CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

Impikan 'Magic Carpet' Macam Aladdin? Tak Mustahil Dengan Cruise Ini!

[Copy link]
Post time 26-1-2018 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Kalau setakat nak belayar di atas kapal persiaran saja, macam tak puas, kan? Nah, kapal persiaran mewah The Celebrity Edge yang bakal belayar di lautan Barat Caribbean mulai Disember 2018 akan memenuhi impian berada di atas 'Magic Carpet' (Permaidani Ajaib) Aladdin.




Dekorasi indah yang menjanjikan keseronokan




Memetik Travel And Leisure, Cruise ini dilengkapi kemudahan membolehkan tetamunya 'terbang' bersama kapal. Magic Carpet adalah tarikan utamanya. Ia merupakan sebuah platform 'terapung' pertama di dunia yang boleh bergerak di sekeliling kapal. Magic Carpet sebesar gelanggang tenis ini boleh berubah fungsinya ketika ia bergerak dari dek dua sehingga 16.


Apabila ia berada di dek bawah kapal, tetamu boleh menggunakan Magic Carpet untuk menaiki bot-bot yang disediakan. Di tingkat-tingkat atas pula, platform ini akan menganjurkan parti, majlis makan malam dan barbeku. Namun, tetamu tak dibenarkan menaiki platform ini bagi tujuan mengelilingi kapal serta tidak diizinkan berada di atasnya apabila ia berubah dek ke atas dan ke bawah.




Bilik tidur mewah yang menjanjikan pengalaman menarik





Makan, minum, berbual sambil menikmati kebiruan laut




Kapal ini boleh menampung 2,900 tetamu pada satu masa. Di dalam bilik tidur istimewa pula, tetamu boleh duduk di Infinite Veranda (beranda tidak berpenghujung). Bila butang ditekan, seluruh tingkap bergerak ke bawah untuk mewujudkan beranda di dalam bilik. Hm, memang eksklusif dan mengagumkan!


Kapal ini juga menyediakan trek joging dua tingkat, taman di atas bumbung, serta pelbagai hidangan, spa dan kolam renang. Bolehlah kumpul duit mulai sekarang sebab kapal ini masih dalam proses pembinaan di Perancis.




Gah! Salah satu kapal cruise milik syarikat sama, dilengkapi peralatan canggih
Foto: cruisefever




Macam-macam cara digunakan bagi menarik perhatian pelancong. Pasti mereka yang tergila-gilakan dunia fantasi teruja jika dapat menaiki permaidani 'terbang' ini, kan? - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list