CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 10

[Tempatan] PAS sasar sekurang-kurangnya majority mudah

[Copy link]
Post time 21-1-2018 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 21-1-2018 06:14 PM

Tak mustahil....,  PAS boleh menang majority mudah, terutama yg melibatkan pertandingan 3 penjuru di kawasan majority melayu..
kerana PAS mengharapkan undi UMNO pecah, sebahagiannya beralih ke BERSATU.


Hadi: PAS sasar sekurang-kurangnya majoriti mudah
Hari ini, 1:42 pm      Hari ini, 2:49 pm


PAS berhasrat memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri, atau menyertai pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum akan datang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengesahkan bahawa parti Islam itu mungkin bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi.
"Kemungkinan 130 lebih. Sekurang-kurangnya simple majority.
"Ya. PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai membentukan kerajaan, bukan sahaja sebagai pembangkang yang lemah," katanya kepada wartawan selepas merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor.

Pelancaran jentera pilihan raya itu diadakan di Seksyen 17, Shah Alam bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 pagi ini yang dihadiri kira-kiraa 7,500 penyokong PAS.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada sidang akhbar 14 Januari lalu memberitahu parti itu bercadang untuk bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.
Sekiranya rancangan itu diteruskan, PAS akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Umno merupakan parti politik terbesar di Malaysia dan bertanding di sebanyak 121 kerusi parlimen dan memenangi 88 daripadanya.



Sementara itu, Hadi juga memberitahu wartawan bahawa PAS merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor, tetapi sedang memikirkan berapa kerusi yang akan ditandinginya.
Ketika ditanya siapa yang akan menjadi calon pilihan PAS sebagai menteri besar Selangor, Hadi berkata ia masih terlalu awal untuk diputuskan sebelum pilihan raya umum.
"Kita tidak membuat sesuatu hukuman andaian. Calon menteri besar ini andaian. Nanti (kalau) calon dia kalah?" katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 07:09 PM | Show all posts
kelantan pun tunggang langgang isu balak sibuk nak jaga selangor mohon make budu banyak sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-1-2018 07:09 PM
kelantan pun tunggang langgang isu balak sibuk nak jaga selangor mohon make budu banyak sikit

BN dan PH....kena berhati-hati...
jangan pandang rendah kemampuan Gagasan Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon2 lebai2 taliban ni mampos cepat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat mampus lah tua boroi ni.
Semak kepala aku tengok berlilit kepala. Tambah Geli lagi merata muka tua boroi ni dekat facebook lobaiiii ngesek poligami , sopot pembebasan palestine pelbagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:09 PM | Show all posts
ok apa..   nanti pembangunan akan sengaja di lambat lambatkan , takut rakyat malaysia ni tak boleh nak ikut ..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2018 10:20 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 21-1-2018 10:22 PM
kelana36 replied at 21-1-2018 09:09 PM
ok apa..   nanti pembangunan akan sengaja di lambat lambatkan , takut rakyat malaysia ni tak boleh n ...



nak cepat, nak berjalan seperti mana biasa, jangan tukar kerajaan sedia ada,
Segala MOU boleh diteruskan...

Pertadbiran baru akan memberi kesan kepada ekonomi negara....mengambil masa untuk menjalin semula hubungan dgn negara luardll yg melibatkan perlantikkan pentadbiran negara.



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady PAS..
Aku pun dah muak dgn politik BN/Pakatan harapan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha ..  baru 7500 yg hadir ..
sembang dah macam 75000 .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 11:00 PM | Show all posts
adm7 replied at 21-1-2018 10:43 PM
Steady PAS..
Aku pun dah muak dgn politik BN/Pakatan harapan

so..dah itu je yg ada..
ko nak masuk grup mana..? grup tabligh..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 10:55 AM | Show all posts
aik    bijan stim macai plak kecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.403101 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list