CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1775|Reply: 7

SOLAT SUNAT GERHANA HARI INI RABU , 31 january 2018....

[Copy link]
Post time 31-1-2018 09:07 AM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2018 09:32 AM | Show all posts
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari 2018
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2018 09:32 AM | Show all posts
Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala Bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak). Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan.  Maklumat Gerhana adalah seperti berikut:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2018 09:34 AM | Show all posts
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN



Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."



Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

    Rakaat Pertama
        Takbiratul Ihram.
        Membaca doa Iftitah.
        Membaca surah al-Fatihah.
        Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
        Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
        lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
        Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
        Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
        Iktidal.
        Sujud dan membaca tasbih.
        Duduk antara dua sujud.
        Sujud kembali.
        Berdiri ke rakaat kedua.
    Rakaat Kedua
        Membaca surah al-Fatihah.
        Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
        Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
        lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
        Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
        Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
        Iktidal.
        Sujud dan membaca tasbih.
        Duduk antara dua sujud.
        Sujud kembali.
        Membaca tasyahud akhir.
        Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.



Sumber rujukan :

    Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
    Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2 ... uh-31-januari-2018/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2018 09:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2018 12:15 PM | Show all posts
Kuala Lumpur, Putrajaya

Labuan

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra

Semasa bulan belum terbit

6.50 malam

Permulaan Gerhana Separa.

(Bulan sudah masuk dari bayang-bayang umbra)

7.48 malam

Permulaan Gerhana Bulan Penuh

8.51 malam

Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Penuh

9.29 malam

Tamat Fasa Gerhana Bulan Penuh

10.07 malam

Tamat Gerhana Separa.

(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)

11.11 malam

Tamat gerhana penumbra

(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)

12.08 tengah malam










Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2018 12:18 PM | Show all posts
http://falakonline.net/semesta/2 ... uh-31-januari-2018/

very detailed descriptions on lunar eclipse
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2018 12:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.133391 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list