CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10051|Reply: 72

Pengalaman hidup aku

  [Copy link]
Post time 31-1-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketika di kolej part 1

Aku nak share dengan korang pengalaman mistik dan seram yg  pernah aku alami sepanjang hidup aku dari aku belajar sampailah aku kerja. Firstly aku nak perkenalkan diri aku sebagai K, aku berasal dari Kuala Lumpur. Pengalaman mistik pertama aku bermula waktu aku belajar di sebuah kolej di daerah Kuantan.
Sebagai seorang pelajar yg merantau di negeri orang maka terpaksalah aku duduk di hostel, tapi hostel tempat aku duduk nie rumah teres 2 tingkat, ada 4 bilik kesemuanya. Aku dengan geng aku duduk bilik atas, kita orang memang kamcing sangat, kadang-kadang sampai tidur pun suka hati je nak tidur katil mana, cuma dengan budak bilik bawah nie aku tak berapa rapar sangat sebab yang duduk bilik tue semuanya budak-budak lembut. Nak di jadikan cerita, kejadian berlaku setelah beberapa bulan kita orang duduk kat rumah tersebut, kejadian pertama berlaku kena kat kawan aku nama dia Faiz, punya sedap dia tido tiba-tiba dia rasa macam ada orang main-main hujung kaki  dia, dia pun tak adalah nak syak apa-apa sangat and tak ada pun nak beritahu kita orang. Masuk malam kedua, member aku yang lain pulak kena kacau,  nama dia faizal tapi aku panggil dia wak jal pasal muka dia nie macam jawa sikit, Di sebabkan member aku yang sorang nie mulut kecoh sikit, esok paginya dia membebel kat kita orang semua pasal kacau tidur, dia memang suspek aku yang kacau dia, pasal aku nie kuat kacau orang. Aku pun apa lagi terus sound kat dia "aku tidur awal kot malam td bila masa pula aku kacau kau lagi pun aku tidur sebelah apis kot". Start dari situ baru Faiz buka mulut yang dia pun kena kacau malam semalam. Time tue kita orang terdiam sekejap, tapi tak ada sorang pun yang mengaku kacau diorang. Cerita pun terhenti setakat tue and kita orang buat macam biasa
Malam ketiga adalah permulaan kisah seram, member aku nie kita orang panggil dia ary je, dia pulak kena kacau sama macam kawan aku si faiz and wak jal kena kacau, tapi yang dia lebih scary sikit pasal dia nampak ada budak perempuan kat hujung kaki dia sambil tengok dia, member aku apa lagi tutup muka ngan selimut lar. Besok paginya time nak pergi kelas baru dia cerita kat kitorang. Perkara nie memang kerap berlaku kat diorang, boleh dikatakan semua member aku kena tapi yang peliknya, hanya aku sorang jer yang tak kena macam tue. Pernah juga sekali aku try tido sorang kat bilik sebelah sorang, yang lain semua menempel kat master bedroom. Tapi yang peliknya aku yang tido sorang tak di ganggu, diorang yang punya ramai kat dalam bilik tue pulak kena ganggu. Sampai member-member aku macam dah lali dengan apa yang berlaku sebab diorang terlalu kerap sangat diganggu, sampai diorang siap gelarkan budak perempuan tue dengan panggil Adik lagi.
Kalau dilihat dari cerita nie memang nampak macam apa yang berlaku kat kawan-kawan aku nie lebih scary dari aku, pasal nampak macam aku tak kena ganggu, tapi ternyata itu hanya permulaan saja untuk aku. Nak dijadikan cerita ada satu hari tue lepas kitorang habis kelas, kitorang berkumpul lepak minum semua, boleh pulak ada sorang member aku nie buka mulut, dia kata dia mimpi adik. Dia cerita kat aku yang dia siap tanya adik macam-macam, tapi part yang buat aku seriau bila dia cerita yang adik suka kat orang yang tido kat katil nie, siap tunjuk dengan jari lagi member aku kata. Dan yang menjadi masalahnya adalah orang selalu tido katil tue adalah aku. Nak menambahkan parah lagi, bukan setakat member aku ni sorang jer yang mimpi macam tue, rupanya 3-4 orang member aku mengaku mimpi yang sama macam dia dan pada malam yang sama. Termenung kejap aku time tue, siap member-member aku bahan aku, kata adik sayang aku pasal tue dia tak kacau aku.. Kuang ajar juga member aku nie, mulut tak reti nak jaga.
Tapi kalau nak diikutkan, siapa yang tido dengan aku kat bilik sebelah memang tak pernah kena kacau.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2018 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaflah kalau penceritaan dan penulisan saya nie tak menarik, coz sy tak pandai sangat bab penulisan nie. Tapi niat di hati nak sangat berkongsi pengalaman maka ku gagahkan juga untuk menulis..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg. Pastu apa jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2018 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat la sambung cerita weyy.. Hakak dah excited + seram ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketika di kolej part 2

Sangkaan member-member aku yang aku tak akan kena kacau ternyata meleset, selepas dari kejadian member-member aku mimpi adik ternyata hanya satu permulaan misteri dalam kehidupan aku. Nak dijadikan cerita ada satu hari tue, aku pergi kelas seperti biasa. Macam biasalah rutin harian aku sebagai seorang pelajar mesti kena masuk kelas, tengah semua pelajar duk khusyuk dengar lecturer bagi penerangan tiba-tiba hp lecturer aku berbunyi, dia pun apa lagi capai hp terus jawap panggilan dekat luar kelas. Dalam 2-3 minit lepas tue nama aku di panggil oleh lecterur, katanya ada panggilan dari mak aku, dalam hati aku dah terdetik "ah sudah, apa hal mak aku telefon kat no lecturer aku nie". Aku memang dah goyang time tue pasal aku tau aku nie nakal suka kacau orang, sbb tue aku dah fikir bukan-bukan time tue. Time tue pulak lecturer aku boleh pulak nak menakutkan aku, kata aku ada buat salah apa. Lagi bertambah lar seriau aku nak jwp panggilan mak aku..
Aku pun capai hp kt tangan lecturer and terus jawab di luar kelas.

  "Assalamualaikum mak, kenapa mak tiba-tiba call no lecturer iwan?".
Iwan nie panggilan aku kat rumah..

Dengan nada risau mak aku jawap salam aku dan tanya kat aku.

  "Waalaikumussalam, iwannn.. kenapa tadi kau telefon mak menangis-nangis sambil minta tolong? Mak tanya tapi kenapa kau tak jawab tadi, lepas tue putus. Berkali-kali mak call kau tak dapat lepas tu, tapi bila dapat call kau, kau menangis-nangis minta tolong lepas tue terus putus."

Dengan perasaan pelik aku bagitau mak aku.

"Eh mana ada iwan call mak, iwan ada kat dalam kelas tengah belajar, lagi pun hp iwan mana ada off. Kalau mak call mesti hp Iwan berbunyi."

Mak aku beriya-iya kata memang yang call dia tue no aku, aku pun tak ada nak cakap apalah cuma aku bagitau mak aku, aku nak masuk kelas balik nnt lecturer cakap apa pulak nanti. Walaupun sebenarnya dalam hati aku dah mula rasa sedikit cuak dengan apa yg mak aku cakap, tapi aku cuba tenangkan diri..

Bila mak aku dah pastikan yang aku nie selamat dan tak ada apa-apa yang berlaku, mak aku terus tamatkan perbualan..

Masa dalam kelas aku dah mula fikir macam-macam, aku dah tak fokus dengan pelajaran. Lepas habis kelas aku ajak member-member rumah aku pergi minum, sambil tue aku ceritakan apa yg berlaku masa mak aku call tadi. Ternyata apa yang berlaku buat mereka tercengang dengar penjelasan aku.

Aku nak sedapkan hati aku punya pasal, aku cakap kat member-member aku, dah macam dalam filem scary mat salleh aku rasa huhuhu.. tapi dalam hati aku memang dah mula rasa risau dengan apa yang berlaku.


Bersambung..


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Serem pulak memalam ni. Esok je lah iol baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
OK menarik, bookmark dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 08:10 AM | Show all posts
Sambungan2x....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SangMusafir at 1-2-2018 10:33 AM

Selepas dari gangguan macam tue, aku dapati banyak  perkara-perkara pelik yang berlaku pada diri aku dan sekeliling aku sebenarnya. Aku akan berikan contoh perkara-perkara yang pernah berlaku.
Pernah satu ketika aku duduk lepak dengan member rumah aku kat dalam bilik, masa tue dah nak masuk waktu maghrib, tengah sedap-sedap berbual dan bergelak tawa dengan kawan-kawan aku. Tiba-tiba aku perasan ada satu kelainan pada diri kawan aku nie time kitorang berbual, sebelum tue biar aku perkenalkan diri dia kat korang, kitorang panggil dengan panggilan Didi. Masa kawan-kawan aku tengah syok berbual, aku perasan tangan didi nie macam menggigil tapi aku senyapkan saja, pasal aku tengok dia pun nampak ok jer, coz masih elok jer dia berbual.

Tengah syok member lain berbual dia tiba-tiba dia bangun dengan mengejut sambil menjerit Arghhhhhh..... Aku dan yang lain-lain jadi tercengang, lepas dari menjerit dia terus pandang aku and datang ke arah aku. Selang 2-3 langkah dia nak datang kat aku, dia terus tumbang sampai berbunyi kepala dia terhentak kat lantai. Untuk pengetahuan korang dia nie tumbang sebiji macam pokok baru lepas kena tebang, badan dia straight jatuh menghala ke arah aku, lebam jugalah kepala dia pasal terhentak kat lantai.
Semua kawan-kawan aku terus pandang ke arah aku dan angkat si didi nie, salah seorang kawan aku pergi azan kat telinga dia dan selepas tue simbah dia dengan air. Yang si didi nie pulak macam orang baru tersedar dari tidur, nak kata dia nie mengigau tak juga pasal dia pun tengah berborak kot time tue. Nak kata dia dirasuk, kenapa macam mudah pula dia sedar, tapi nak kata dia sengaja buat macam tue memang tak mungkin, sebab dahi dia benjol kot lepas jatuh tue dan aku rasa macam tak ada sebab dia nak buat macam tue. Tapi yang menjadi tanda tanya kenapa dia mesti pandang aku dan datang ke arah aku sedangkan dia bukan bertentangan dengan aku? Yang lain bagi alasan mungkin sekadar kebetulan juga kot dia jadi depan aku, tapi aku tau diorang sekadar nak sedapkan hati diorang jer tapi pada hakikatnya aku perasan pada air muka diorang nampak kelihatan pelik dengan apa yang berlaku.
Kisah pertama tadi mungkin tak cukup pelik pada korang yang membaca, tapi ia cukup pelik bagi aku sebab seumur hidup aku masa tue, aku tak pernah alami perkara-perkara macam tue.

Aku sambung untuk kisah kedua pula. Kisah kedua nie berlaku masa aku makan malam dengan member rumah aku juga kat kedai makan, kita orang memang jarang berpisah masa belajar nie, pergi mana-mana pun selalu bersama. Nak dijadikan cerita, tengah kita orang sedap-sedap makan, boleh pulak brother meja sebelah kita orang cari pasal dengan si didi nie, atas sebab pun aku memang tak faham pasalnya kita orang tengah makan sambil berborak kot time tue dan tak ada kena mengena pun dengan brother tue. Si didi nie pulak dah berangin dengan brother sebelah, aku pun cuba tenangkan si didi supaya tak bergaduh, walaupun aku nie nakal and suka kacau orang tapi aku tak suka bab-bab bergaduh nie. Lagi pun aku masih ingat pesan orang tua-tua, kalau datang tempat orang kena pandai bawak diri, masuk kandang kambing mengembek kalau masuk kandang lembu kena mengembu lar huhuhu.. Time tue aku bersabar lagi walaupun hati aku sebenarnya dah hilang sabar. Tapi bila brother sebelah tue datang kat meja kita orang and tunjuk dia punya langsi dia walaupun dah beberapa kali sebelum tue kita orang dah cuba tenangkan. Maka dengan secara tiba-tiba tanpa aku sedar dan tak sedar aku hentak meja makan dengan tangan aku dan terus berdiri. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa yang aku buat sebenarnya sebab aku macam dah tak boleh kawal diri aku. Aku suruh member-member yang lain jangan masuk campur, lagi pun diorang nie kecil-kecil kalau gaduh confirm lunyai punya.
Time tue apa lagi, si brother tue dengan kawan-kawan dia ajak aku dengan didi keluar dari kedai. Bila dah kat luar kedai, si didi dah mula start bergaduh dengan kawan-kawan dia sampai berdarah kepala kena hempuk dengan kerusi plastik. Yang aku nie dengan brother masih tak start bergaduh, pada hal depan aku memang dah menghadap 5-6 orang dah, tapi time memang aku rasa macam sedar tak sedar. Tiba-tiba tangan aku dengan spontan tangkap kerusi yang nak hentak aku dari belakang, tapi pada hakikatnya aku memang tak tahu ada orang nak pukul aku dengan kerusi dari belakang.
Aku perasan badan aku dah menggigil lain macam cuma aku tak dapat nak kawal diri aku, sebab aku macam separuh sedar. Selepas tangan aku dengan spontan tangkap kerusi tue, aku perasan semua yang ada di sekeliling aku macam berundur dari aku. Lepas dari tue baru ada orang leraikan pergaduhan.
Selepas dari tue member rumah aku cepat-cepat bayar segala makan minum dan terus bawa aku dan didi yang dah berdarah kat kepala. Dalam perjalanan balik, semua member rumah aku tanya kat aku, apa yang aku belajar. Sejujurnya memang aku tak belajar ilmu apa-apa cuma aku ada belajar silat masa aku sekolah menengah dulu, itu pun silat kosong jer bukan yang berisi pun. Time tue baru member aku cerita yang diri aku nie sangat berlainan dari sebelumnya, yang paling ketara sekali perubahan member aku cakap. Muka aku memang tersangat-sangat bengis sampai diorang sendiri cakap diorang takut tengok muka aku, dan diorang tak bergerak dari situ sebab bukan dengar arahan aku jangan masuk campur tapi diorang terkejut dan takut tengok diri aku. Yang menambahkan pelik lagi, bila diorg bagitau yang aku tangkap kerusi tue tanpa melihat belakang tapi hanya tangan aku saja yang bergerak ke belakang seolah-olah aku macam tahu walaupun aku tak tengok belakang. Dari cerita member aku, semua yang ada depan dan belakang aku jadi macam takut nak berhadapan atau nak serang aku. Dalam hati aku kata "patutlah tak ada sapa yang sentuh aku masa tue". Sampai dekat diorang asyik sibuk tanya aku macam-macam, sedangkan aku sendiri pun tak tau apa yang berlaku kat diri aku, kalau diorang tak cerita apa yang aku buat dan apa yang jadi pada diri aku masa tue memang sampai kesudah aku tak akan tahu sebab aku sendiri pun macam sedar tak tak sedar.
Start dari situ aku mula terfikir macam-macam, aku mula kaitkan apa yang aku dan tentang mak aku dapat panggilan misteri dari seseorang yang menyamar jadi diri aku, tentang member umah mimpi tentang aku, apa yang jadi pada didi sebelum tue, dan ap yang apa yang jadi pada diri aku pada malam pergaduhan tue.

Aku akan sambung cerita aku selepas nie tapi bukan lagi berkaitan ketika aku belajar, tapi aku akan cerita pengalaman ketika aku sudah bekerja. Sebab kalau nak cerita pengalaman time aku belajar memang banyak sangat, letih aku nak buat menaip melainkan kalau ada orang yang sudi nak buatkan penulisan untuk aku huhuhu...   Tapi sebelum aku sambung cerita pengalaman aku yang seterusnya, aku nak tanya pendapat korang yang dah ada pengalaman tentang perkara-perkara mistik nie, apa yang berlaku kat diri aku sebenarnya masa aku belajar dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 01:24 PM | Show all posts
loh
mana sambungan
karang la panjang2 baru post
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok... akak tungguuuu.... 🤗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 1-2-2018 01:24 PM
loh
mana sambungan
karang la panjang2 baru post

Saya tak mampu nak karang panjang-panjang sahabat, sebab keadaan saya sebenarnya tak berapa nk mengizinkan bila cerita bab nie. Saya akan cuba sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aqissa replied at 1-2-2018 02:30 PM
Ok... akak tungguuuu.... 🤗

Masih dalam proses penulisan dan saya terpaksa limitkan setiap posting saya coz keadaan saya agak tak menentu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aqissa replied at 1-2-2018 02:30 PM
Ok... akak tungguuuu.... 🤗

Masih dalam proses penulisan dan saya terpaksa limitkan setiap posting saya coz keadaan saya agak tak menentu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
SangMusafir replied at 1-2-2018 04:25 PM
Masih dalam proses penulisan dan saya terpaksa limitkan setiap posting saya coz keadaan saya agak  ...

Semoga keadaan tt bertambah baik ya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Permulaan aku sakit

Pada bulan Julai 2012 aku telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang berasal dari KL, mak ayahnya berasal utara tanah air tapi dah lama menetap di Kuala Lumpur. Dan pada penghujung bulan September 2013, pihak perempuan telah memutuskan tali pertunangan tanpa ada sebab setelah sekian lama menangguhkan tarikh perkahwinan.
Selepas putus pertunangan perangai aku sedikit sebanyak mula berubah, al maklumlah orang putus tunangkan mestilah frust menonggengkan. Bangun tidur pun nampak muka dia, walau pada dasarnya aku memang nak lupakan dia tapi aku tak tau kenapa cukup susah nak lupakan dia. Selang 2-3 bulan aku mula rasa kelainan pada diri aku, cuma aku tak pasti apa yang berlaku pada diri aku. Kaki kanan aku mula rasa sakit dan terasa sangat berat sehinggakan aku terpaksa berehat dari bekerja. Kesakitan yang aku alami makin lama makin ketara sakitnya dan terasa terlalu berat, sehingga aku berjalan terpaksa memakai tongkat. Aku pergi hospital, doctor mengesahkan memang aku tak sakit apa-apa. Siap ulang alik hospital semua, tapi doctor mengesahkan yang aku memang tak ada masalah apa-apa walaupun dah buat semua pemeriksaan termasuk x-ray.
Kesakitan aku mula bertambah teruk, seakan kaki aku nie di toreh dengan pisau. Kepala selalu sakit, tidur malam pun susah, kadang-kadang aku tidur 2 hari sekali disebabkan terlalu sukar untuk tidur, kalau aku dapat tidur pun mesti selalu terjaga. Gangguan time tidur tak perlu citerlahkan, memang kow-kow aku kena. Time tidur kena tindih sampai tak bernafas, mimpi jatuh bangun dengan mimpi dalam tandas memang kerap berlaku. Lepas maghrib dengan pukul 10 lebih mesti dalam rumah aku ada terbau busuk, masuk dalam bilik pulak selalu dengar dekat siling rumah bunyi guli jatuh, orang tarik perabot. Tapi time tue aku memang tak syak apa-apa lagi.

Tapi sampai satu masa tue, Allah gerakkan hati aku untuk baca tentang sihir. Bila aku dah baca semuanya memang kena tepat dengan apa yang berlaku kat aku. Aku pun apa lagi, aku tunjukkan kat mak aku, mula-mula mak aku macam tak percaya sangat apa yang aku cakap, bapak aku lagilah memang tak percaya langsung. Tapi bila mak aku dah tengok keadaan aku makin teruk, aku terus dihantar ke kampung untuk berehat. Masa aku kat kampung, aku tinggal dengan mak cik aku. Sebelum mak cik aku pergi kerja dia akan masakkan untuk aku nasi goreng atau apa saja sampai untuk tengahari. Mak cik aku mula musykil tengok diri aku nie makin kurus tapi aku punya makan memang mengalahkan 2-3 orang makan untuk satu masa. Mak cik aku mula bertanya kat kawan-kawan dia tentang orang yang pandai mengubat, kebetulan pulak mak cik Ani yang sewa tanah kat mak cik aku nie pandai mengubat, so satu petang tu dia datang nak tengok-tengokkan aku, dia kata memang aku terkena gangguan. So dia suruh sediakan barang-barang untuk berubat, malam tue aku macam ok sket siap boleh angkat kaki dan melompat lagi. Dalam hati aku berkata " power betul mak cik Ani nie, baru tengok-tengokkan aku dah terus baik, padahal belum lagi berubat". Tapi keesokan paginya kaki aku mula rasa sakit balik macam sebelum nie.

Bila mak cik aku tengok aku mula sakit balik, dia pun siapkan barang yang diperlukan untuk berubat. Keesokkan harinya mak cik Ani datang nak mengubatkan aku, bila dah abis berubat  dia kata kalau tak elok juga, mungkin terpaksa berubat besar. Tapi malam tue memang berkurangan sangat, mak cik aku siap call mak aku yang aku dah nampak perubahan. Aku pun ingat yang aku nie dah elok, rupanya sangkaan aku meleset. Esok paginya habis badan aku kena cakar, keadaan aku makin bertambah teruk dari sebelum nie, sampai aku nak berjalan pun dah terasa susah. Mak cik Ani bagitau mak cik aku, yang aku nie sebenarnya kena saka, lantas mak cik Ani suruh berubat besar kat mak cik aku, mak cik aku pun mengiyakan saja kata-kata mak cik Ani. Lantas mak cik aku hubungi family aku agar dapat melihat keadaan aku yang sebenar dan juga untuk memberi berkenaan berubat besar.

Bagaimana tentang perubatan besar tue aku rasa tak perlu ceritalah kot, coz selepas aku berubat and balik KL. Keadaan aku nampak ok hanya bertahan 2-3 hari jer, selepas dari tue aku sakit semula macam biasa. Lepas dari tue aku berubat merata tempat, ada yang kata aku nie kena sihir dan ada saka, tapi kebanyakannya yang kata aku nie terkena sihir. Bila aku dapat tahu yang aku nie terkena sihir, aku terus rasa down sangat dan keadaan makin bertambah teruk sampai aku pernah rasa nak bunuh diri. Bila mak ayah aku dah tengok keadaan aku makin teruk, diorang pun cuba untuk cari alternatif untuk mengubati aku. Pernah sekali ayah aku bawak kawan dia datang rumah untuk mengubatkan aku, aku ingat kawan ayah aku yang nak ubatkan aku, rupanya anak perempuan dia yang nak mengubat aku, masa tue baru aku dapat tau yang buat aku nie perempuan dari utara, benda tue siap cakap yang dia suka kat aku tapi dia benci aku. Bila dia dah ubatkan tue ada kurang sikitah, tapi macam biasalah 2-3 hari lepas tu aku sakit balik, yang lebih malang lagi aku dapat tau anak kawan ayah aku pulak sakit sebab mengubatkan aku.

Sambungannya nanti aku akan ceritakan perkara mistik yang berlaku kat aku selepas anak kawan ayah aku ubatkan aku.

Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga tt cepat sembuh ye....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga tt cepat sembuh ye....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:03 AM | Show all posts
Edited by sapeka at 2-2-2018 11:13 AM
SangMusafir replied at 1-2-2018 04:09 PM
Saya tak mampu nak karang panjang-panjang sahabat, sebab keadaan saya sebenarnya tak berapa nk men ...

owh bersebab rupanya
kalau begitu
saya tunggu dengan penuh kesabaran

semoga TT cepat sembuh

teruskan berkongsi cerita TT kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 03:35 PM | Show all posts
Assalammualaikum.. menarik citer tt dalam masa sama membimbangkan sbb masih berlaku dalam diri tt kan?
Semoga tt cepat sembuh dan dipermudahkan Allah.. Aamiin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.574416 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list