View: 5391|Reply: 73
|
[Tempatan]
1 Maut, 8 Cedera, Nahas 7 Kenderaan
[Copy link]
|
|
LELAKI maut, manakala lapan yang lain cedera selepas tujuh kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 41.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kulai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian 12.50 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Haziq Arshad, 25, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan dua kanak-kanak cedera termasuk seorang daripadanya dikenali sebagai Alishah Norpipah Abd Rahman, 3, patah paha dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Seorang lagi kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Imran Syah dan belum diketahui usianya hanya cedera ringan," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler gagal berhenti selepas sebuah kereta berhenti akibat pemeriksaan polis di kawasan berkenaan.
"Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan terperosok di bawah treler berkenaan sebelum kenderaan berat itu melanggar dua kenderan pelbagai guna (MPV) lain.
"Ia menyebabkan kedua-dua mangsa yang berada dalam kenderaan masing-masing cedera manakala kenderaan dinaiki mangsa yang maut berganjak ke depan dan terlanggar belakang kenderaan pacuan empat roda sebelum MPV berkenaan melanggar sedikit belakang lori," katanya.
Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa yang juga penumpang kereta meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kulai.
Katanya, lapan mangsa lain cedera dengan seorang pemandu serta seorang penumpang kereta parah.
Dzulkhairi berkata, keadaan jalan adalah dua hala dengan dua lorong setiap arah dan kemalangan berlaku di lorong kiri dan kanan jalan dengan keadaan cuaca baik, selain keadaan jalan sedikit licin.
"Punca kemalangan dipercayai tidak membabitkan pengaruh alkohol atau dadah, selain tiada sebarang halangan di atas jalan raya.
"Waris dalam kejadian itu sedia maklum berkenaan kes kemalangan dan daftar mayat di Unit Kecemasan Hospital Kulai dan bedah siasat dilakukan pagi ini," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 6:48 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Pemeriksaan polis apa yg kereta tu gagal berhenti tu? Tengah laju kena tahan ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
kt highway mmg tak sesuai utk road block nape tak tggu di pintu susur keluar je |
|
|
|
|
|
|
|
Gelap sgt ke tempat tu? Seram betul kalau ada roadblock tgh highway ni.. kadang terbayang takut kenderaan belakang tak sempat brek. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya gila buat roadblock tgh tgh highway plus |
|
|
|
|
|
|
|
Kat hiway kan kenderaan laju2, mesti x expect ada roadblock.. lori tu mmg x sempat nak break awal kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah encounter lagi road block tgh highway |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh tongong bahlol baghal buat roadblock kat expressway... babi sial cilaka punya otak |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pasal apa.
Apa punya bangang buat roadblock tgh highway |
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah kereta berhenti.kan
Maknanya kereta tu kat tepi yakni lorong kecemasan...cm.biasa.polis tahan kete kt tepi jalam.tu...
Maybe treler tu di lorong kiri..kalau treler sure makan.jalan.kiri tu.sikit..tu yg dia nak elak trus terlanggar... |
|
|
|
|
|
|
|
komen u yg paling tepat...tak pernah dlm sejarah polis wat roadblock kt tgh2 highway...roadblock hanya akan dibuat slps susur keluar plaza tol
|
|
|
|
|
|
|
|
roadblock tu camne sebenarnya?
yg diaorg tahan kenderaan utk speedtrap tu, yg ada kena buat urine test, check kenderaan tu dipanggil apa?
kurang jelas maksud roadblock
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 19-1-2018 01:41 PM
yg dlm artikel ini adalah pemeriksaan polis..maknanya polis peronda ataupun polis bantuan lebuhraya akan tahan sesebuah kenderaan dgn memberi arahan berhenti di lorong kecemasan utk pemeriksaan lanjut...biasa sebuah kereta peronda je terlibat dlm pemeriksaan ni
roadblock @ sekatan jln raya plak adalah operasi besar2an libatkan samada JPJ, polis trafik mahupon kedua2nya sekali...check benda2 yg u mentioned td
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 20-1-2018 12:55 AM
komen u yg paling tepat...tak pernah dlm sejarah polis wat roadblock kt tgh2 highway...roadblock h ...
di kedah...lepas masuk tol hutan kampung saja polis dah buat sekatan....tak logik dan menyusahkan betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pada semua yang terlibat. Semalam aja Paz nampak banyak kemalangan:-
- MRR2 - Lori simen dah melintang langgar divider tengah
- Duke - 3 biji kereta accident
- NKVE - motor, orang dah baring kat tepi
Berhati-hatilah di jalan raya. Sila guna signal and bertimbang rasa semasa memandu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat area kwsn eksiden tue kerap polis buat roadblock kat tgh highway... Dia tembak dlm berapa kilo sblm tue & akn tahan ms roadblock...
Baru kena ari rabu lepas waktu siang... Dia tembak bwh jambatan pastu sblm rnr dia buat roadblock...
Baca dkt fb ramai yg marah.. ada yg bgtau lps jd eksiden polis yg buat roadblock blah dr situ... Tak tau btl ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga semua ambik aktibar dari kejadian ni agar tak berulang lagi dimasa depan |
|
|
|
|
|
|
|
hanjeng nya kau dek buat roadblock tengah highway
satu lagi.sop hanjeng police.bimbo ini kalau buat roadblock wajib jadi.satu lorong jah walaupun jalan asal nya 10 lorong. bimbo ke apa??? kenapa tak boleh ada yang chexk setiap.lorong dek??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|