CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3034|Reply: 2

Buat Ratu Dan Raja Selfie. Muzium Selfie Bakal Di Buka Di US!

[Copy link]
Post time 23-1-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Ratu dan raja selfie sekalian. Pasti teruja dan mahu ke sini!


The Museum of Selfies bakal dibuka di California, Los Angeles, Amerika Syarikat Februari 2018 nanti.


Muzium yang khusus menampilkan koleksi gambar-gambar selfie ini hanya akan dibuka dari 17 Februari sehingga 17 April 2018.


Apa agaknya yang 'dihidangkan' di muzium ini ya? Pelik juga, dan pasti ramai yang ingin tahu.

Ig: TheMuseumOFSelfie




Di dalam muzium ini, bakal menampilkan seni, budaya dan ilmu yang mengetengahkan tentang kehebatan diri sendiri.

Pengasas muzium ini Honton menjelaskan bahawa satu koleksi yang paling istimewa bakal dipamerkan di muzium ini kelak ialah tentang kerusi singgahsana yang diperbuat daripada monopod.



Lebih menarik, kerusi ini telah didaftarkan di dalam Book of World Record.

Ig: TheMuseumOFSelfie



Beliau menambah lagi, ada juga ruang yang didedikasikan untuk menceritakan tentang sejarah melukis diri sendiri yang telah bermula sejak 40000 tahun lalu.

Ternyata Honton bukan sahaja mengetengahkan tema hiburan di dalam muzium ini, tetapi beliau juga mahu mendidik para pengunjung tentang kesan-kesan negatif apabila kita terlalu taksub berselfie. Ada juga ruang pameran khas yang mempamerkan gambar atau karikatur mereka-mereka yang meninggal atau kecelakaan ketika sedang melakukan selfie.

Ig: TheMuseumOFSelfie



Tiket The Museum of Selfies akan dijual dengan harga 25 dollar AS. Bagi sesiapa yang berpeluang untuk travel ke US Februari ini jangan lupa untuk singgah muzium ini nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 03:51 PM | Show all posts
asal aku rs aku buruk je selfie ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:23 PM | Show all posts
Ok jer not bad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059374 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list