A - Dengar cerita Johor turun salji.
B – Eh! Mana boleh. Malaysia bukan 4 musim.
A – Ada lah, kat Aeon Johor.
Itu antara cakap-cakap orang Johor yang sangat seronok kerana dapat merasai pengalaman salji turun dan bermain-main salji.
Nyata, kempen Enchanting Snowfall Moment yang dibawakan oleh Aeon mendapat sambutan hangat.
Bermula dengan Aeon Shah Alam pada 1 Januari 2018 kemudian berpindah ke Aeon Mall Johor Bahru menjadikan 12 Aeon secara keseluruhannya di Malaysia serta 27 pasar raya di seluruh dunia.
Jadi berita baiknya untuk orang Johor ialah salji ini akan berada di Aeon Mall Tebrau City (3-4Feb dan 9-11 Feb) serta di Aeon Mall Kulai Jaya pada 23-25Feb. Sementara itu, ia terlebih awal berada di Aeon Mall Bukit Indah pada 20-21Jan dan 27-28Jan (mendapat sambutan hangat).
Manakala berita kurang baiknya ialah – ia hanya untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah sahaja. Tetapi bagi yang ada anak bawah 7 tahun pula, dibenarkan menemani anak, jadi bolehla ambil peluang main salji sama-sama ya.
Ia bukannya buih sabun seperti yang diperkatakan kerana ia dihasilkan dari mesin khas yang dibawa dari Jepun. Malahan ia boleh bertahan selama 5 jam walaupun berada di luar pasar raya.
Ada beberapa games yang boleh dilakukan ketika berada dalam saji ini iaitu merasai jatuhnya salji (snowfall), menggelonsor (snow slide) serta mengukir bentuk dari salji (snow playground).
Pastinya ia bukan percuma ya. Anda yang mahu anak berseronok bermain salji haruslah membeli barangan di Aeon sebanyak RM30 (mengikut facebook Aeon) untuk mendapatkan sekeping pas masuk.
Tapi, apalah sangat nilai tersebut dengan barangan yang selalu di beli di pasar raya kan? - CARI