View: 1517|Reply: 15
|
[Tempatan]
Rakyat tertekan gaji naik, kos sara hidup jugak naik
[Copy link]
|
|
Gaji naik, tapi cukup ke?
Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 19, 2018 18:37 MYT
KUALA LUMPUR: Kadar kenaikan gaji kasar negara ini perlu lebih tinggi berbanding kadar inflasi jika mahu menyelesaikan isu kos sara hidup.
Jelas pakar ekonomi bebas Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, walaupun sesetengah pekerja bakal menikmati kenaikan gaji namun lebih ramai yang tidak menikmati kenaikan atau kenaikan gaji mereka tidak setimpal dengan peningkatan kos sara hidup.
“Tidak ada banyak perubahan bagi bebanan yang ditanggung rakyat pada tahun 2018 kerana trend peningkatan harga minyak domestik dijangka akan terus memberi tekanan ke atas harga barangan dan perkhidmatan.
"Keadaan ini dibebani pula dengan kenaikan harga barang yang dijangka susulan peningkatan harga minyak," jelasnya kepada Astro AWANI.
Azrul menjangkakan kadar inflasi berada pada paras 3.9 peratus pada 2017 dan 3.4 peratus pada 2018.
Sementara pertumbuhan kadar gaji hanya meningkat 4 peratus, katanya yang merujuk kepada data yang dikongsikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Ini bermakna kenaikan gaji tidak dapat meneutralkan kenaikan harga barang.”
Azrul turut meminta kerajaan untuk memikirkan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta memberikan peluang latihan semula selari dengan perubahan ekonomi.
“Walaupun kerajaan mensasarkan 300,000 peluang pekerjaan baharu akan wujud dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian pada tahun ini, persoalannya adakah pekerja berkenaan akan mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan tugasan berkenaan?”
“Adakah ia juga mencukupi untuk menyediaan peluang kepada semua bakal graduan?”
Laporan pada 2015 menyebut saban tahun sekitar 200,000 pelajar dijangka menamatkan pengajian masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku baik hold dulu naik gaji dan pulihkan mata wang dulu..kos naik sebab duit jatuh sebab ade hippo buat taik etc2..
naik gaji tak pernah selesaikan masaalh ini..lebih2 lagi "satu" puak "bertonkat" tu yang kerja "preee" tak perlu belajar english katanya..
apa kata gomen ketatkan loan untuk puak tu boleh sebanyak 40% je dari gaji...sure tetiba cukup gaji...naik pun kalau loan boleh sampai 90% tak pernah nye selesai...yang naya "tax payer" je duk nangung
taip2 tahun merintih gaji tak cukup...bagi je naik..bagi je bonus..same ol same old gak..paham2 je lah |
|
|
|
|
|
|
|
katowjo replied at 20-1-2018 08:38 AM
bagi aku baik hold dulu naik gaji dan pulihkan mata wang dulu..kos naik sebab duit jatuh sebab ade h ...
staff gomen la ni.... tak cukup duit tp fareeda maintain... mmg ade yg btul2 susah... tp most of them stok2 cari nahas.... naik gj g tukar kereta... |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 20-1-2018 04:19 PM
staff gomen la ni.... tak cukup duit tp fareeda maintain... mmg ade yg btul2 susah... tp most of t ...
Chuolls sebut acik pareeda teringat plak kat duckies yg dok umah flat tu.. pengertian gaji naik pada dia mungkin utk tambah collection |
|
|
|
|
|
|
|
sinalegna replied at 20-1-2018 04:52 PM
Chuolls sebut acik pareeda teringat plak kat duckies yg dok umah flat tu.. pengertian gaji naik pa ...
dah mcm mana... bab mkn minum serba mahal tak mampu.... beli tudung mahal2 made in vietnam harga tak smp rm20... senang2 je hbis beratus....
sbb kakak ipar p vietnam beli tudung design fareeda tu la... murah je... tanpa label fareeda |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman najib hidup susah
Beras sekampit minyak masak sebotl habis rm50
Rm50 x 30 hari = rm1500
Habis gaji sebulan, nak beli baju selai pun tak dapat
Wajib tukar kerajaan pru nnt |
|
|
|
|
|
|
|
moonirah replied at 20-1-2018 05:02 PM
Zaman najib hidup susah
Beras sekampit minyak masak sebotl habis rm50
Rm50 x 30 hari = rm1500
Ni la yg kena kecam tu.. katanya orang tak beli beras & minyak hari2.
Kot ye pun tak betul.. lauk2 jam ni mmg mahal, ikan tak lawa pun rege cekik darah, ayam plak rege turun naik. |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 20-1-2018 04:57 PM
dah mcm mana... bab mkn minum serba mahal tak mampu.... beli tudung mahal2 made in vietnam harga t ...
Loyal to the brand katanya.. biar la makan pasir sekali pun, kalo termissed 1 terus depressed agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
sinalegna replied at 20-1-2018 05:21 PM
Ni la yg kena kecam tu.. katanya orang tak beli beras & minyak hari2.
Kot ye pun tak betul.. l ...
mslhnya serba serbi nak kait politik....
tak kira faktor penawaran n permintaan gituh.... btw durian dah murah dpt rm15 sebekas gituh... sodap
klau nak murah kena pandai survey..... tgk org cina.... pergi mall ke siap check satu2 mana ade offer.... dan beli yg perlu je....
ni org melayu gj 3k belanja mcm gj 10k |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 20-1-2018 05:27 PM
mslhnya serba serbi nak kait politik....
tak kira faktor penawaran n permintaan gituh.... btw du ...
Ayat yg last tu mmg win |
|
|
|
|
|
|
|
poket bocor sbb beli kenderaan mahal yang tak jimat minyak nak service lagi tukar tayar tol etc padahal kenderaan untuk pi balik kerja ja pakai hari2 seperti korang pakai spender/baju rumah hari2
poket bocor sbb makan luar terlalu kerap sekali lunch rm7 dinner rm6 breakfast rm 3. skip apa yg patut. sebenarnya masak sendiri kos rm2 sehidangan 1 org.
pekerja ai gigih mancing, ai nak ambil seekor jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ilacantik at 20-1-2018 08:12 PM
Kisah sebenar: family iols kat kampung skrg hanya berani beli ikan cencaru je tau, tak pun ayam sebab muai. Ikan2 lain semua mampu tengok jer. Yg tinggal kat kg dah terasa semua barang mahal melampau, apatah lagi mereka yg dkt bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 20-1-2018 11:25 PM
kawan aku teknisen gomen jer.
tapi pakai waksegan passat baru.
dasat.
dgn anak kecik lagi bole buat hutang kereta baru.
tahun ni di jangka ekonomi semakin merudum.
di tambah lagi kalau BN menang lagi PRU tahun ni,
makin kuat la gomen peras harta rakyat.
macam benda2 akan naik lepas PRU.
|
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 20-1-2018 10:55 PM
kawan aku teknisen gomen jer.
tapi pakai waksegan passat baru.
dasat.
bebudak junior kat opis iols tak main la perodua proton bagai..terus angkat mazda atau honda..hujung2 nak makan sepinggan rm5 pon berkira |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 20-1-2018 10:55 PM
kawan aku teknisen gomen jer.
tapi pakai waksegan passat baru.
dasat.
Biar betul??? Sng gila loan lepas. Dah la wak segan tu jnis cpt rosak. Tgk la nnti kete rosak mesti buat PL pulak |
|
|
|
|
|
|
|
pasal kereta akak nak komen :
> kalau gaji bawah RM 3k nak beli kereta beli cash sebaiknya. beli proton perdana tahun 2000 boleh dapat RM 10K
> kereta liabiliti
> kereta ada kos repair kos minyak kos parking kos saman kos tayar kos servis
rumah :
> rumah first beli rumah pelaburan dan sewakan
> rumah pertama jangan terus beli rumah idaman sebab rumah idaman tak buat duit
> rumah ke empat belilah rumah idaman dengan hasil bayaran bulanan oleh 3 biji rumah pertama
> pe2pun cari ilmu
kewangan :
> urus kewangan dengan hemah
> kita bukan anak raja jauh sekali anak menteri jadi sedar diri bila nak berbelanja
> cinta tak hasilkan duit jadi sebelum nikah stabilkan kewangan agar anak isteri bahagia korban sekarang senang kemudian
#lain orang lain latar belakang kewangan ada yang kerja bagus oil and gas, pilot dan macam2 lagi, tapi tak bermaksud gaji sedikit menyerah kepada takdir tanpa usaha untuk ubah nasib
# melabur, niaga ikut kemampuan ilmu dan kewangan
# Ramai orang berangan jadi kaya, ramai orang rela sanggup mengeluh berbanding berusaha mengejar impian masing2
# salahkan majikan gaji kecil takkan ubah nasib hidup, cari ilmu dan ubah nasib hidup sendiri
# Bila kita tengok statistik ekonomi yang kaya adalah peniaga pelabur kita pun kena lah jadi sebahagian daripada peniaga pelabur berjaya bukan pelebur skim cepat kaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|