CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3394|Reply: 12

Cara Datuk Bandar Tersebut Menguji Anggota Di Bawahnya Menjadi Tular

[Copy link]
Post time 24-1-2018 11:08 AM | Show all posts |Read mode

MENGEJUTKAN apabila seorang Datuk Bandar tiba-tiba bertindak menerajang beberapa anggota yang baru dilantik ke dalam Agensi Arahan Awam (Satpol PP).




Kejadian berlaku Rabu lalu, apabila Datuk Bandar Mataram, Ahyar Abduh dalam satu majlis yang dihadirinya tanpa disangka-sangka bertindak menendang dada beberapa anggota yang sedang berbaris.
Situasi itu mengejutkan semua yang hadir dan gambar tersebut tular di media sosial.
Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah tindakan biasa Datuk bandar yang sering bertindak sedemikian untuk menguji ketahanan anggota yang baru dilantik.
Ia mungkin kelihatan seperti adegan filem kung fu, tetapi Ahyar lebih dikenali sebagai ahli dalam seni mempertahankan diri silat dan tinju.

Tindakan Ahyar bagaimanapun menerima kritikan dalam talian, dengan banyak mengkritik bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

“Yang baiknya seluar tak koyak. Dia menunjukkan mentaliti samseng. Jika mahu tunjukkan kekuatan mental dan fizikal, dia patut tunjukkannya dalam kerja dan ketegasannya. Bukan dengan belasah orang,” tulis seorang netizen pada video tular itu.

Ketua Satpol PP Kota Mataram, Bayu Pancapati berkata kejadian anak buahnya ditendang yang tular itu berlaku ketika majlis pelantikan dan penyerahan tongkat komando, Rabu, dan ia adalah satu perkara biasa.

“Jangan kata anggota, saya sendiri diuji olehnya, jadi apa yang dilakukan itu biasa bagi kami. Saya selalu diuji kemampuan fizik dan bela diri oleh Datuk Bandar, bukan bermaksud dia marah, itu biasa, malah anggota kami juga tak ada masalah dengannya,” kata Bayu kepada Kompas.com.

Bayu berkata, ketika dilantik sebagai ketua operasi, dia juga menerima ‘kejutan’ daripada Ahyar.

“Terkejut saya pada awalnya, tiba-tiba dia menendang saya. Kami tak melawan, tetapi kami bertahan, itu cara dia menguji anggota di bawahnya,”ujarnya.

Seorang wartawan tempatan yang membuat liputan di majlis itu, Muhammad Kasim turut terkejut dengan adegan tersebut.

Foto yang sempat dirakamkan oleh Lombok Post.
Dia tidak sempat merakamkan momen itu kerana tidak menyangka Datuk Bandar akan bertindak sedemikian.
“Aksi itu tidak selalu ditunjukan Datuk Bandar, semua orang terkejut kerana selepas menyerahkan tongkat komando kepada Ketua Satpol PP Bayu Pancapati yang baru dilantik, dia terus menendang leher tiga anggota Satpol PP yang sedang berbaris,” kata Kasim.
Kasim berkata ini kali kedua Datuk Bandar membuat kejutan.
Katanya, pada 2015, Ahyar pernah menunjukkan kekebalan dengan menusukkan keris ke dada kirinya.

Kasim berkata Datuk Bandar mempunyai hak untuk menunjukkan kemampuannya, tetapi sebaiknya tidak dilakukan di hadapan orang awam. -kompas.com
VIDEO:





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 12:44 PM | Show all posts
aku ok je benda2 macam ni
cuma jgn tunjuk sgt kat public
macam2 maki hamun kecam la dapat
semua berebut nak jadi pahlawan  kekunci
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:26 PM | Show all posts
Macam tak professional je walau apa pun alasannya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:52 PM | Show all posts
bagi aku..tu semua ngarut je..
nko nak tunjuk belasah..belasah je dalam bilik...
orang dah tau kemampuan nko..so org x kisah sangat.
masalahnya.nko tu datu bandar.
ada jawatan..
ahh..susah la cakap dengan indon..buang masa
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena kepit dengan trisna, lembik terus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2018 03:11 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 24-1-2018 12:44 PM
aku ok je benda2 macam ni
cuma jgn tunjuk sgt kat public
macam2 maki hamun kecam la dapat



bai aku biadab. lainlah yang tendang tu IGP ke.. panglima tentara ke.dato bandar je kot


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2018 10:23 AM | Show all posts
drivethru replied at 26-1-2018 06:34 AM
Kena kepit dengan trisna, lembik terus.

hahahahahah yindon n bodo berpisah teda.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 11:28 AM | Show all posts
Agensi Arahan Awam pun komando ke? aku ingat kat Indon ni, pak guard pon dia nak panggil komando
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat indon tu...klu ada kuasa, habis org bawah di bulinya....

Dpt kerja govt, rasuah, ponteng kerja dah perkara biasa.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:20 PM | Show all posts
buli pekerja ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:58 PM | Show all posts
datuk bandar agama apa?

Nabi pilih tentera pn, takde hadis  tendang tenteranya

ni klu datuk bandar ni masuk tentera, mungkin dia potong zakar anggota dia dpn2.

yelah, nk tunjukkan samada anggota dia patuh arahan dia atau tak..


bodoh............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:16 PM | Show all posts
Cer uji dgn duit dan pompuan... yg penting amanah buka kuat badan je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:44 PM | Show all posts
Tengok muka pun macam mental je Datuk Bandar ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.262702 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list