View: 1123|Reply: 17
|
[Tempatan]
tidak mendapat wang daripada ibunya, penagih dadah ‘naik hantu’ dan bertindak me
[Copy link]
|
|
BERANG tidak mendapat wang daripada ibunya, penagih dadah ‘naik hantu’ dan bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di FELDA Jengka 11, Maran, hari ini.
Bagaimanapun kejadian kira-kira 2 petang itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa berikutan ibu lelaki itu yang juga ibu tunggal tiada di rumah ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Suprintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek yang berusia 33 tahun dipercayai sudah mengugut untuk membakar rumah itu sejak beberapa hari lalu kerana ibunya enggan memberinya duit untuk membeli bahan terlarang itu.
"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan rumah berkenaan.
"Suspek yang juga seorang penganggur dan mempunyai lima rekod kesalahan lampau itu kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan 2.27 petang berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.
"Sebuah jentera dihantar ke lokasi dan ketika sampai di lokasi berlaku kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal sedang terbakar.
"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu air daripada tangki jentera. Kebakaran itu menyebabkan 90 peratus rumah terbakar. Bagaimanapun jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-yang-terbakar
__________________
|
|
|
|
|
|
|
|
tak memasal mak ko hilang tpt berlindung lahanattt |
|
|
|
|
|
|
|
Dari bakar rumah baik la gi bakar sate. Dah la xcontribute apa2 kt family... nyusahkan pulak. Jauhkan aku n keluargaku dr species cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak2 sekelian brenti la manjakan anak lelaki dari kecik, jadi macam ni la. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dh biasa pegang lighter
isap rokok
dari isap rokok, isap dadah
klu nmpk anak dh mula isap rokok, 90% peluang dia jadi penagih tu amatla cerah
klu dh isap , bermakna peranan ibu bapa tu gagal..
jadi , kenala banteras awal2.
didikla anak tu haram rokok cam haram makan babi
tu yg betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah merosak kan.kenapa la diorang lebih memilih dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
ngapa siibu tak report polis utk tangkap dan hantar serenti.ramai parent maseh dlm sindrom nafi. tu yg bawak padah mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah...bukan senang nak report anak sendiri...hanya mereka2 yg mengalami dilema begini yang mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Report,tangkap,bebas..hisap lg.dh tak daya keluarga tu |
|
|
|
|
|
|
|
rugi besar arwah ayahnya, tak dapat pahala dari doa anak yang soleh
beruntung ayah2 yang anaknya muslim, hanya muslim saja yer, yang soleh solehah doakan kebaikan akhirat pada arwah
pada arwah2 yang lain kumpulan tu, tadah la tangan seperti pengemis doa2 anak yang tak kunjung tiba
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik dia hisap Kon*k dari hisap dadah hisap rokok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah dan menganggur berpisah teda. Ko celik mata je ko isap. Pahtu khayal. Keje xnk.. Tau nk rembat duit org je. Ehh tembak jelah spesis mcm ni. Nauzubillahiminzalik |
|
|
|
|
|
|
|
Tak muncul pulak ustazah2 dlm tred afham tu muncol dlm ni ye. |
|
|
|
|
|
|
|
beratur2 menadah tangan setiap saat menunggu doa kiriman anak2 yang soleh dan solehah
maka, menyesal la mereka2 kerana di dunia sewaktu diberi peluang mendidik anak supaya menjadi muslimin muslimat yang soleh, mereka lalai, mereka terbuai oleh kasih sayang pada anak melebihi tanggungjawab pada Pencipta mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
silap mak dia x letak racun tikus dlm makanan anaknya sedikit demi sedikit utk melemahkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
nitrotech replied at 20-1-2018 02:20 AM
Dadah merosak kan.kenapa la diorang lebih memilih dadah.
sb tak kena gst..banding ngn roti canai.... |
|
|
|
|
|
|
|
knp kau tak bakar diri kau je...... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai anak felda..x rempit,dadah..x dadah,bohsia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|