CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5379|Reply: 73

[Tempatan] 1 Maut, 8 Cedera, Nahas 7 Kenderaan

  [Copy link]
Post time 19-1-2018 09:18 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2018 09:18 PM | Show all posts
LELAKI maut, manakala lapan yang lain cedera selepas tujuh kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 41.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian 12.50 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Haziq Arshad, 25, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan dua kanak-kanak cedera termasuk seorang daripadanya dikenali sebagai Alishah Norpipah Abd Rahman, 3, patah paha dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Seorang lagi kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Imran Syah dan belum diketahui usianya hanya cedera ringan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler gagal berhenti selepas sebuah kereta berhenti akibat pemeriksaan polis di kawasan berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan terperosok di bawah treler berkenaan sebelum kenderaan berat itu melanggar dua kenderan pelbagai guna (MPV) lain.

"Ia menyebabkan kedua-dua mangsa yang berada dalam kenderaan masing-masing cedera manakala kenderaan dinaiki mangsa yang maut berganjak ke depan dan terlanggar belakang kenderaan pacuan empat roda sebelum MPV berkenaan melanggar sedikit belakang lori," katanya.

Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa yang juga penumpang kereta meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kulai.

Katanya, lapan mangsa lain cedera dengan seorang pemandu serta seorang penumpang kereta parah.

Dzulkhairi berkata, keadaan jalan adalah dua hala dengan dua lorong setiap arah dan kemalangan berlaku di lorong kiri dan kanan jalan dengan keadaan cuaca baik, selain keadaan jalan sedikit licin.

"Punca kemalangan dipercayai tidak membabitkan pengaruh alkohol atau dadah, selain tiada sebarang halangan di atas jalan raya.

"Waris dalam kejadian itu sedia maklum berkenaan kes kemalangan dan daftar mayat di Unit Kecemasan Hospital Kulai dan bedah siasat dilakukan pagi ini," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 6:48 PM
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemeriksaan polis apa yg kereta tu gagal berhenti tu? Tengah laju kena tahan ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2018 09:25 PM | Show all posts
JunkMail replied at 19-1-2018 09:23 PM
Pemeriksaan polis apa yg kereta tu gagal berhenti tu? Tengah laju kena tahan ke apa?

klu tak silap roadblock
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kt highway mmg tak sesuai utk road block nape tak tggu di pintu susur keluar je
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelap sgt ke tempat tu?  Seram betul kalau ada roadblock tgh highway ni.. kadang terbayang takut kenderaan belakang tak sempat brek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 10:06 PM | Show all posts
Apa punya gila buat roadblock tgh tgh highway plus
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat hiway kan kenderaan laju2, mesti x expect ada roadblock.. lori tu mmg x sempat nak break awal kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah encounter lagi road block tgh highway
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tongong bahlol baghal buat roadblock kat expressway... babi sial cilaka punya otak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan pasal apa.
Apa punya bangang buat roadblock tgh highway
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebuah kereta berhenti.kan
Maknanya kereta tu kat tepi yakni lorong kecemasan...cm.biasa.polis tahan kete kt tepi jalam.tu...
Maybe treler tu di lorong kiri..kalau treler sure makan.jalan.kiri tu.sikit..tu yg dia nak elak trus terlanggar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:55 AM | Show all posts
shernazz replied at 19-1-2018 11:12 AM
Sebuah kereta berhenti.kan
Maknanya kereta tu kat tepi yakni lorong kecemasan...cm.biasa.polis taha ...

komen u yg paling tepat...tak pernah dlm sejarah polis wat roadblock kt tgh2 highway...roadblock hanya akan dibuat slps susur keluar plaza tol


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 01:05 AM | Show all posts
Kangkung1M replied at 20-1-2018 12:55 AM
komen u yg paling tepat...tak pernah dlm sejarah polis wat roadblock kt tgh2 highway...roadblock h ...

roadblock tu camne sebenarnya?
yg diaorg tahan kenderaan utk speedtrap tu, yg ada kena buat urine test, check kenderaan tu dipanggil apa?
kurang jelas maksud roadblock
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 01:34 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 19-1-2018 01:41 PM
Mat_Som replied at 19-1-2018 01:05 PM
roadblock tu camne sebenarnya?
yg diaorg tahan kenderaan utk speedtrap tu, yg ada kena buat urine ...

yg dlm artikel ini adalah pemeriksaan polis..maknanya polis peronda ataupun polis bantuan lebuhraya akan tahan sesebuah kenderaan dgn memberi arahan berhenti di lorong kecemasan utk pemeriksaan lanjut...biasa sebuah kereta peronda je terlibat dlm pemeriksaan ni


roadblock @ sekatan jln raya plak adalah operasi besar2an libatkan samada JPJ, polis trafik mahupon kedua2nya sekali...check benda2 yg u mentioned td


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 20-1-2018 12:55 AM
komen u yg paling tepat...tak pernah dlm sejarah polis wat roadblock kt tgh2 highway...roadblock h ...


di kedah...lepas masuk tol hutan kampung saja polis dah buat sekatan....tak logik  dan menyusahkan betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 07:20 AM | Show all posts
Takziah pada semua yang terlibat. Semalam aja Paz nampak banyak kemalangan:-

- MRR2 - Lori simen dah melintang langgar divider tengah
- Duke - 3 biji kereta accident
- NKVE - motor, orang dah baring kat tepi

Berhati-hatilah di jalan raya. Sila guna signal and bertimbang rasa semasa memandu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat area kwsn eksiden tue kerap polis buat roadblock kat tgh highway... Dia tembak dlm berapa kilo sblm tue & akn tahan ms roadblock...

Baru kena ari rabu lepas waktu siang... Dia tembak bwh jambatan pastu sblm rnr dia buat roadblock...

Baca dkt fb ramai yg marah.. ada yg bgtau lps jd eksiden polis yg buat roadblock blah dr situ... Tak tau btl ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 09:16 AM | Show all posts
Moga semua ambik aktibar dari kejadian ni agar tak berulang lagi dimasa depan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hanjeng nya kau dek buat roadblock tengah highway

satu lagi.sop hanjeng police.bimbo ini kalau buat roadblock wajib jadi.satu lorong jah walaupun jalan asal nya 10 lorong. bimbo ke apa??? kenapa tak boleh ada yang chexk setiap.lorong dek???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070539 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list