-2018 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Tun M Gagal Batal Sepina Jamal

http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2018/01/19/tun-m-gagal-batal-sepina/
Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 1:32 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalkan sepina yang diperoleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos  supaya bekas Perdana Menteri itu menjadi saksi dalam  satu kes saman berhubung Bersih 3.0.

Sehubungan itu  Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dipanggil untuk memberi keterangan  dalam kes saman aktivis, Maria Chin Abdullah  terhadap Jamal, yang kini pada peringkat perbicaraan.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ilyani Noor Khuszairy mewakili Dr Mahathir serta  peguam V. Mugunthan dan Mohamed Nasser Yusof bertindak bagi pihak Jamal manakala  Maria diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.

Ilyani ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak permohonan Dr Mahathir atas alasan anak guamnya mempunyai pengetahuan berkenaan Bersih 3.0 kerana beliau pernah memberi kenyataan berhubung perhimpunan itu dan keterangannya dapat membantu mahkamah membuat keputusan dalam kes saman tersebut.

Peguam itu berkata Dr Mahathir, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri juga mempunyai pengetahuan berhubung penahanan suami Maria, Yunus Ali di bawah ISA.“Pihak kami tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini dan Dr Mahathir akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman itu,” katanya.

Mohamed Naseer pula berkata pihaknya berjaya membuktikan secara prima facie bahawa Dr Mahathir perlu hadir untuk memberi keterangan di kandang saksi dan bersedia untuk menyoal beliau pada perbicaraan itu yang akan bersambung pada  5, 7, 8 dan 9 Mac ini.
Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan Mac.

Pada 28 September 2017, ,Jamal memperoleh sepina itu supaya Dr Mahathir menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Maria terhadapnya atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Pada 19 Disember 2017, Dr Mahathir memohon perintah mahkamah untuk membatalkan sepina itu atas alasan beliau tidak mempunyai pengetahuan khusus berhubung isu berbangkit di dalam kes saman berkenaan.

Dalam permohonannya, Dr Mahathir turut mendakwa sepina yang diperoleh defendan telah menyalahgunakan proses mahkamah dan berniat jahat terhadapnya dengan bertujuan untuk mereka-reka gimik politik defendan berhubung dengan perbicaraan kes saman tersebut.

Pada 14 November 2017, mahkamah membenarkan permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk membatalkan sepina yang diperoleh Jamal supaya beliau menjadi saksi dalam  kes yang sama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu atas alasan Mohamad Fuzi, yang ketika itu merupakan Pengarah Cawangan Khas, tidak mempunyai pengetahuan berhubung penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada 7 Oktober 2016, Maria yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria, 61, selaku plaintif mendakwa pada 28 September 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa pada 4 Oktober 2016, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Oktober tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.-- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 06:17 PM | Show all posts
haha... tok det dah hilang kuasa. klu zaman anwar di mahkamah dulu semua sepina tok det boleh batalkan.  skrg ke hulu ke hilir lah kena sepina..  padannn
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini mesti tun nak jawab ..  saya tak ingat .
saya tak ingat apa2 .   saya dah tua .
hahaha ..   lawak terhebat abad ini .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bersedia kah kita mendapat seorang pm yg pelupa  kalu PH menang pru nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 20-1-2018 10:32 AM
Ini mesti tun nak jawab ..  saya tak ingat .
saya tak ingat apa2 .   saya dah tua .
hahaha ..   la ...

tapi sy nak jadi perdana menteri .
-  hahaha .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 02:29 PM | Show all posts
dess402 replied at 20-1-2018 02:24 PM
tapi sy nak jadi perdana menteri .
-  hahaha .

alamakkkk

sendiri buat lawak, sendiri reply sendiri ketawa

macai tahap parit


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tudunglitup replied at 20-1-2018 02:29 PM
alamakkkk

sendiri buat lawak, sendiri reply sendiri ketawa

pantun mane ..  pantun ??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 20-1-2018 02:02 PM
bersedia kah kita mendapat seorang pm yg pelupa  kalu PH menang pru nanti

Ph banyak talent la .  Jangan bikin malu .
Yg set2 tua .. rapat2 lah dgn mesjid .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pilih DSAI sebagai PM ..  HUSAM MUSA as TPM ..  muhyiddin dgn mukhriz sebagap naib presiden .  Gabungan mantap ..  malaysia maju .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 04:41 PM | Show all posts
dess402 replied at 20-1-2018 03:03 PM
Aku pilih DSAI sebagai PM ..  HUSAM MUSA as TPM ..  muhyiddin dgn mukhriz sebagap naib presiden .  G ...

Dulu,kita lawan Mahathir sebab Pembngkang kata Mahathir Zalim.

Skrg kena sokong Mahathir sebab Pembangkang kata Mahathir dah insaf.

Kalau Pembangkang kata Najib dah insaf,kita kena ikut kata mereka jugak ke?

Semua kepala bana. Support #UndiRosak
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang sampai bila nak kena kencing dengan nyanyuk ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 20-1-2018 04:41 PM
Dulu,kita lawan Mahathir sebab Pembngkang kata Mahathir Zalim.

Skrg kena sokong Mahathir sebab  ...

kan ..  tak pernah dibuat dek orang . Dah tentu usia gitu dah mudah pelupa .  Dengar lagi dah selalu sakit2 dada . Di pendang pun baru2 ni ketika ceramah ..  tiba2 cabut balik kabar sakit dada .  Bukan nak kondem la ..  tapi bagaimana nnak pimpin negara arah maju ?  kita bukan negara afrika ..  yg cukup dgn gajah rimau .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjuangan sekarang ialah menjatuhkan kuasa kumpulan yg mentadbir dgn tidak betul. Itu saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 09:37 PM | Show all posts
iloveselangor replied at 20-1-2018 04:50 PM
Korang sampai bila nak kena kencing dengan nyanyuk ni?

gaduh dgn semua timbalannya kecuali ghafar baba..  gaduh dgn semua org sbb dia ingat kepala dia jer betul



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 20-1-2018 08:40 PM
Perjuangan sekarang ialah menjatuhkan kuasa kumpulan yg mentadbir dgn tidak betul. Itu saja

Mader pun banyak yg tak betol .jadi bagaimana 3 bulan boleh betulkan  22 tahun yg tak betul ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 20-1-2018 09:37 PM
gaduh dgn semua timbalannya kecuali ghafar baba..  gaduh dgn semua org sbb dia ingat kepala dia je ...

Kebanyakan kesilapan2 hari ini di Malaysia datang dari Ego Mahathir yg merasakan dia saja betul.

Termasuk perlantikan Najib sebagai PM.

Sekarang dia nak kita ikut dia supaya betulkan silap dia....sorryyyyyy

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ringgit kita setara aje dgn dollar spore . Tapi sekarang duit kita dah macam duit bangla . Malu aku .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:12 AM | Show all posts




masa hari pertama tun ambil alih pm malaysia, 1 ringgit malaysia bersamaan 0.9201 SGD
hari terakhir tun tinggalkan malaysia, 1 ringgit malaysia dah bersamaan 0.4577 SGD

hebatkan pemerintahan tun @xy_daen
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 20-1-2018 04:41 PM
Dulu,kita lawan Mahathir sebab Pembngkang kata Mahathir Zalim.

Skrg kena sokong Mahathir sebab  ...

Dulu,kita lawan Anwar sebab Pembngkang kata Anwar bubur.

Skrg kena sokong Anwar sebab Pembangkang kata Anwar dah insaf.

Kalau Pembangkang kata Najib dah insaf,kita kena ikut kata mereka jugak ke?

Semua kepala bana. Support #kebanganganko #orgcitepolitikdiepunsamatapibangang

Dulu,kita lawan Mat taib sebab Pembngkang kata Mat taib rasuah.
Tapi...
Skrg kena sokong Mat taib sebab Pembangkang kata Mat taib dah insaf.
Tapi skrg ke umno balik..caner tu?cer cite?
Kalau Pembangkang kata Najib dah insaf,kita kena ikut kata mereka jugak ke?

Semua kepala bana. Support #kebanganganko #toksahsembgpolitikkalauxtau
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitu jua bila ada ulama berkata ..  wang curi adalah haram ..  trtapi tidak mengapa jika dicuri dari 1mdb .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.089692 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list