CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1544|Reply: 5

[Tempatan] Saya fikir mereka tidak tau ~ Jangan ambil kerja Tuhan - Mufti.

[Copy link]
Post time 21-1-2018 06:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2018 02:13 PM

Jangan ambil kerja Tuhan – Mufti

Dr. Mahathir persoal hukum jemaah haji tajaan 1MDB
21 Januari 2018 3:00 AM





KUALA LUMPUR 20 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhak mengambil tugas Allah SWT untuk menentukan mabrur atau tidak ibadah haji seseorang kerana perkara itu bukan terletak pada pertimbangan manusia untuk menghukumnya.

ABDUL RAHMAN OSMAN


Sambil merujuk kenyataan terbaharu Dr. Mahathir dalam ce-ramah Pakatan Harapan diketuai DAP di Pendang semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terus dipertikaikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebenarnya tidak berbangkit.



Katanya, ini kerana ibadah seseorang tidak kira kos haji itu ditanggung daripada pendapatan sendiri atau mana-mana sumber terma-suk tajaan 1MDB sekalipun adalah dalam pertimbangan Allah untuk menentukan mabrur atau tidak.

“Kita tidak boleh komen ke-rana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

“Apatah lagi usaha kerajaan untuk membawa orang yang tidak berkemampuan menunaikan haji adalah satu kebajikan dan tugas untuk bantu rakyat. Sama ada dana 1MDB diragukan atau tidak, tidak berbangkit untuk tentukan mabrur atau tidak,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam ceramah terbaharunya di Kampung Bukit Jambul, Kedah semalam, Dr. Mahathir mendakwa duit yang kononnya dicuri, merujuk kepada 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.

[size=0.75]MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD
Malah agak keterlaluan, apabila bekas Perdana Menteri itu turut memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de-ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, ahli politik tidak wajar untuk memberi komen mengenai soal agama yang boleh melibatkan akidah rakyat.

Katanya, ibadah haji mabrur apabila haji yang dibuat adalah ikhlas, bersih daripada kesalahan semasa menunaikannya dan cukup syarat-syaratnya.

“Tidak ada kena mengena de-ngan sumber duit tersebut. Sedangkan jika orang bukan Islam yang sumber pendapatannya berbagai-bagai menaja kita membuat ibadah haji pun, tiada masalah.
“Kuasa untuk menetapkan fatwa atau komen soal agama ini diberikan kepada mufti. Ustaz sendiri pun tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa sesuka hati, inikan pula ahli politik,” katanya.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-ambil-kerja-tuhan-8211-mufti-1.594172#ixzz54lVUy7R7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 07:31 AM | Show all posts




Assalamualaikum Sahibus Samahah Datuk Mufti, apakah hukum seseorang melaksanakan ibadah haji dengan menggunakan duit haram ?
Jawapan:
Waalaikumussalam. Dalam menjawab persoalan ini, suka untuk kami ulaskan berkenaan pengertian harta yang haram terlebih dahulu dan kemudian kami sertakan sekali beberapa pendapat para fuqaha berkenaan hukum isu ini.
Definisi Harta Haram
Imam al-Ghazali Rahimahullah mendefinisikan harta yang haram dengan katanya: Sesuatu yang diperolehi dengan cara yang haram seperti riba, rasuah, judi, dan ihtikar (monopoli).
Dr. Muhammad Nu’aim Yasin pula mentakrifkan harta haram sebagai: Setiap harta yang diharamkan syarak ke atas orang yang mendapatkannya untuk mengambil manfaat darinya dari setiap sudut. Lihat Zakat Al-Mal Al-Muharram, Dr. Nuaim Yasin (Hlm. 1).
Manakala Dr. Abbas Muhammad Al-Baz pula memberikan definisi bagi harta yang haram dengan katanya: Setiap sesuatu yang syarak haramkan ke atas seorang muslim untuk memilikinya serta mengambil manfaat dengannya adalah merupakan harta yang haram. Lihat Ahkam Al-Mal Al-Haram (Hlm. 40).
Contoh-Contoh Harta Yang Haram
Berikut merupakan beberapa contoh harta-harta yang haram. Di antaranya:
  • Harta yang dicuri atau dirampas.
  • Harta yang diperoleh hasil dari riba.
  • Harta yang diperoleh dari penjualan arak, dadah, dan perkara haram yang lain.
  • Harta yang didapati dari perbuatan rasuah.
Pendapat Para Fuqaha Berkenaan Isu Laksanakan Haji Dengan Harta Yang Haram
Berikut merupakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan hukum menunaikan haji menggunakan harta yang haram. Di antaranya:
Pertama: Mazhab Jumhur (Majoriti) Fuqaha
Yang kami maksudkan dengan jumhur di sini adalah tiga mazhab terbesar iaitu mazhab Imam Abu Hanifah, mazhab Imam Malik, serta mazhab Imam Al-Syafie. Berikut merupakan kenyataan tokoh besar dalam mazhab Al-Syafie berkenaan isu ini. Kata Al-Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Apabila seseorang melakukan haji dengan harta yang haram atau dia menunggang haiwan tunggangan yang dirampas maka dia mendapat dosa dan hajinya sah di sisi kami. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, Malik, al-Abdari dan majoriti fuqaha. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (7/62).
Hujah Imam Al-Nawawi adalah, haji merupakan perbuatan-perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharaman adalah disebabkan perkara yang luar darinya.
Kata Al-Syeikh al-Bujairami Al-Syafie: Disunatkan juga untuk seseorang yang pergi melakukan haji untuk berusaha memastikan hartanya halal untuk dia belanjakannya di dalam permusafirannya. Sesungguhnya Allah itu thayyib(baik) Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik juga.
Beliau juga menyatakan terdapat sebuah khabar yang menyebut:
مَنْ حَجَّ بِمَالٍ حَرَامٍ إذَا لَبَّى قِيلَ لَهُ لَا لَبَّيْكَ وَلَا سَعْدَيْكَ وَحَجُّك مَرْدُودٌ عَلَيْك
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram, apabila dia bertalbiah akan dikatakan kepadanya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan buatmu serta hajimu tertolak ke atas dirimu”.
Hasyiah Al-Bujairami (2/423)
Kedua: Mazhab Hanbali
Pengasas mazhab ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah mengatakan: Haji seperti ini tidak sah, berdasarkan hadis:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu thayyib (baik) dan Dia tidak menerima melainkan yang baik sahaja.
Riwayat Muslim (1015)
Kata salah seorang tokoh besar mazhab Hanbali iaitu Syeikh Abu Ali bin Abi Musa Al-Hashimi: Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram maka haji tersebut tidak dikira sebagai haji Islam menurut pendapat yang sahih di dalam mazhab.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung berpegang dengan pendapat jumhur para fuqaha yang mengatakan bahawa seseorang yang pergi haji menggunakan wang haram maka hukumnya adalah berdosa dan hajinya dikira sah. Ini kerana, urusan berkaitan haji terpisah dari larangan menggunakan wang haram juga kami berpendapat sama seperti hujah-hujah yang telah dinyatakan oleh jumhur.
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas, kami berpandangan bahawa ibadah haji yang dilakukan dengan meraikan segala rukun, syarat-syarat, adab, dan sunat-sunat dalam pelaksanaan manasik haji maka untuk itu hajinya sah di sisi kebanyakan para fuqaha. Akan tetapi, pelaksanaan haji bukan isu sah semata-mata sebaliknya yang besar dari itu adalah penerimaan dan kemabruran haji itu yang menjadi tuntutan. Ini kerana, dengan kemabruran haji itulah terhasilnya pahala dan perubahan dalam diri serta akhirnya mendapat ganjaran syurga daripada Allah S.W.T. Benarlah hadis Nabi S.A.W yang menyebut:
وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
Maksudnya: Dan haji mabrur itu tidak ada ganjarannya melainkan Syurga.
Riwayat Muslim (1349)
Keduanya, pujangga ada menyebut:
إِذَا حَججْتَ بِمَالٍ أَصْلُهُ سَحَّت    فَمَا حَجَجتَ وَلَكِنْ حَجت الْعِير
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ إِلَّا كُلّ طيبَة     مَا كُلُّ مَنْ حَجَّ بيت اللَّهِ مَبْرُور
Maksudnya: Apabila kamu menunaikan haji dengan harta yang asalnya haram, maka tidaklah kamu yang menunaikan haji akan tetapi unta yang melakukannya. Allah tidak menerima melainkan setiap yang baik sahaja. Bukan semua yang pergi menunaikan haji ke baitullah mendapat haji yang mabrur.
Sekalipun jihah munfakkah di sisi mazhab Imam al-Syafie dikira berasingan, akan tetapi keperluan untuk penerimaan haji itu adalah matlamat utama. Justeru, pastikan sumber yang kita bawa dalam perlaksanaan haji biarlah halal 100 peratus tanpa sebarang syak dan ragu-ragu. Inilah yang telah diamalkan oleh para salafussoleh dan orang-orang soleh yang datang terkemudian. Semoga Allah menerima haji kita sebagai haji yang mabrur. Ameen.
Akhukum Fillah
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
5 Ogos 2016 bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:36 AM | Show all posts
Pakatan Harapan diketuai DAP
gigih media nak kenceng & brainwash org melayu supaya takot dgn PH



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:45 AM | Show all posts
najib888 replied at 21-1-2018 07:31 AM
Assalamualaikum Sahibus Samahah Datuk Mufti, apakah hukum seseorang melaksanakan ibadah haji ...


Betullah jawapan yg diberikan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti itu...
cuma..
Persoalannya, adakah duit dari 1MDB itu dikategorikan sebagai duit haram..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 22-1-2018 11:36 AM
gigih media nak kenceng & brainwash org melayu supaya takot dgn PH

apabila PH diketuai DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:54 AM | Show all posts
entah laaa..zaman skang banyak sangat deme yang menggunakan agama untuk sesuatu tujuan....takut nak menuduh sesiapa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059974 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list