View: 3380|Reply: 47
|
[Tempatan]
Semua restoran baharu McD dilengkapi surau
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu yang bakal dibuka dan diubahsuai di seluruh negara.
Pengarah Operasinya, Mohd. Fairul Maan berkata, reka bentuk restoran akan disesuaikan dengan kemudahan itu bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan beragama Islam di premis sajian makanan yang menjadi tumpuan keluarga.
Setakat ini terdapat kira-kira 15 restoran di seluruh negara yang telah dilengkapi kemudahan lebih selesa menerusi proses pengubahsuaian termasuk di McDonald’s Pandu Lalu Kuala Terengganu.
"Bagi tahun ini, kita merancang untuk mengubahsuai 20 lagi restoran dengan mengambil kira model surau di samping pelbagai kemudahan lain yang dilengkapi teknologi canggih termasuk kios pesanan layan diri dan lain-lain lagi," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi dengan wajah baharu McDonald's Kuala Terengganu Pandu Lalu di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengurus Operasi McDonald's Malaysia Pantai Timur, Safna Sepian dan Pengurus Besar Restoran McDonald's Kuala Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda.
McDonald’s Malaysia memiliki 265 buah restoran di seluruh negara dengan seramai kira-kira 15,000 pekerja.
Sementara itu, Mohd. Fairul menyasarkan pertumbuhan jualan antara 15 peratus hingga 20 peratus bagi restoran McDonald's Kuala Terengganu Pandu Lalu dengan wajah baharu dan kenudahan yang disediakan.
Terdahulu, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (RMHC) menyumbangkan RM3,000 kepada Asrama Pratahfiz Perkaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak. kalau tak beli , boleh ke guna surau tu jugak? tapi bagus i puji inisiatif ini , keselesaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi keselesaan dan kemudahan pelanggan kami...
Tapi bagi bukan pelanggan kami , jenis opportunists, lu sendiri pikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada mcD di terengganu ya |
|
|
|
|
|
|
|
Comel ja surau. Pekerja pun senang solat.
Adakah surau McD juga akan diboikot
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabas McD kerana amat prihatin tentang keselesaan pelanggan... |
|
|
|
|
|
|
|
motif tanya macam tu?
Kemaman
Kerteh
Dungun
Kuala Terengganu
Jerteh
dah lama Mcd Bertapak...malahan di kerteh katanya mempunyai pernah mencatat jualan tertinggi Mcd...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya marketing strategy, kedepan hari tak kira apa jua yg puak yahud dan nasoro lakukan pada palestin, mekdi di malaysia ada modal dah standby, kami sediakan mesjid dan surau untuk pelanggan, takkan lah kami nak pi fund yahud kat yisroel sana. tambahnya lagi, pendapatan mekdi setahun cecah puluhan juta ringgit, takkan la nak biarkan saja isu palestin jadi modal pusingan tiap tiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ini persoalan yg dibangkitkan oleh forummer kita,mbhcsf.
Yakni..bolehkan bukan pelanggan outlet McDonald tersebut gunakan premis surau yg disediakan tapi pada masa yg sama memboikot( tidak melanggani) eatery McDonald itu sendiri?
Hee
|
|
|
|
|
|
|
|
Add on job pada pekerja mcdonald itu sendiri.....utk pastikan penyelenggaraan surau tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
espri6006 replied at 21-1-2018 05:49 PM
motif tanya macam tu?
Kemaman
Kerteh
selalu tengok mekdi kerteh sendu jah. colleague keryeh cakap burger mekdi adalah daging manusia (kesengsaraan palestin). Ummah kerteh acah2 boikot rupanya hahaha. siap korang nanti gua kacau |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 21-1-2018 04:34 PM
dah ada mcD di terengganu ya
ko ni trg maju dah okeh....
harga makanan pun kalah kl tawww |
|
|
|
|
|
|
|
taikor replied at 21-1-2018 06:13 PM
selalu tengok mekdi kerteh sendu jah. colleague keryeh cakap burger mekdi adalah daging manusia (k ...
layan la puak kaki boikot wpun yg pekerja most muslim gak....
boikot fb tak mau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Agenda halus MNC zionis nak amik hati moslem |
|
|
|
|
|
|
|
sendu...ha ha..tak pernah sendu dik...nak kata penuh selalu tu takleh tapi sentiasa ada orang (kadang2 kesain dik tgk pekerja mereka tak menang tangan). Diwaktu McD lain diboikot masa kempen boikot dulu tapi McD kerteh tetap happy meal gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2018 06:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lanun_darat replied at 21-1-2018 05:49 PM
ni namanya marketing strategy, kedepan hari tak kira apa jua yg puak yahud dan nasoro lakukan pada p ...
Setuju.
Sama mcm 1MDB
takkan la dia nk seleweng duit dlm masa yg sama sponsor 1000 jemaah haji
Maka segelintir akan angguk
Strategy yg bagus |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah tu. ni kira da tak payah boikot lah kan? .
Geram jah dengan kawan aku, gigih suruh aku boikot mcd tp dia senang hati teguk starbuck |
|
|
|
|
|
|
| |
|