View: 1073|Reply: 10
|
[Tempatan]
Tak ada isu pasal cap ayam tetapi ia pasal sikap kita yang memandu laju. Ramai y
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x683. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600. |
Rosli (dua kanan) membantu mengisi petrol ke dalam tangki motosikal orang ramai pada program santai minum petang bersama beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Minyak Petronas Kemasik.
KEMAMAN - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan liar kononnya Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak berkualiti rentetan banyak berlaku kes kemalangan maut di sepanjang jajaran sejauh 184 kilometer itu sejak ia mula dibuka sehingga sekarang.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, dakwaan yang melabelkan LPT2 sebagai 'cap ayam' adalah tidak berasas.
Tegasnya, LPT2 selamat untuk digunakan dan ia dibina mengikut standard lebuh raya yang telah ditetapkan sama seperti LPT1 serta Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
"Sebaliknya kemalangan berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna yang memandu laju melepasi had yang telah ditetapkan.
"Tak ada isu pasal cap ayam tetapi ia pasal sikap kita yang memandu laju. Ramai yang bawa laju...ada yang bawa 120 kilometer per jam (km/j), ada pandu 160 km/j dan yang bawa 200 km/j pun ada.
"Banyak juga aduan yang kita terima pasal kena saman atas lebuh raya. Saman pasal apa? Sebab bawa laju," katanya yang juga Adun Kemasik ketika ditemui pada program santai minum petang bersama beliau yang diadakan di pekarangan Stesen Minyak Petronas Kemasik, di sini.
Bagaimanapun, Rosli mengakui bahawa ketika LPT2 baharu dibuka sepenuhnya pada 29 Januari 2015, memang laluan lebuh raya itu didapati bermasalah hasil kajian dilakukan termasuk masalah permukaan laluanberalun tetapi masalah yang dikesan itu cuma dalam peratusan kecil, tidak sampai dua peratus.
Rosli pada masa sama turut melahirkan rasa sedih dengan kemalangan maut terbaharu yang berlaku di LPT2 kelmarin yang melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi di Kilometer 317.4 LPT2 berhampiran susur keluar plaza tol Kerteh itu, mangsa yang juga pengurus projek di sebuah syarikat kontraktor petroleum, Md Sendee@ZalaniNgah@Choh, 41, maut selepas motosikalnya terbabas akibat melanggar lopak air.
Ditanya mengenai masalah lopak air, Rosli berharap agar pihak kontraktor penyelenggaraan dapat mengambil tindakan demi mengelakkan pengguna ditimpa musibah.
"Tapi kita tak boleh salahkan satu pihak, pengguna juga mesti hati-hati semasa musim hujan sekarang kerana jalan licin.
"Apa yang saya ketahui penyelenggaraan ke atas lebuh raya ini sentiasa dilakukan malah dalam keadaan cuaca lembap sekarang pun, kalau ada permukaan jalan berlubang, ia tetap diturap," katanya.
Dalam pada itu, kata Rosli, pada masa ini pihaknya turut mengenalpasti laluan yang mengalami kerosakan yang agak teruk iaitu laluan antara Paka dan Ajil.
"Kita dah bawa perkara ini dalam mesyuarat di mana ada dua tiga lokasi yang alami kerosakan penyambung antara jambatan dan jalan.
"Kita dah minta pihak kontraktor penyelenggaraan untuk baiki dan mereka telah kenalpasti. Kerja pembaikan ini tidak boleh selesai dilakukan dalam sekelip mata tapi Insya-ALLAH kita akan dibetulkan segera," katanya.
Sejak dibuka, LPT2 dicop dengan banyak gelaran kurang enak terutama oleh pengguna media sosial disebabkan kerap berlaku kemalangan maut dan ada segelintir yang turut mempertikai kualiti pembinaannya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-ayam-1.787009
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk je dah cukup..... |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak fikir tajuk apa yang sesuai..terus copypaste aja senang
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasang la aes kelip2 setiap 10km |
|
|
|
|
|
|
|
bina autobahn |
|
|
|
|
|
|
|
Memang cap ayam pun. Jalan tak rata, berombak, batu buat jalan jenis licin, tak grip sgt.
Autobhan no speed limit 2 lane jugak takde pun masalah sebab dorang dapat tender bukan dari kroni, takde sub alibaba makan komisyen sampai berlapis2 maka kos asal pembinaan boleh dapatkan hasil yang tinggi kualiti gardenia cukup enak dimakan begitu saja |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah puaka pontianak langsuir |
|
|
|
|
|
|
|
kat autobahn pun ramai kojol xcident mampus berkecai la samdol tolol woiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk kali aku bagi saranan x payah buh speed limit sbb ada speed limit pun mati gak |
|
|
|
|
|
|
|
2% mungkin menyebabkan 80% kemalangan maut - pareto law
jadi untuk selesaikan kemalangan kena selesaikan masalah 2% berbanding aku bangun pagi tak tun tuang tak tun tuang minyak motor
|
|
|
|
|
|
|
|
jangankan di labuhraya...jalan kampung pun org bawa laju....mat selleh/ cina/ yendia lagi teruk...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|