CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 4

[Dunia] Di Malaysia sepatutnya buat benda yang sama kepada mat dadah dan peragut.

  [Copy link]
Post time 21-1-2018 02:57 AM | Show all posts |Read mode




Beijing: Seorang ibu bertindak kejam apabila mengikat tangan anak lelakinya di belakang skuter sebelum mengheret kanak-kanak itu di sepanjang jalan di tenggara China.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial di China, wanita itu memberitahu dia mahu menghukum anaknya kerana terlalu nakal.

Seorang saksi yang melihat tindakan kejam terbabit cuba menghentikan wanita itu tetapi dia dimarahi wanita itu yang mendakwa sudah beberapa hari melakukannya.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Youku, dua beranak itu dilihat melalui jalan di kawasan Zhaotong, wilayah Yunnan, baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 10 tahun dilihat menangis ketika dia diheret ibunya di atas jalan.

Menerusi video itu, wanita itu memberitahu anaknya terlalu nakal dan dia cuba mengajarnya berkelakuan baik.

Katanya, dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu dan sudah melakukannya sejak dua hingga tiga hari lalu.

Tindakan itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial di China yang menganggap wanita itu sebagai ibu yang kejam.

Ramai pengguna media sosial mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu kerana bimbang dia mungkin mencederakan anaknya sendiri.

https://www.hmetro.com.my/global/201...elakang-skuter


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 03:20 AM | Show all posts
kat malaysia mak ayah lg kejam biarkan anak dalam kereta terkunci. ni oklah boleh hirup udara segar sambil menikmati  pemandangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:22 AM | Show all posts
Ni dah terlebih mendera pulak jadinya walaupun alasan dia nak mengajar tapi takut akhirnya si anak jadi pendendam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:03 AM | Show all posts
sepatutnya harbi babi cam kau pembawa cerita tipu pun kena seret sama cam anjing sarkas

waka waka wakhakahakakakkaka


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Saksi dikenali sbg Youku? Youku tu YouTube versi China.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056551 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list