CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 0

[Dunia] Menteri wanita Islam pertama berucap di parlimen BritIn.

  [Copy link]
Post time 21-1-2018 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain
20 JANUARI 2018

Nusrat

LONDON - Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin.
Nusrat yang baharu dilantik sebagai Menteri Pengangkutan diberi tepukan gemuruh ketika beliau menjawab soalan mengenai akses stesen untuk golongan kurang upaya.


Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Wealden sejak 2015 dilahirkan di Kashmir, Pakistan.

Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling berkata, pelantikan Nusrat membuktikan bahawa Parti Konservatif (Tories) adalah parti yang saksama.
"Kami adalah parti yang penuh peluang...menteri wanita Islam yang yang pertama berucap di Dispitch Box.
"Tahniah buat Nusrat, saya bangga duduk di sebelah beliau," katanya.


Nusrat, 45, pernah bertugas di BBC World Service sebelum bertanding atas tiket Parti Konservatif di Birmingham pada pilihan raya umum 2010. - BBC


http://www.sinarharian.com.my/global/menteri-wanita-islam-pertama-berucap-di-parlimen-britain-1.786369


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.681002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list