CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 2

[Tempatan] Personal problem, masalah rumahtangga etc. Jangan la rujuk, luah pada 'pakar' F

[Copy link]
Post time 20-1-2018 05:56 PM | Show all posts |Read mode
HULU TERENGGANU: Merujuk kepada 'pakar' laman sosial sebagai alternatif penyelesaian masalah peribadi termasuk perihal rumah tangga hanya meninggalkan implikasi negatif.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.

Menurut Jailani, trend meluahkan permasalahan di laman sosial seperti Facebook juga mengundang padah dan boleh membawa kepada penceraian.
"Kita banyak medium, jadi cari lah orang yang sesuai ataupun orang yang berautoriti untuk kita membicarakan masalah peribadi kita. Kalau kita ada masalah keluarga, jangan kita gunakan laman sosial yang kita tahu akan mencercakan kita.

"Kita mesti periksa setiap masa, siapa yang berautoriti untuk memberi pandangan dan nasihat bagi masalah kita," katanya selepas pelancaran projek baik pulih rumah dan penyampaian bantuan insan terpilih Parlimen Hulu Terengganu hari ini.


Jailani berkata pada zaman yang moden ini, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan sensitif setiap kali memuat naik status di laman sosial.

Katanya, mereka perlu mengambil sikap ambil peduli dengan setiap luahan yang dipaparkan di laman sosial mereka kerana ianya dapat menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan menggelakkan kes penceraian.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata penggunaan media sosial dengan cara yang negatif boleh menjurus kepada faktor penceraian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 02:49 PM | Show all posts
ada kenal seorang tu, luah perasan online kisah bini dia pemalas tak rajin kemas dapur

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 02:50 PM | Show all posts
ada yang bagi nasihat, ada yang kutuk bertahun

nasib kau la labu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.363994 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list