CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1132|Reply: 3

[Tempatan] Sungai jadi biru akibat pewarna plastik.

[Copy link]
Post time 24-1-2018 03:50 AM | Show all posts |Read mode


Sungai jadi biru akibat pewarna plastikOleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bh.com.my




















SEREMBAN: Aktiviti mencuci bahan plastik dicemari dengan pewarna di sebuah kilang menjadi punca sebahagian air longkang dan sungai di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini, bertukar menjadi biru, semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari, berkata pihaknya membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum menemui lokasi kilang terbabit beberapa jam kemudian.

"Kita menyusuri sungai dan longkang yang terjejas sebelum tiba di kilang berkenaan. Siasatan mendapati, air menjadi biru disebabkan pekerja kilang itu mencuci produk plastik yang diterima daripada pembekal yang dicemari dengan pewarna.

"Pemeriksaan awal mendapati tahap keasidan air sungai dan longkang terbabit kekal pada tahap neutral, namun kita sudah mengambil sampel air untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan kandungan sebenar pewarna itu.

"JAS juga mengeluarkan arahan kepada pemilik kilang supaya menghentikan aktiviti mencuci berkenaan dengan segera selain menyedut semula air biru di longkang dan sungai membabitkan jarak sejauh lapan kilometer," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya di kawasan terbabit hari ini, mendapati air sungai dan longkang kembali kepada warna asal.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 864x739.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 864x656.

SUNGAI warna biru yang menjadi tular di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang.- Foto ihsan pembaca dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 864x648.

NORHAZNI Mat Sari, (dua dari kanan) memeriksa aktiviti di kilang plastik yang menjadi punca air sungai menjadi biru di Senawang. - Foto ihsan JAS

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 864x657.

KAKITANGAN kilang plastik membersihkan longkang yang menjadi punca air sungai menjadi biru di Senawang. - Foto ihsan JAS

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 864x462.

SUNGAI kembali warna asal selepas tular warna biru di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang.- Foto ihsan JAS




https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/379515/sungai-jadi-biru-akibat-pewarna-plastik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
takpayah susah2 nak jaga sungai pakai je pewarna dah cantik dah biru. lepas ni ada la ikan mutant berenang2 kat longkang seremban.

tak saman sekali ke kak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pulop aku tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 11:18 AM | Show all posts
Saman lah kan, merosakan alam sekitar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.408301 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list