CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 4

Lelaki Bayar RM400 di Salon Tetapi Terima Potongan Rambut Stail ‘Mangkuk’

[Copy link]
Post time 26-1-2018 11:30 AM | Show all posts |Read mode





Rambut itu ibarat mahkota bagi setiap orang tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. Pasti sedikit sebanyak kita mahu menjaga penampilan kita walaupun ia mungkin agak mahal tetapi jika ia berbaloi apa salahnya kan?

Namun ada juga servis yang mahal namun hasilnya tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bagi kes ini, bukan sahaja pelanggan itu dapat potongan buruk ala mangkuk, malah dia dikenakan caj harga yang sememangnya tidak masuk akal.

Sumber : Facebook

Menurut Syibli, dia telah memasuki sebuah salon bernama Sante De Beaute di Singapura pada 30 Jun dengan harapan tempat itu dapat memberi stail baru pada rambutnya.

Melihat servis yang ditawarkan, dia terus memilih salah satu pakej yang disediakan iaitu pakej ‘potong rambut + rebond + cuci’.

Namun, sebelum pendandan rambut tersebut mula memotong, Syibli sudah memesan bahawa dia inginkan potongan rambut jenis slope tinggi di bahagian belakang kepala.

Sumber : Coconuts

Apabila pendandan rambut itu telah selesai memotong dan menunjukkan hasilnya, Syibli terus terperanjat melihat stail rambutnya yang baru seakan-akan bentuk mangkuk.

Dia terus menyuarakan pendapatnya pada pendandan rambut tersebut dan memberitahu bukan stail itu yang dimahukan. Namun, pekerja itu tidak mempedulikan komennya malah turut senyum sahaja walaupun rambut pelanggannya kelihatan seperti mangkuk.

Sumber : singaporemusicguide.com

Sudahlah buruk, harga yang dikenakan pula membuatkan hatinya bertambah sakit. Salon tersebut telah mengenakan caj sebanyak $118 (RM367) bagi stail rambut sebegitu!

Oleh kerana tidak puas hati, dia telah menceritakan kisah sedihnya di media sosial dan bertanya pendapat orang ramai akan stail rambut barunya itu. Ramai netizen menyokong Syibli dan menghentam salon tersebutkerana memberi servis yang teruk pada pelanggannya.

Sumber : Coconuts

Kisahnya terus menjadi tular di media sosial sehingga pihak salon tersebut memberi respon terhadap isu itu. Mereka terus menghubungi Syibli dan menawarkan servis potong rambut secara PERCUMA!

Syibli membuat keputusan untuk memberi mereka peluang kedua dan melawati salon tersebut minggu lepas pada 1 Julai. Mereka telah membetulkan semula stail rambutnya menjadi lebih kemas dan menghilangkan bentuk mangkuk itu.


Sumber : Coconuts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 11:59 AM | Show all posts
mana gambo?..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 12:52 PM | Show all posts
Sian nasib berani complaint
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:51 PM | Show all posts
Hahahahaha. Sebijik macam mangkuk.
Bila komplen kata tak suka, boleh pula dia senyum jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:58 PM | Show all posts
Lepas adjust not bad lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057048 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list